Followers

Monday, 2 December 2013

Pulau Pangkor - where to stay?

Salam Alaik'..

alhamdulillah semangat nak update entry tu masih lagi full dan tak separuh jiwa jer..jadi malam ni nak sambung lg update pasal pulau pangkor; percutian ala ala keluarga gituww...tak tau macam mana nak pi pulau pangkor tu? haa boleh rujuk entry den yg lopaih, ponat den dah nulihnyaaa bhahaha

Pulau Pangkor : How to get there? - baca sampai khatam!

jadi bila pi bercuti banyak benda penting yang nak kena rancang dulu...paling penting kena ada duit..yeahh omputeh cakap no money no talk..jadi badjet tu kena lah hado..then kalau agak2 tabung ayam tu dah penuh dan ready nak dipecahkan untuk pi bercuti kedua penting pulak cari tempat nak tidoq mana bila dah sampai Pulau Pangkor ni..haaa punya putar belit ika cakap konon nak tunjuk kemahiran membuat analogi padahal dah kelauttt , topik sebenaqnya cuma nak cerita kat mana kami decide untuk jadikan tempat kami buat ayaq liuq basi bhaha.... nampak x permainan nak buat orang pening ja sebenarnya....hikhokkk.. ok tak lawak!

tak dapat nafikan kalau nak pilih tempat menginap untuk ssuatu percutian perkara utama yang nak mestilah tempat tu selesa dan juga untuk golongan marhainn macam family ika ni mestilah nak yang harga adik beradik kann...pi pulak bawak ramai ramai, jadi selesa dan rasa bergembira tu mestilah nak ada...sebab menurut diri ika sendiri lah kalau tempat menginap tak syok, akan bg effect kat percutian tu..boleh jadi spoil terusss...disebabkan ika dan family buat perancangan nak bercuti ni last minit (2/3 hari sblm hari kjdian), dannnnn masa tu pulak sememangnya cuti sekolah , memang susah sangat nak cari pginapan ..yelah sebab kebanyakannya bila telefon jee jawapan yang sama :

"maaf cik, dah full book"
"maaf, hanya 1 malam je yang kosong"
"maaf, ampa pi tidoq dalam khemah" - ok yg ni aku reka =_='

jadi kat sini please be alert : kalau nak pi bercuti tu plis survey awal , book awal, bayaq awal terutama nya musim cuti sekolah. Memang situ banyak resort/chalet/homestay tapi cuti sekolah selalu full especially time weekend, so jangan buat macam family ika, nyesal tak sudah..bhaha

lepas abah cakap suruh ika survey resort resort yang ada kat pulau pangkor ni, ika terus google dan ambik no fon..macam dialog kat atas tu semua nya cakap full, full, full...sampai lah sebenarnya rasa dah give up dan macam nak tukaq plan tapi last trial terjumpa satu chalet dan try luck untuk book tempat tu..Alhamdulillah ada rezeki ada kosong 2 chalet yg boleh muatkan 7orang kami...nak taw kat mana kami stay..taraaaaaaa


Nipah Guesthouse, Pulau Pangkor !

yeah tempat yang bagi ika super duper special..masa mula mula macam ragu ragu jugak tentang keselesaan dia , bersih ke tak, jauh ke dekat, boleh tidoq nyenyak ke tak...tapi bila dah kat sini dari 5 bintang ika boleh bagi full star untuk tempat ni... kenapa 5 bintang?? ok let me tell...

