Followers

Thursday 19 September 2013

i'm 23 now!

Salam Alaik'..

ok macam biasa hari Jumaat yang mabruk lagi penuh berkat ni dapatlah ruang nak tulis entry seketoi dua sebab dapat masuk sekolah lambat ...minggu ni penuh dengan jaga student exam..feeling bagi seorang guru jaga exam sangat sangat mengantuk...nak tidoq tau jalah takat ika kalih tempat lain sikit ja pon dah baling baling kertas..ni apatah lagi nak tidoq tak sedar dunia kan..bermaharajalela la bebudak tu..yeah it's normal..macam aku jugak dulu..muehehe..entry kali ni nak letak sikit kenangan dalam blog kot nanti anak cucu cicit piut miut dapat baca macam mana nenek dia bila umur dah mencecah 23..heyy yeahhh i'm 23 years old dah..fuhh sangatlah cepat masa bergerak..dok rasa macam baru ja darjah 6 dan dok ukoq tinggi kat dinding rumah bhahaha...taun ni paling common wish dapat selain dari murah rezeki ,panjang umoq semua ialah :

" ika, cepat kawen"
"ika, boleh cari dah calon"
"ika, kawen cepat, aku nak follow"
"ika, meh nak bagi calon"
"ika, xyah kawen lah' (erkkk =_=')

konklusinya ialah KAHWIN..yeah biasalah start umur dah nak sampai 25 ni berdarah telingalah dengar orang cakap camtu...andaikata cari suami tu semudah beli belacan kat kedai , mesti dah ika ambil satu dan jadikan suami..tapi sangat sangatlah susah..ohh sudah topik kawin2 ni nanti melebih lebih sampai berperenggan perenggan pulak..sekarang hanya entry untuk hari lahir gua 18/september/2013...untuk kejadian hari tu sj..sebab banyak kejadian yang buat ika sedar yang ika sangat sangat dikelilingi insan insan yang tersayang walaupun banyak orang yang dah tinggalkan hidup ika ..awwhh tak yah sedih sedih..drama je semua tu!


ika terima ucapan dari sebelum hari kejadian lagi..macam biasa, abah lah yang paling romentik ucap besday..time tu setel jaga budak exam, call abah saja je nak sembang tak terlintas pon hrpkan abah wish..tapi abah tak pernah lupa tarikh penting untuk satu family, semua adik beradik dia ingat.. *taip sampai meleleh ayaq mata tsk tsk...sembang on call then abah cakap abah nak wish awal2 sebab nak jadi orang first and memang abahlah orang first wish sebab baru 17hb..abah siap nyanyi lagu besday wishes lagi..demi Allah rasa sebak sangat masa tu..dah meleleh da pon air mata tapi tetap cover cool sebab dok dalam bilik guru..tak dapat nak gambar perasaan tu T_T ..mula rasa rindu nak balik rumah ..macam biasa abah ingatkan macam2 yang buat ika rasa nak menangis meraung2 dalam bilik guru.... thnks abah ..abah lah insan yang paling terbaik dalam diri ika..tak dapat bayangkan jika hidup tanpa abah..


then, malam tu memang ika sangat berdebar debar sebabnya budak budak housemate dah mula merepek repek nak baling tepung, air belacan semua..sebab diorang dendam dengan apa yg ika buat masa besday diorang dulu ..kebetulan 2 orang budak housemate ika pon besday bulan sept ni..jadi dah jadi tradisi akan kena mandi tepung..disebabkan besday ika yang terakhir maka akan terima double double lah tepung tu..but tetiba malam tu tiba tiba masing masing tido awal dan cakap tak nak main main tepung sebab takut kena kemas rumah bila rumah dah jadi macam kilang tepung..dan fuehhh i'm feel safe...dalam hati ika thnks korang tak buat kat aku ...

