Followers

Wednesday 1 May 2013

Cinta | Setia 3 #

Coretan Cinta | Setia 1#

Coretan Cinta | Setia 2 #

Hampir sebulan kisah si Gadis dan si Jejaka senyap begitu sahaja. Hidup mereka sahaja di dunia masing-masing. Si Gadis enggan menoleh ke belakang lagi, membiarkan hatinya disakiti oleh manusia yang paling dekat dengannya. Baginya biarlah masa lalunya itu dijadikan himpunan kisah silam dalam melengkapkan perjalanan hidupnya sebagai manusia. Baginya ada baik juga kehadiran Jejaka itu kerana telah memberinya merasai apa itu cinta yang dia sendiri tidak pernah merasai. Si Jejaka tidak muncul mencari Gadis, bagi Gadis mungkin si Jejaka tidak pernah takut kehilangan Gadis. Pada dia, Gadis adalah perempuan yang akan setia menunggunya bila masa dia akan kembali, perempuan yang akan kekal menunggu walau segala benda buruk telah diberikan. Namun, Jejaka lupa bahawa Gadis itu juga manusia yang punya perasaan penat untuk dipermainkan. Sayang Gadis itu hanya untuk yang benar-benar menghargai dirinya, bukan untuk manusia yang tidak pernah menghargai sayangnya. Sebelum si Gadis pergi jauh, si Jejaka muncul kembali. Kali ini Gadis cuba menguatkan hatinya untuk tidak menerima lagi Jejaka itu.Kerana dia tahu, kasih sayang Jejaka itu hanya sementara cuma.

" Awak dah ada lelaki lain?"

" Bukan mudah untuk hati saya berpaling dalam sekelip mata. Seperti awak yang sudah punya perempuan lain?"

"Saya dah tinggalkan semua perempuan yang saya ada sebelum ini"

"Termasuk saya"

"Tidak. Saya cuma pergi sementara untuk perbaiki diri saya dan nak awak rindu saya"

"Masa untuk saya merindui awak telah berlalu"

"Apa maksud awak?"

"Mungkin lebih baik kita berkawan sahaja, maka awak bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja walau tanpa pengetahuan saya, jadi saya tidak akan rasa ditipu"


Si Gadis putuskan hubungan, 
Si Gadis enggan meneruskan,
Si Gadis menanggung kesakitan, yang sudah lama dia pendamkan. 
Memang hati Gadis itu tidak merelakan melepas pergi Jejaka kesayangan , namun dia memikir sampai bila hatinya perlu disakiti lagi, dia berhak untuk merasai indahnya hidup seperti sebelum perkenalannya dengan Jejaka itu.

Bagi Jejaka, apakah yang membuatkan hati si Gadis menjadi keras begitu, apakah ini cara si Gadis melepaskan kemarahannya, tunjuk perasaan dengan layannan yang diberikannya selama ini. Bukan sekali dua berentakan malah telah berkali-kali, tetapi si Gadis tetap menerimanya dengan tangan terbuka. Mana si Gadis yang langsung tidak pernah gagal mencari dia walaupun Gadis tahu dia sedang melayan perempuan lain di belakang mahu pun di depan matanya sendiri. Mana si Gadis yang sanggup memekakkan telinga dan membisukan mulut dari bicara setiap kali Jejaka melakukakn kesalahan itu dan hanya menahan air mata? Malah Gadis yang sering mempertahankan dirinya tatkala rakan-rakannya menasihati untuk meninggalkan Jejaka itu. Bagi Gadis, Jejaka dianggap kawan hanyalah semata tidak sanggup untuk kehilangannya. Biarlah tiada hubungan istimewa asalkan Jejaka itu terus ada di sampingnya.,kerana dia sangat menyanyangi manusia itu.Si gadis akui terpaksa korbankan hatinya hanya untuk melihat insan kesayangannya mampu hidup bahagia dengan segala yang diingini tanpa Gadis itu jadi penghalangnya. Segalanya dilakukan demi kebahagiaan Jejaka itu. 

Si gadis pulang dari tempat yang jauh,
hati si Gadis mulai kuat,
mulai kuat untuk melupakan apa yang berlaku pada dirinya,
Hatinya mulai tenang,
dapat menerima Jejaka itu mungkin bukan takdir untuk bersamanya, 
Hanya kawan,..

"Awak "

"Ya saya"

"Saya sayang awak, sentiasa rindu awak, 4 tahun bersama awak, tak mungkin mudah saya lupakan"

"Awak yang pilih jalan ini"

"Silap saya dulu, saya  akan cari kerja yang baik, saya akan minta keluarga saya jumpa keluarga awak"

"Tapi kita dah tiada apa-apa hubungan istimewa, saya nak gembirakan awak, saya beri kebebasan untuk awak buat apa yang awak nak dalam hidup, dan saya tak mau menjadi penghalang"

"Awak tunggu saya, boleh?"

