Followers

Tuesday, 25 February 2014

cuti bajet - Penang part 1

Salam Alaik'..

ok tak payah nak mukadimah panjang sebab alasan blog lama terbiar dah selalu sangat bgtau dlm hampir 95% entry yang ika buat..wahh nampak dah kemajuan sekarang bila dah cekap main peratusan semua ni..kali ni nak la penuhkan entry dalam blog ni sementara tak dak apa yang nak taip kn.. *tiba2 buat amnesia tak sedar diri yang sebenarnya asgmnt tgh tgu beratur nak di taip..

selalu ja ada cita cita nak pi berjalan dalam kata melancong lah pi merata2 sambil bawak kamera besaq konon2 macam omputih mai malaysia tapi tak da rezeki lagi..mungkin lepas habis belajar ni mula lah nak travel tu pon kalau tak jadi bini orang lagi..tapi sebenarnya la ni sikit2 pon dah selalu ja pi merata2 dah dengan family dan kawan2 cuma semua tu baru dalam malaysia ja..tapi tak pe lah pergi yang mana mampu dulu..mcm ika ni lebih prefer utk pegi travel secara bajet dsebabkan tak da lagi pndptn tetap dan sengkek dalam bahasa kasaq nya..jadi dah mukadimah pasal travel panjang lebor maka entry kali ni memanglah pasal makan ehh ehh pasal travel..

kalau cuti haritu dah pergi Pulau Pangkor dgn family, jadi sebelum masuk kuliah ika dan kawan-susah-jumpa atau geng baling decide utk pertama kalinya nak pi travel tak balik rumah dengan berpegang pada prinsip 'bajet'..jadi kami pilih tempat yang tak jauh sangat dr rumah tapi memang tak pernah pergi melawat pon..kami decide utk pergi ke negeri jiran kami iaitu..


ok ni bukan menara pisa, juga bukan menara condong tapi ni la namanya komtar, sapa tak tau bolehlah pi gugel sebabnya sebut ja menara komtar ni memang takkan terpisah dengan Penang..memang dari rumah hanya ambik masa dlm 1 jam 45 minit ( kalau bawa macam tak da polis trafik kat malaysia) ..iye sangat dekat tapi ika ngn kawan2 tak pernah pon melawat2 tempat kat sana..sedih kan hidup dekat 24 tahun tapi tak pernah tau apa yang ada kat peneng ni..jadi bila sekarang dah rasa dewasa ehemm ehemm mula lah nak konon2 travel dengan kawan2..disebabkn ika pegi travel ni dengan 5 org kawan jadi percutian ni lagi lagi jadi bajet, lagipun mana best kan pergi travel sorg2 dah mcm forever alone ja..mihmihh so tips awal utk korang nak cuti bajet ni, kumpulkn sebanyak mana kawan at least 5 orang jadi boleh lah tong ketong kan..

untuk tak buat entry ika jadi macam esei maka nak kena la bahagi 2 entry..jadi entry kali ni story pasal hari pertama ja dlu..kalau tak sabar dan rasa rasa macam eklehh poyo ja nak cerita sekerat2, maka ika pon tak tau nak cakap apa, korang tariklah mouse ke side kanan yang ada pangkah tu..bhaha..oh ya mgkin ada yg ika tak ingat sebab pcutian ni dah lps bbrpa hari dah al maklumlah otak dah bersawang ni loading lama sikit, maka mungkin ika hanya buat andaian jala bg yg tak ingat tu..