firstly, masa nak booking tempat ni call dengan owner dia, then dia suruh send by email as given kat web yang ika jumpa tu..ika send by email untuk tanya kekosongan dan walillahi feedback dia sangat cepat ..dalam 5 minit camtu owner dia akan reply dan bgtau kekosongan sekali harga siap totalkan lagi ..haaa sangat memudahkan kerja..so lepas main reply reply email, owner dia siap akan attach kat email ika gambar chalet chalet yang dah dia pilihkan untuk kita yang bersesuaian dengan bilangan family ika tu.. dari segi pembayaran pula guna bank in, konsep dia sapa bayaq dulu dia akan dapat...dan sebabkan abah terlewat bayaq sikit, salah satu chalet tu dah 'dikebas' orang..tapi jangan risau, owner dia sendiri akan bgtau yg dah chalet korang dah ada org byr dan akan suggest kan kekosongan bilik yang lain..deposit pula kena total harga semua..bukan separuh2..tapi korang jangan was was yang korang akan ditipu ke ape..sebab tu memang konsep pembayaran dia..lepas pembayaran je, diorang akan attach slip dan sampai je sana just tunjukkan je slip tu and check in...takkan ada pembayaran dah sebab korang dah bayar full time deposit..so untuk bab penginapan , sampai je sana tak payah fikir dah pbyrn..boleh fikir untuk bajet lain pulak..

first day ika sampai dekat sana, lepas van pinky comel tu hantar sampai depan chalet, i'm speechless, seriously...turun turun je can owner dia dah tunggu depan pintu sambut korang..wahhh special gituwww...ika imagine sebelum ni ingat tempat tu macam chalet2 yg selalunya kena pi kaunter then kau pergilah ambil kunci tak de sapa sambut ekauu...bhahaha..kedua speechless bila tgk view kat situ..nak menangis hentak kaki rasa...sangat AWESOME!...haa caps lock nak tunjuk kata gilaa awesome tuuu...

tak rasa nak berdarah hidung ka tengok chalet dia yang gila kreatif nih..



ok kalau tengok depa punya moto tu ' home away from home' haaa awat dok banyak sangat home kan..sebab nya dok sini rasa macamdok kat rumah sendiri...nak tau sebab apa? baca lagi dan lagi...lepas ja setel check in owner dia tunjuk bilik kami..tempat ni tak delah macam korang imagine besaq macam padang bola..ohh tak tak...sederhana ja keluasan dia tapi maaflah ika tak dan pon nak pi ukoq bapa kaki luas..tapi yang specialnya tempat ni tenang, aman, damai, semtosa, harmoni ..bila tengok ja rasa sejukkk jaa betoii! hat nak pi hanimun tu elok sangat lah hikhokkk...kat sini dia ada sediakan jenis jenis chalet antaranya deluxe chalet (3 orang), tower cottage ( 4orang) dan A-Frame cottage(2orang)... untuk family ika kami ambil :

deluxe chalet RM180 x 2 nights : RM360
Tower cottage : RM240  2 nights : RM480
total : RM 840

*harga ni untuk weekends dan cuti sekolah..hari biasa lagi murah lahh
A-tower cottage

deluxe chalet

tower cottage
so ni antara gambaq2 interor design dalam bilik ika booking tu yang sempat tangkap gambaq..memang selesa yang amat dan sangat sangat memenuhi kehendak pelancong lah..


bilik deluxe chalet


tempat terpenting..satisfied..sangat bersih!


tower cottage..bahagian atas katil dan tilam

so sebab rasa macam rumah sendiri selain dari bilik bilik dia, bayaran yang abah bayar tu pon termasuk 2 hari breakfast..breakfast dia tak macam chalet chalet yang biasa ika pergi yang kebanyakkanya ala ala buffet..kat sini dia ala ala cook-it-yourself..haaa masak sendiri hoyyy...tak reti nak masak?? chill..owner dia akan explain everything macam mana dan bagaimana..jangan letupkan dapoq dia sudah..owner akan sediakan bahan bahan macam bancuhan pancake, sosej, roti (untuk bakar sendiri), telur yang ikut suka hati engkau nak macam style mana, buah, dan kalau ada bonus tu dia akan bagi nasi lemak..yang dah beli dari kedai bukan suruh korang masak nasi lemak tu bhahaha...so no worries lah..kat situ pon ada je hot and cool water yang 24jam non stop korang boleh minum secara bebas, dan uncang teh dan serbuk kopi yang korang boleh bancuh ikut kekreatifan sendiri..so kurang kurang kalau gaya camni memang tak membazir...

design dan susun atoq tempat makan lawa ala ala english gituww..nak makan pon lalu muahah
















sudut makannan sedappp!!

kemudahan yang ada kat sana? macam chalet lain jugak...