mula dari 12am malam 18 sept dah mula terima wishes dari semua kawan kawan..wishes dari fb yang tak berenti, wish dari yang tak pernah tegur kat fb sampailah kawan rapat sangat sangat post gambar semua..standardlah kan wish dari orang tak kenal kat fb sebab ada reminder kat situ..kalau tak memang takdenya nak dapat wish ..bff , cik iza yang awal lepas pukul 12am dengan post gambar yang flawless sangat dekat insta,we chat, tweeter dan fb..hah sebab semua tu diinstall masuk fon jadi semuanya dia wish..then kawan kawan lain pon turut serta nynyi dalam audio wechat...dan wish wish tu terus bertambah sampai lah hari kejadian...terharu sangat sampai tidoq pgg hp malam tu..sobsob


and early morning , umi pulak call wish dan nyanyi bufday song dekat ika..yeah i'm speechless.. sangat bangga yang i had parents like them..i'm burst into tears bila umi cakap yang umi tak pandai nak buat video semua macam ika buat dekat cik bff, iza..yang ni je yang umi mampu..then ika terbaca post umi dalam fb lagi lah buat ika menangis meleleh ayaq idung ysk tsk..umi selalu merealisasikan apa saja impian yang ika nak and guess what umi cakap as my besday present umi belikan mesin jahit..haaa first time lah dapat besday present macam tu..sebab ika selalu cakap teringin nak jahit baju sendiri memandangkan ika dah penah pergi belajar menjahit dan suka sangat beli kain banyak banyak untuk buat baju kurung..well mostly as a teacher to-be memanglah nak guna untuk pergi mengajar kan..so bila banyak banyak kain hantar, upah menjait pon dah koyy menaik jadi kalau pandai jahit sendiri dah boleh jimat kos kat situ..and post umi kat fb buat ika rasa nak menangis hentak kaki and at that time rasa nak hugss umi kuat2 T_T


tak cukup umi abah, kawan kawan buat terharu, ika juga ada terima wishes dari anak murid .. sebabkan minggu ni minggu exam jadi memang tak nampak langsung lah muka diorang tapi one of my student letakkan a piece if paper.. paper A4 yang dia guna untuk jawab esei BM yang tulis wishes untuk besday ika..ouchhh sangat terharu..balik dari jaga exam, terperasan ada kertas bawah buku RPH dan bila tengok rupanya wishes dari anak murid tu..sangat sweet betul rupanya anak murid ika ni..tak cukup dengan tu balik dari sekolah dapat notification we chat yang ada beberapa student nyanyi bufday songs dengan semangat nya..ahhh ni yang rasa berlipat ganda sayang bebudak nih..tak dapat lah nak bayang time akhir praktikum nanti..*sigh...


sometime rasa smell fishy jugak budak budak rumah ni tak baling tepung kat ika sebab diorang memang dendam gila bila ika lumoq tepung dekat muak diorang..so balik sekolah malam tu semua buat hal masing masing sampailah dak housemate sorang ni, cik nisah cakap tuala ika jatuh kat bawah...sebabkan rasa malas sangat malam tu ika just buat tak kisah sebab ada lagi spare tuala..then tengah online, cik nadia cakap fon dia tertinggal dalam kereta..sebab takut bf dia call so dia ajak ika teman pi ambil..ika cdgkan jugak yang srh dia call guna fon yang lagi satu..dalam hati pelik juga "fon lagi satu ada asal tak guna je"...tapi sebab muka dia sangat kesian je tengok time tu ika pon setuju nak turun sama2..kebetulan boleh ambil tuala yang jatuh...siap siap then turun bawah cari tuala tapi tak jumpa..dan time tu memang tersangat sangat smell fishy tapi just teruskan berjalan pergi keta..then lepas ambik fon, ika beletiaq kat cik nad sebab tinggal fon dalam kereta dan masa melintasi pagar terasa segenggam tepung masuk mulut..then bertubi tubi balingan tepung...rupanya idea diorang prank ika malam tu...cik kia dan cik nisah follow blkg kitaorg ala ala penyiasat persendirian..kebetulan malam tu pakai tshirt hitam memang sangat sangat jelas tepung kat baju..mula lepas tu aktiviti kejar kejar mula lah berlangsung bawah apartment..diorang memang lari macam atlet lah sebab takut ika peluk..nak naik lif, lif tak bukak tapi time ika lalu depan lift ada pulak tiba tiba pintu lif terbukak dan keluarlah mat bangla yang terkejut tengok muka ika yang dah putih...siap ajak geng gelak ramai2..lepas janji takkan peluk diorang masing masing kelam kabut lari kuncikan diri dalam bilik sampai ika mandi...hahh dah agak memang diorang takkan lepaskan ika tanpa cucoqkan ika malam tu punya....memang teruk kena malam tu..