Day 1

Macam biasa transport yang berbakti pi travel kali ni tetap viva oren pendek yang jimat minyak tu, kami brtolak dalam pukul 8/9 a.m macam tulah sebab nak kena fetch kwn yang kat bttrworth tu.. perjalanan dr baling (tempat ika) ke butterworth ambik masa dalam 1 jam 45 minit ikut hgway baling-kulim dan terus ke butterworth..straight je tak da pon kena nak masuk simpang apa2..duit minyak yang isi utk pergi dan balik rm50 so sorang rm10..lepas ambik kawan kat bttrworth kami decide nak naik feri..FYI, nak ke penang ni blh guna 2 cara, drive ikt jambatan p.pinang dan naik feri (yg blh sumbat kereta sekali)..so kami yang jakun ni decide nak naik feri so senangla nak berselfie sebab tak payah nak drive..utk tambang naik feri/guna jambatan p.pinang rm7.50 (pergi balik), jadi sorang rm1.50...


















untungnya naik feri dapatlah keluaq dari kereta dan tgk laut..kalau nasib baik dapat tgk oboq2 besaq dalam laut tu..selain dapat tgk laut ni bagi ratu selfie macam gua nih memang ada ruang lah nak selfie tanpa hirau orang keliling kan..





















haa kan dah ckp dalam masa 3o minit dok atas feri tu boleh ada seribu gambaq selfie blh ambik..then dah nampak bangunan komtar tu boleh dah siap2 utk get ready keluaq dari perut feri tu..for those yang drive, memang kena kuat semangat utk drive kat penang ni sebab kereta semua adik angkt maikel shumakerr je semua..sangat laju laju dan sesak dan ganas..silap2 korang nak u-turn pon blh buat korang nak nangis sebab tggu berjam2..ok sampai ja seberang, kami terus cari hotel bajet kami sebab nak letak barang2 yang penuh dalam bontot viva..yelah masing2 bawak brg macam bercuti seminggu =_='

so utk penginapan, kami prefer hotel bajet tapi location yg tgh2 bandar so tak delah jauh sgt nak pergi jalan2 tmpt yg mnrik..sblm kami bcuti, kami masing2 dah pakat gugel hotel2 bajet yang menarik, selesa dan paling penting murah..mmg byk sangat hotel tapi kna pndai pilih and gugel image/ tgk web psl hotel tu dlu..and lastly kami pilih Kim Sun Hotel yang tltk kat lebuh campbell..kalau dah nak hrga murah namanya pon jgn lah jet jet bygkn hotel ni mcm 5 star kan tp boleh lah sekadar nak tdoq semalam dan selesa..oh utk 1 malam kami dpt hrga rm125 jadi utk 1 kepala hrga hanyalah rm25..dan bilik tu kami ambil yg family.. utk yang mai dgn kwn2 dan bajet pnya pcutian mmg dicdgkn utk stay sini...dr luaq mmg nampak mcm rumah tumpangan tp dalam dia kira sangat lah selesa..dan hotel ni jugak ada facilities yg mmg berguna sgt2 utk travel2 bajet seperti kitaorg ni

- 3 katil saiz queen
-1 toilet termasuk shower tapi takdak ayaq panas (tapi kami tak kisah pon mndi ayaq sejuk)
- aircond
-sabun, tuala,
-iron (mmg penting bg kami2 pompuan yg tidak suka anti kedutan


















location dia mula2 masa sampai nampak macam jauh dari bandar tp bila dah meronda2 rupa2nya dekat ja dengan komtar..nama pon pulau, pi la kot mana pon tup2 tembuih tang situ jugak..jadi location dia mmg sangat strategik..near to this hotel ada masjid kapitan keling, nasi kandar line clear, nasi kandar beratur..haa strategik kan..dah siap2 packing, simpan barang terus keluar utk isi perut dulu..