-Aircond
-kolam renang
-tv hat ada astro
-free wifi (hatni dok rasa paling penting)

ayaq panas tak dak kat shower tapi ika tak kisah sebab kat rumah pon memang tak dak kannn...lagipun rasanya dok situ pagi2 pi bantai mandi laut dah..balik dah tengah hari jadi tak perlu sangat pon ayaq panas lainlah kalau ampa ada darah omputeh nak hot water semua boleh pi tadah ayaq panas kat watercooler tu kot erkk =_='

view situ siang ka malam ka subuh ka semuanya lawa ..sebab lawa mula kalut nak pi posingg lah...






like a boss huh!







hahh dah banyak giler gambaq bukti nak cakap chalet ni best..so macam mana owner dia? owner dia sangat sangat ramah, mesra, layan first class punya..susah nak jumpa owner tempat besar macam nih..kau sampai diorang sambut, nak balik diorang hantarkan, siap tolong panggilkan teksi..hah apalagi yang korang nak?and one more thing tak lokek langsung nak cerita tentang kewujudan chalet ni yang rupanya dulu tempat court futsal..fuhh memang gigih owner dia step by step bangunkan kawasan ni sampai unik..thanks to en.Anuar dan isteri dia Alicia yang uruskan sendiri chalet ni...and also their little princess yang meriuhkan suasana si comel aila...

aiseyy en anuar tertidoq plakkk..heee sorryy haha


oh lupa nak cakap pasal area kawasan chalet ni...chalet ni berada betul2 hadapan pantai teluk nipah..cuma tak delah betol2 depan..kena masuk lorong yang korang kena jalan dalam 3-4 minit macam tulah untuk ke pantai..tapi memang tak rasa letih pon sebab tempat tu memang havov...pjlanan nak ke pantai tu korang akan lalu resort2 dan chalet2 yang lain jadi tak delah bosan mana perjalanan tu sebab boleh cuci2 mata tengok pakwe makwe khonnn bhaha..

ada lagi info yang tertinggal tak? oh yaa macam mana nak tau lebih lanjut ttg benda nih ? nak tau harga untuk semua chalet tu... korang boleh je tengok kat web dia..kat situ ada no telefon dan email owner kalau korang rasa musykil dengan semua bukti bukti dan pernyataan karangan ika tu ..boleh klik link bawah :


atau 



jadi, dah tau nak tinggal kat mana ? buat pilihan betul..dan ika bagi suggestion stay dekat Nipah Guesthouse ni sangat sangat berbaloi...percutian kami satu family lagi rasa syokkk bila dah dapat tempat tinggal yg bersih, selesa, selamat dan strategik..jadi tunggu apa lg pi pulau pongkor pi ja booking sini nahh...dan last but not least maaf leww kalau ada tsilap tang mana2 info tpi dok rasa betoi dahhh bhahaha...

thanks for reading

till then. Salam.


" one's destination is never a place, but a new way of seeing things"- AAZ,2013

5 comments:

  1. tuu dia la p last2 minit..tp aku lagi suka last mint, men redah ja hehe..kalo plan2 nih,berbulan plan belum tntu jd p..ok arr ni,cun apa nipah guesthouse..aku hri tu p kt teluk dalam..

    ReplyDelete
  2. btoi tu kalau dok merancang berbulan2 tobat last minit tak jadi...tp risiko jgk kdg2 heee

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..saya ada menyediakan homestay dipangkor dgn pakej dan harga yang amat berbaloi..untuk penginapan family..
    www.homestaydipangkor.blogspot.com
    maaf yer empunya blog..&terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam.akak blog walking cni sbb tgh cari resort kat pangkor..serius lawa nipah bay ni..tak sangka plak..hiasan die ala2 english design gitu..suke3x..hihihi

    ReplyDelete