ok that the story 0n 18 sept 2013..such a best moment even ada juga feel sad..ohh btw tima kasih tima kasih tima kasih untuk semua yang wish dan ceriakan hidup ika on 18 sept 2013 ni..such a precious time bila semua ucap kat fb, wechat, insta, tweet, call, sms and yang wish depan depan..rasa sangat sangat bertuah bila dapat insan insan macam korang yang selalu support ika..dan amin amin amin dengan segala doa doa yang tak putus putus ika dapat...terima kasih paling atas untuk umi abah yang jaga dari kaki besaq ibu jari sampailah kaki besaq sampai limit size kasut..terima kasih :')

dah masuk 23 tahun ni ika cuma berharap dapat capai semua yang ika impikan selama ni,dapat lalui dan jumpa orang orang yang akan tambahkan lagi kebahgiaan hidup dan sedia bahagia dah sekarang..jauhkan dari segala kejahatan dan keburukan..dan untuk kelukaan yang ika hadapi ika redha dan harap boleh buat ika makin kuat nak lalui hidup yang akan datang..perghh ucapan panjang macam menang award je kan..btw thnksss semua semua semua..love you all xoxo! -Happy Birthday to me-

Till then.Salam


"Heal the past, Life the present and Dream the future"- AA,2013

Sunday 15 September 2013

makan BOLA!

Salam Alaik'..

haa sekarang tengah mood rajin memang sampai satu malam nak bawak naik 2,3 entry..eh bukan rajin sebenarnya...tapi tengah menunggu game dekat facebook full batery..ohh yaa memang ika dah terpengaruh dengan game kat fb bawaan housemate iteww...bila dah mula dia akan jadi addicted, dan bila dah addicted sangat bahaya oke..nak tau bahaya macam mana bila korang ada tanda tanda salah satunya apabila bangun tidur korang takkan cari makanan dulu tapi korang cari laptop untuk bermain game..itu terjadi pada ika sekarang muehehehe..ok kali ni bukan nak update tentang bahana main game atau pon faktor boleh terjerumus main game tapi nak story entry yang tertangguh...apalagi kalau bukan entry makan kan sebab nak penuhkan entry makan makan list kat sidebar kanan tu haa..yela sejak duduk bandar ni haishhh nak je try kedai kedai makan yang pemes pemes, makanan makanan yang orang asyik asyik sebut melting melting bila telan semua..jadi 2 minggu lepas cik bff iteww turun Subang sementara nak masuk UPM untuk sambung balik semester..jadi sebab dia dah berkhidmat baik punya dekat rumah ika walaupun tak disuruh jadi nak lah bawak dia jalan jalan area damasara-shah salam ni..

Sebelum ni asyik dengar orang cakap , orang post kat wall fb, tentang MEATBALL IKEA...walaupun ika dah buleh kata p dekat 2,3 kali jugak tapi tak pernah pon menyempat pegi merasa nak makan..jadi bila cik iza datang sini , dan alang alang dah dekat sangat dah dengan area rumah jadi lepas je balik sekolah, solat maghrib semua terus gerak ke IKEA..dulu pernah merasa meatball abang burn yang menggila tu sekarang nak pulak rasa meatball ikea ni khonnn....