Nasi Kandar Line Clear

kebetulan kami mmg sampai wktu kemuncak orang tgh lunch hour, so kitaorang decide nak lunch dkt nasi kandar Line Clear..sbetulnya, kmi 5 org tak delah pminat fanatik yg bila tgk nasi kandar boleh meleleh ayaq liuq, mmg tak penah ada hawa nafsu nak mkn nasi kandar..tp sbb rmai yg suggest kan kami lunch dkt nasi kandar Line Clear ni, so kami pon nak try rasa kesedapan yg org dok ckp2 tu..location? ehee blh try guna gps lah senang sikit nak paham tp kedai makan ni dkt jgk dgn hotel kitaorg yg rupanya cuma selang sederetan bangunan ja..utk yg drive jgn risau, kedai ni dah sediakan parking berbayar yang besaq..kami kira sejam dalam rm1 sb kami park situ 5 jam so kna byr rm5....kedai makan ni istimewanya bukanlah mcm kdai mkn biasa, sb kdai mkn ni hanya di lorong ja, mmg space agak kecik tp meja makan cukup utk ramai2..kiranya kalau korang bangun dr makan, orang akan ada tunggu kat belakang nak duduk tmpt korang..mybe masa kami pi tu lunch hour jadi mmg sangat sangat ramai orang sampaikan kena beratur sampai ke luaq jugakla sementara nak dapat makanan.. tapi gua puji lah service dia mmg tiptop..cepat gila.. memang agak teruja lah utk kami yg tak penah jejak kaki lepak kedai mamak ni..





















utk lunch ni kami makan rm8/ per person tmasuk ayaq..rasa dia not bad lah dan sedap lah bg kami yg tgh perut kosong tu..tak reti nak banding tahap kesedapan dia sbb ika pon baru rasa nasi kandar utk kedai ni bhaha..so bley la kami bg 4 bintang dr 5...haa ok la tu kan..




Art Street

perut kenyang dah jadi tak mau buang masa terus rancang nak start teroka penang pulak..tempat yang paling best dan wajib teroka kat penang ni waktu siang ialah Art Street..tapi pastikan korang charge camera/ sematfon/ tab dan segala bagai full2..apa yg ada kat art street ni ialah lukisan2 yang ada kt dinding2 bangunan2 lama sekitar lorong2 kat penang..ika suggest kan pergi cari2 lukisan ni dengan sewa basikal..bukan apa, lukisan2 ni bkn ada satu tempat ja tp merata2..so kalau korang bawak kereta / motor mcm ssh la nanti nak ikut suka lintas dan bwk bertentang arus..eloklah kami pergi lps makan, so bila naik nasikal blh la nak bkr2 balik lelemak makan td dgn exercise kaki..

utk sewa basikal jgn risau, merata tempat ada sediakan tempat sewa basikal, cuma korang kena pandai cari dan tawar menawar..sebabkan kami dah letih jalan cari kedai basikal, kami sewa basikal yg beharga rm10 utk satu basikal dan korang blh guna sampai pukul 7 malam..tp klau korang pandai cari blh dpt hrga sewa basikal rm8 ja..utk plan kedudukan lukisan2 art street tu korang blh mnx peta dari hotel yg korang stay atau pon dkt kdai basikal tu sdri, jadi blhlah acah2 macam foreigner yg tgk peta sambil nak cari jalan ahaksss..




















penat memang sangat sanga penat..dengan kebetulan kami pi jelajah time matahari ataih pala..memang rasa macam nak terbakaq satu badan..so utk korang yang nak pi time waktu tghari tu silalah bawak ayaq masak berbotol dan topi dan jgn lupa tenyeh badan dengan sublock..walaupun akan terbakaq tapi at least kadar sunburn tu sikit shj kan?? kami ambik masa dalam 2 jam lebih jugak nak jelajah sambil posing2 dengan lukisan yang ada kat dinding2 bangunan yang ada kat situ..memang teruja sebab sangatlah kreatif depa lukih macam tu dan tiba2 rasa proud malaysia ada benda2 tarikan macam ni..mihmihmih









atcheli uncle ni from singapore..ni kali kedua kmi tjumpa lps jmpa ptama kli masa nek basikal..
dia lah tukang ambik gambaq kitorg nek bsikal rmai2 sbb katanya ssh nk jmpa gadis2 melayu kat area situ..katanya dlm omputeh haha







perfect picture ni taken by uncle singapore td tu..sbb dah alang2 dia srh kitaorg jd model utk camera dia
so kami pon hulur jgkla camera kami utk dtgkpkan


byk lagi gambar yg ada dlm koleksi tp xlrt la nak upload byk2 kan memandangkan keja asgmnt pon bersusun tgu tu..end up around 4pm macam tu kami kayuh basikal hantaq balik ke kedai dia..