Hati Jejaka masih lagi tidak putus asa, mahu memiliki hati si Gadis,
di suruh si Gadis menunggunya,.. benar, dalam hati  Gadis berbunga,
nyata Jejaka juga tidak mampu untuk melupakan si Gadis, nyata si Jejaka tetap memilih Gadis untuk menjadi pasangan hidupnya,
Disebabkan cinta si Gadis kuat, si Gadis tidak pernah lupa memasukkan Jejaka dalam salah satu doanya di sana,
berdoa di beri petunjuk mengenai pilihannya, dihindarkan dari merasa terluka lagi,
sehingga suatu hari, setelah sekian lama Tuhan menemukan si Gadis dan Jejaka,
seketika si Gadis memegang telefon milik Jejaka, 
satu pesanan ringkas masuk..
pesanan ringkas yang menjadi pengakhiran pada sebuah perhubungan itu, 
Andaian si Gadis, Jejaka sudah benar-benar berubah, namun silapnya si Gadis, jejaka tidak pernah berubah.

" Siapa gadis itu?"

"Kawan saya"

"Kawan dengan panggilan sebagai kekasih?"

"nanti kita bincangkan lagi."

"Tidak perlu. Sudah jelas segalanya. "

"Awak cemburu?"

"Tidak. Jika dahulu saya sebagai kekasih, sememangnya saya cemburu. Sekarang, saya sebagai seorang kawan, yang sanggup pertaruhkan hati saya untuk memberikan kamu kebahagiaan, kenapa perlu kamu tetap mengkhianati saya. Jika awak memnberitahu awak berkasih dengan gadis lain, saya akan terima sebab awak bukan lagi kekasih saya, tetapi kini saya rakan awak namun awak tetap memberi harapan dan menyuruh saya menunggu awak,tapi dalam masa sama awak berkasih dengan gadis lain"

"Maafkan saya"

"Kata maaf awak dah menjadi lali dalam hidup saya. saya merayu kepada awak berhenti dari menyakiti hati saya atau gadis selepas saya. Jika menjadi kekasih, awak menipu saya, menjadi seorang kawan awak mengkhianati saya, mungkin ada baiknya saya menjadi orang asing bagi awak supaya tidak akan menyakiti hati sesiapa lagi"

"Dan awak tinggalkan saya?"

"Biarlah kali ini saya yang berlalu pergi"


Si gadis enggan sambung bicara,
Dia tahan air mata,
Dia tahan segala duka,
Dia enggan ukir wajah duka,
Biarlah segala yang berlaku dijadikan pengalaman dalam hidupnya dalam menyanyangi manusia lain.
Si Gadis mahu hidup baru,
Supaya dia tidak lagi ditikam duri dalam hati,
Biarlah Jejaka hidup bahagia,
Pabila dia kehilangan manusia paling setia.

Sehingga hari ini, si Gadis tetap mengingati Jejaka, tidak sama sekali dilupa,..cuma bagi si Gadis, kehadiran si Jejaka hanyalah sebagai insan yang dihadirkan dalam hidupnya untuk sementara sebagai menambah pewarna dalam melengkapkan perjalanan hidupnya. Si Gadis tidak menyimpan marah, malah sudah memaafkan segala onar yang dilakukan si Jejaka terhadap dirinya, hanya yang ada hanyalah kecewa. Kecewa yang diberikan masih tidak pulih sepenuhnya. Insan yang dipercayai untuk memberikan keindahan, kegembiraan, kesetiaan kepada dirinya juga telah memberi kepahitan, kesedihan dalam hidupnya. Si gadis tidak terus menunggu, perjalanan hidup perlu diteruskan, kekecewaan yang diberikan dijadikan kekuatan untuknya terus kekal tersenyum kerana tanpa si Jejaka dia turut mampu berbahagia seperti siapa dia sebelumnya. 



Terputus cinta sememangnya menyedihkan, namun harus diingat bahawa perpisahan ini ditentukan oleh jarak dan masa, Jika bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian anggaplah kesedihan itu seperti hujan, walau lebat atau lama sekalipun pasti akan reda juga. - AA,Mei 2013




6 comments:

  1. sedih lar bace. aku tak boleh baca kesah-kesah cani. mula nak melelehh :'( . if ni true storyy , be strongg .. :')

    ReplyDelete
  2. hehe aku nak menulis pon meleleh juga, to be honest..tu kisah aku beb..dan had i'm strong enough sebab tu dah boleh tulis kisah ni..just utk pengajaran orang lain..

    ReplyDelete
  3. yat : thnks yaww...yep kuat kuat kuat..biasalah dugaan yg mematangkan

    ReplyDelete
  4. so sad, I can feel u dear :'( You're so strong..

    ReplyDelete