bila dengan cik iza ni memang boleh jadi gilaa sikit..tambah kalau bab tangkap gambar..automatik ok automatik..ohh lupa nak bagitau location IKEA..ika pon sebabkan first time pergi Ikea dari arah Subang jadi berbantuan dari Waze (gps) jela. yang kadang kadang sangat sangat membantu dan adakala sangat sangat menyesatkan..haa yang pakai adroid boleh la kalau nak install dalam phone...berpandukan Waze dalam 20minit jugaklah nak sampai sebabkan jem sikit..Ikea ni bersebelahan The Curve..


atcheli untuk yang tak tau atau mybe tak pernah pergi Ikea ni tempat perabot perabot rumah semua...siap decorate lagi..and ada satu corner tempat food court dia..datang sini kalau tak full memang tak sah..jadi sampai sampai je terus naik atas and ke food court dia...first time datang mula agak jakun sikit sebab nak kena ambil troli bagai..tapi memang perlunya troli sebab nak ambil makanan yang korang oder..sebab cara nak ambil dia bukan ada waitress semua tapi kena beratur , oder then diorang akan bagi oder korang lepas tu baru lah korang boleh berjalan dengan lagaknya ke kaunter bayaran..paham? macam macam makanan ada sebenarnya tapi banyak yang western..tapi pergi sana tak oder meatball memang macam tak best lah kan...untuk kanak kanak pon ada meals untuk diorang jadi untuk ibu ibu bapak bapak yang nak bawak anak anak reramai tu no hal...


nampakkan troli tu..ok kat sini memang sangat sangat ramai..beratur panjang jugak time ika pergi tu..selain makann western ada jugak nasik lemak..tempat duduk kat situ jangan risau..walau rami orang tapi tempat makan sangat sangat diberi ruang yang sangat besar..dan tempat makan dia sangat lomentik..ada sudut yang pencahayaan ala ala candle light dinner..ada jugak terang benderang..mula tu agak susah jugak nak mencari tempat tapi tunggu punya tunggu akhirnya dapat jugak satu tempat yang sangat pencahayaan romentik untuk dua bestfren makan tanpa segan silu dan diperhatikan kegelojohan kitaorg..bhahaha..


kesian kan ini dua orang tak da sapa nak tolong tangkapkan gambar muehehe..ohh nak pesan kat Ikea ni if korang ambil mineral water rasanya boleh main minum jelah tak payah nak mintak cup sebab satu cup di caj oke..baik korang main balun je minum tak payah cup segala..jadi sebab kitaorang tak pernah datang dan tak pernah review sal tempat ni jadi kitaorang pon terbeli cup yang mulanya ingat kan dapat free =_='... 1 cup rm 1.50..padahal hanyalah cup kertas yang tak cantik pon yang boleh korang bawak balik sebagai ala ala sovinier,,second pesanan adalah jangan terkejut tengah korang bertangkap gambar sebagai intro atau sebagai tanda korang nak post meatball kat fb tetiba ada orang datang promote barang..oke ika ingat hanya jadi dekat stall tepi tepi jalan shj ada promote2 time kita makan ni tapi salah...dekat food court ni pon ada..time ika pergi datang mamat mamat yang promote minyak wangi..daripada dia beletiaq panjang lebar baik korang cakap tak berminat..tak delah rugi air liur dia kan..dan time ika, ika hanya membiarkan saja dia bercakap non stop seolah olah kami ada masa yang sangat panjang dan tak perlu balik...pfftt...ok ingat 2 pesanan tu melainkan korang ada masa panjang untuk mendengar promoter bercakap sambil korang memasukkan meatball ke dalam mulut itu kehendak koranglah kan...

apa yang kami oder :


Double Fish and Chip 
RM 11.55


15 Meatball with Fries 
RM 14.84














Haa ni yang kami kami bedal untuk kali itu..campur sekali air mineral Spritzer... so total up semua             RM 31.69... kira berbaloi lah kan sebab memang makan tu kenyang yang amat..meatball tu memang cayaq kat anak tekak..selain ada sos blackpepper tu ada juga jem strawbery kalau tak silap..erghh thumbs up!..kenyang dan sangat kenyang...sebelum makan pon dah menggila apatah lagi selepas kannnn...