please be alert : sebelum nak riang ria kayuh basikal tu capture dlu nama kedai/ signboard kedai tu sb bila nanti nak pulangkan balik basikal takut korang sampai subuh cari kedai dia mmndgkan kwsn situ yg luas + lebih kurang sama + byk kedai yg buat sewa basikal..

kitaorg pulangkan basikal awal pun sebab nak jimatkan masa sebab nak melawat area lain pulak kt penang selain alaan munasabah nya badan dah rasa macam nak terbakaq berasap semua dah sebab panas kayuh gerek tghari buta nuh..lepas setel letak basikal kitaorg balik hotel utk rehat + mandi + bersiap utk trip seterusnya..solat? oh kebetulan sgt2 kelima2 masa tu tak leh nak masuk masjid bhahahaha...


NIGHT TRIP - Batu Ferenggi

kalau p bercuti mana pun mesti ja nak cari pantai konon2 nak nangis tengok sunset la semua..so, lepas dah berehat separuh nafas around 6 pm kitaorang bertolak pi pantai yang wajib pi kalau dtg kat penang ni.. yes just try google beach at penang , mesti akan keluar pantai batu ferenggi..dari hotel, perjalanan utk ke pantai ambik masa dalam 10 minit macam tu kalau tak silap..memandangkan masa kami pi tu ada isu pasal bakteria e-coli kat batu ferenggi tu jadi sebagai xmau libat apa2 ngn pykit tu kami decide nak tgk2 sunset ja xmau mandi2 semua..but please kalau engkorang2 semua dtg ke batu ferenggi ni lps mmg btol2 pasti xdak bencana2 semua tu, korang should try water sport dia..banana boat, jet ski dan nek belon apa ntah terbang2 kat udara..fuihhhh memang syok tapi dah kami pi timing tak best so tak boleh nak try it all...

sebabkan nak pi pantai jd bg gadis2 belagak girlish ni nak
pakai skirt sebagai tema nya..konon2 dpt
nak fefelling pwinces bila angin sepoi alun2kan kain..ehem tingginya
bahasa *sangattt



pakai skirt pon gigih nak lompat..sebab? dream aku kot nak lompat dan dpt gambaq statik giini..
kalau pkai fon camera ja even 360 pon blm tntu gua dpt imej gini =_='

like seriously thnks bely much utk dilah yg bwk kamera canggih ley wat aksi gini mihmih

so gambaq ngn sunset tak berapa nak cun tapi boleh la dr tak da..lepas je dpt tgkp gambaq ala2 cover album semua mengadu perut menyanyi2..so jgn risau dpn2 pantai ni memang banyak je kedai makan tapiiiiii haa korang kena pandai2 lah pilih yang murah eh..murah pon tak delah sampai nasi goreng kampung korang jetjet dpt harga rm1..maksudnya harga yang berpatutan lah around rm4-5 cmtu..so makan malam tu dalam bajet sorang around rm7 termasuk air..











Night Market Batu Ferenggi

lepas kenyang makan byk2 dan kenyang2 walau tahap kesedapan tak puas hati, kami decide nak ke bukit bendera sebab mengikut kata orang tempat tu lawa waktu malam..tp malangnya, bila tanya kat owner kedai makan tu dia ckp if kitaorg btolak pi sana mybe smpai lambat sebab kbetulan tu mlm minggu (Ahad) dan ramai orang dan bukit bendera tutup pukul 9 pm...jadi bincang2 kami pon decide nak jalan jalan asapkan selipar di sepanjang night market batu ferenggi...

night market batu ferenggi ni kalau tgk lebih kurang macam uptown la dan kedudukan gerai2 tu semua tepi jalan sepanjang pantai tu..kepanjangan night market tu adalah sepanjang 2km..haaa tapi sebab kami kuasa wanita ni bila tgk brg sambil jalan tak delah terasa sangat jauh tu...cuma bila nak patah balik tu haaa rasa macam nak mengesot jugak lah kan tara nak sampai kereta...tapi chill..utk yg ada bajet lebih tu boleh ja naik beca yang ada tgu kat pmulaan night market tu..harga tak pasti sebab kitaorg decide nak jalan je pecah kan lemakkk lepas makan *padahal nak nangis rasa bila nak pth balik tu...