not bad sebenarnya trying something new nih..so lepas ni bolehlah korang pulak gi try makan kat Ikea ni..memang betul lah apa orang cakap, orang post kat fb yang meatball Ikea itu sedap...ok buleh p try dah la kot nohhh ampa ampa tu...eh kaa ika sorang ja yg baru nak p try bhahaha....next food plishhhh..bhhaha

till then. Salam


'You never know these things when you're trying something new what can happen. This is all experimental'- AA, 2013

dating penyet memenyet!

Salam Alaik'..



baiklah bersambung lagi dengan entry sebelum ni..entry minggu lepas punya dating..kali ni entry dengan permulaan gamabr sebesar alam..ok nak tau kali ni dating ngn sapa?relex ikut flow story..sabtu iteww pergi morib dengan kawan kawan..so ahad masih cuti lagi..awal pagi buah hati  yang stay kat PJ msg cakap nak balik rumah (ampang) tak jadi sebab tak da sapa kat rumah..jadi sangat kesian kat itu budak, ika pon suggest ajak keluar ..ye lah kesian pulak sebab dok PJ tak keluar mana selain midvalley yang dekat cotek dari tempat dia bahaha..dalam tengah hari lepas zohor cenggitu lah baru fetch dia sebab jalan sangat jem oke..ohh sebab rumah kat Subang jadi jarak dengan PJ tu xdela jauh mana ..10 minit jer kalau tak jem..dan bila jem macam haritu dah jadi 30 minit pfftt.. -_-'

sampai UIA PJ tu..ambik itu budak then setel kan kerja yang belum setel lagi sambil2 pk nak lepak mana..macam biasa p setel hal bisness dulu, ambil stock tudung..ohh iolss jual tudung bawal online..ni fb tudung itew yg buat kecik kecik sambil sambil jerr..FB :Colourful Bawal Ielanis (sgt sempat nak promote)..
bolehlah review2 mana tau berkenan pm je iolss..back to the story..lepas setel bab niaga ni terus pecut ke ampang (rumah maklang) untuk hantar pesanan umi dari kedah yang suh hantar kuih karas..kome tau dop kuih karas tu?mak lang memng sangat teramat suka kuih karas tu..alaa yang bila makan habis berterabur jerr kat lantai..

sumber : ehsan google


then lepak sana 2,3 minit barulah gerak nak terpk mau lepakss mana..sembang punya sembang itu budak cakap nak g Sunway Pyramid..sebab kan ika ni tak derla pro mana jalan jalan keyel ni jadi terus tak setuju sebab takut sangat jauh dan ika balik lewat malam..jadi lastly decide nak penuhkan perut yang dah merengek rengek ni..paling dekat nak membedal nasik untuk lunch adalah dekat jalan dagang sebab sangat dekat dengan ampang dan tu jela tempat yang iolss tau pon..so kami makan dekat Ayam Bakar Wang Solo..sebab ika pilih sini kan sebab ada makanan jawa..


kalau tgk trend sekarang dah bersepah kedai makan ayam penyet kan ..dari yang kedai besaq sampailah kedai2 kecil tepi jalan...jadi kedai Ayam Penyet Wong Solo ni pon salah satu yang sediakan menu ayam penyet yang jadi kesukaan bago orang orang berketurunan Jowo macam ika ni..yeahh ada darah Jowo dalam badan gue muehehehe..kat mana nak cari kedai ni? banyak cawangan sebenarnya..dan yang ika pergi ni dekat Jalan Dagang, Ampang...ala dekat dengan food court tepi UO..memang akan nampak banner terbentang seluas luasnya...ada lagi beberapa cawangan dia bukak dekat area KL ni macam dekat Kampung Baru, Shah Alam dan mungkin tempat2 lain lagi yang ika tak tau bhahaha...sempat reserch 3 tempat ni je..jadi untuk kali ni ika pilih menu ayam penyet dan itu budak makan ayam bakar ...sekali suap memang perghh sangat sedap..thumbs up!..ada jugak set lain macam lele (ikan keli), udang dan macam macam lagilah...kedai ni sangat sangat ramai sampaikan masa ika pergi nasib baik ada satu tempat yang kosong kebetulan satu group baru setel makan..kat sini jugak korang boleh pilih nak makan bersila atau atas kerusi...ika pilih bersila sebab tempat dia ala ala macam perkampungan..fuhhh feel habis..





makanan orang jowo tak sah la khonnn kalau tak da tempe..tauhu ada sambal terung sikit dan dapat air putih for free...sebabnya untuk ayam penyet ke ayam bakar dia ada set sendiri..jadi dalam set tu akan diberi air putih free...harga? harga standard la bhaii...rm 10+ tapi bawah rm20..jadi korang bolehlah kumpul rm20 cukup2 then reramai pegi Wong Solo gerenti cukup nyerr...tapi untuk per person lah khonn..kali ni makan lagi sedaplah sebab itu budak yang belanja..thanks belimuch untuk itu budak..


keluar je dari Wong Solo terus mata ternampak beger berantu abang burn..nak beli tapau tapi sebabkan baru pukul 4pm jadi abag burn baru berkemas kemas nak bukak kedai..perut pon kenyang lagi jadi decide dengan itu budak g reronda Times Square dulu sebab tu mall yang rasanya terdekat sementara nak tunggu abang burn bukak..jadi nak bagi lapaq balik kena pi shoping...tak taulah hormon makan tu sangat menjadi jadi sungguh..sampai Times Square cari tempat solat, terbeli skirt labuh sehelai..ok ter tu memng ter yup..muehehe...around 6pm baru gerak keluar then terus ke beger abang burn..kali ni belanja itu budak beger pulak sebab dia tak pernah rasa ...iolss tak per da pernah rasa dengan kengkawan suatu ketika dahulu...nak tau tentang abang burn eh eh bukan abang burn tapi beger yang dia buat boleh baca dekat ENTRY NI! ..

dah setel metel semua siap tapau bawak balik kat roomate lagi terus ke PJ hantar ini budak balik..ohh lupa ini budak ini budak dari awal entry ni sebenarnya adik iolss..studied at UIA PJ..jadi sebagai kakak yang bertanggungjawab, memahami dan toleransi ehem ehem p la bawak adiknya berjalan jalan..jadi tu lah cerita weekend kali haritu...so sapa yang teringin nak makan bolehlah p sendiri kan and enjoy it! sekian sahaja untuk entry makan makan sampai gemuk kali ni...



till then. Salam


Wednesday 11 September 2013

Pantai Morib

Salam Alaik'

free untuk malam ni jadi bolehlah nak update entry yg konon2nya teaser haritu...oh xboleh nak beletiaq panjang panjang satgi melalut..last weekend full jadual..rancang memang nak berehat rehat penat keja konnnnn haha tapi last minit dr.baha (lecture upsi) call mintak tolong sangat sangat tersangat *haa nampak tak betapa nak tunjuk terdesak sangatlah... dr mintak tlg jadi fasi untuk bebudak PMR dekat SMK Slim River..sbb dr memang the best best best lecture in the world jadi tak sampai hati nak tolak..jadi terima dgn redha dan hrpn nak tidoq sepuasnya akan di postpone minggu depan sebab ada cuti 3 hari (Hari Malaysia) yipeee...ok taknak story sal jadi fasi semua nih..nak story tentang tempat yang kitaorang pergi lepas selesai aktiviti fasi memasi ni...muehehe ohh yaaa kami 4 orang (kia,nad,nisah dan ika) yg terlibat sebab kami kami duduk satu rumah jadi senang nak bergerak sesama,,,tapi yg p berjalan ni cuma mentiga orang ja..sebab kia ada urusan lain..

selesai aktiviti kat sekolah, dengan berbaju kurung kami decide nak pergi melepak, merendek dan melempiaskan tension tension di kepala ..jadi tempat yang paling sesuai PANTAI! jadi sebabkan kami ni dah duduk tengah tengah bandar ni manalah nak cari pantai kan?kalau dulu dok tanjung malim boleh jugak pi pantai remis tapi sekarang kat sungai buloh apa pantai je ado?sungai adalah tapi tu pon belum tentu bagi ketenangan..jadi sebabkan ada akai akai panjang kawan ika ni tercetuslah idea nak p PANTAI MORIB...
kebetulan kami stay dekat subang jadi taklah jauh mana kalau nak ke pantai morib ni..ohh tak tau pantai morib kat mana...pantai ni dekat banting..sempadan nak ke negeri sembilan dan jugak dekat dengan kuala lumpur..haa orang bandaq pon buleh eh nak p cari pantai ni..kami naik SKVE ..ika pon pening nak ingat jalan sebenarnya sebab ondway nak pergi sana kitaorg just rujuk WAZE (gps) ..selalu ok je waze ni tapi kali ni dia bg direction ikut jalan kampung ntah celah mana kitaorg pegi rasa sangat sangat jauh..masuk kampung orang, then keluar lastly sampai pantai morib..masa kitaorang pergi air pasang sangat sangat tinggi..kadang kadang terdetik rasa macam nak tsunami tapi tgk orang orang keliling tu macam chill jer jadi kitaorg buat buat berani jugak..bhahaha..


ok gambar intro bila sampai pantai morib..kebetulan kami sampai dah nak senja..pemandangan kat situ tersangatlah cantik..memang terjaga..facilities pon banyak macam toilet, surau, masjid, kedai makan and gerai gerai yang juai nugget semua tu..kami tak pi terpa kedai makan dulu walau perut memang dah lapaq teramat..yang penting awal awal mesti bergambar dulu..sebab pi pakai baju kurung , tudung bawal boleh agaklah kan angin tiup deraih tudung pun herot petot kelaut pfttt =_='





 ni antara gamabq gambaq keliling dkt panatai morib yang sempat tangkap...sebabnya fon time time mcm ni memang dia mula nak habis bateri bagai jadi terpaksa buat muka kesian gila pinjam fon kawan lain untuk tgkap gambar view untuk nak update blog..ohh kat sini andai kata sapa2 nak bawak awek/boyfren/ buah hati kena jaga jaga..sebab takot makan hati tak kira dah sebab sini snagat banyak hadis hadis zina mueheheheh...sementara tunggu tengok sunset perabih bateri fon kawan pulak tgkap gambaq konon konon pakai dslr..bahaha























selain gambaq kami yang paling cantik gambaq view pantai morib time sunset..subhanallah sangat cantik super duper...tambah pulak time tgh capture ada couple yang bagi ika mybe suami isteri..sangat canti duduk kat situ...plus ada jgk 2 kanak kanak stay bawah pokok tu so dengan cepat ika snap sebab nampak sangat wow!













then dah siap tangkap gambar sepuasnya kami gerak ke masjid nak solat maghrib sebelum masing masing berlari nak g makan..lapiaq gilaaa...kat situ ada kedai makan tepi pantai..menu tepi pantai biasalah kan bakar bakar semua ada..tapi malam tu kami decide nak makan nasi putih, tomyam campur, kailan masin, sate dan sotong goreng tepung..makanan tak sempat nak snap sebab kebulur yang amat..tapi total up semua kami bertiga makan rm50... berbaloi sangat dan teramat amat kenyang..jadi lepas ni nak cari tempat berlibur yang baru pulak..PANTAI MORIB done! last but not least gambar yg ala ala cover novel harus ada tiap kali ke pantai ngehngeh....



I'll be here.Stay faithful. Stay waiting for you to hold tight my hands and live with you. FOREVER- AA,2013