tgk kawan kiterr dah smpai mengesot nak balik hahaha






kalau bab harga barang2 kat sini blh cakap ada yg murah ada yg mahal..mcm seluaq2 pantai tu bg ika sini agk mahal jgk la banding dr area lain..tapi kalau korang pro bab tawar menawar ni haa mybe dia blh bagi less...macam buat trick acah2 nak blah ka haa nanti diorang akan bg less harga..kat night market ni ika dan sambar magnet fridge utk umi..ehemm acah2 sovinierrrr la khennn...tawar2 dapat la harga 3 magnet rm10..okla jgk kan...dan sambar jgk lampu bulat2 comel tu utk hiasan bilik..harga dia rm25..jauh dr murah la dari online yg jual hampir rm40...

Strait Quay

di sebabkan bateri badan masih full lagi walau dah jln hampir 4 km..kami decide xmau balik hotel lg..rugilah dtg bcuti lepak bilik je kan..so dr info kawan weolss kami ke strait quay pulak...tempat dia tak jauh pon dari batu fereenggi tu..guna gps eh syg2 sekalian..kat strait quay ni bknnya tmpt2 shopping ke hapeee..dia lbh kurg macam marina bay, langkawi..alaa tmpat kapal2 tu..kalau g senja lg cantik pmndgn dia..bak kata kawan ika lah kan..tapi sebab kami pi pon dah lewat..tempat kapal tu da tutup..dpt tgk dr atas jelahh..








masuk dalam ni jgn risau its freeeee...pi tgkp gambaq jalaaa kalau mau..then lepas pada tempat ni kami pon bergerak ke hotel balik sebab nak jgk la buat ala ala pillow takl gegelllishh khenn...dan for sure utk hari pertama ni bajet tak sampai lg rm100 utk sekepala...

calculation utk per person bajet utk hari first ni :

minyak rm 10
tol        rm 1.50
hotel    rm 25
lunch    rm8
park     rm1
bike     rm10
dinner  rm7
sovinier rm36

total 98.50

ha kira ok la kan...byk tang sovinierr tu laaa kan..tapi less than rm100...so utk hari first setell..utk next day lain entry le plekkkk gue dah capek ni panjang bebenorr..nanti kita kira plak bajet for second dayy...so utk yg fikir2 nak bcuti bajet, sapa kata mustahil? boleh je lahhhh...ok panjang gua taip..kalau asigmnt buat mcm ni kan bagus jugakkkk *menyesal T_T..

ok till then, salam..


 " Whatever you decide to do, make sure it will make you happy,
 and yes i'm happy. Alhamdulillah " - AAZ, 2014

7 comments:

  1. nice entry..byk info untuk saya nie..nnt nak pegi penang

    ReplyDelete
  2. Boleh jadikan panduan ni.mmg ada plan nak ke penang bulan 12 ni.

    ReplyDelete
  3. Pergh....pnjg juge entry ni...tp bjaya bc smpi abis.....hihi...nti boleh terjah...

    ReplyDelete
  4. Good sharing.. xde sambungan yg lain?

    ReplyDelete
  5. penang mmg best pon tak di nafikan , saya duduk penang dari tahun 1989 hingga 2008 - semua murah dan makanan sedap2 belaka - kalau nak jalan2 lagi wassap saya 01115202835 - azlan travel & tours sdn bhd alor gajah melaka

    ReplyDelete
  6. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : PADANG dan BUKITTINGGI Tour, ACEH Tour, MEDAN Tour, JAKARTA dan BANDUNG Tour, JOGJAKARTA Tour ,BALI MUSLIM Tour dan LOMBOK.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
    Contact person :
    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
    www.kitaholidays.cf
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete