Followers

Thursday 28 March 2013

A way to umrah #cerita 2

Salam.Sayang.Cinta.Rindu.

hai semua selamat petang...balik kelas then golek golek atas katil rasa macam best pulak kalau update lagi cerita pegi umrah..semua sebab rindu sana..yela tak semua boleh dapat peluang ni kan..
so sambil nak tgu perjumpaan student sejarah malam ni..update dulu..ohh yaa perjumpaan tu untuk tentukan tempat nak praktikum..ahh memang tak terpk lagi nak mengajar kat mana...antara Perak atau Selangor jela kalau pilih pon..oke letak tepi dulu bab-bab ni..tak sabar dah nak cerita hari-hari selanjutnya dekat madinah..

***********************

just nak imagine balik suasana di Madinah...cantik..nyaman..sejuk..tenang..sama seperti sifat Rasulullah SAW...ika seronok bila dapat ke Madinah..ohh kami di Madinah selama 4 hari igt2 lupa.. tp yang sangat seronok kat sana bila melihat gelagat manusia yang datang dari tiap pelusuk dunia..pertama kali jejakkn kaki memasuki pintu masjid nabawi terasa sangat tenang...sempat untuk sembahyang sujud sejadah pagi jumaat...aktiviti kat sana sembahyang, makan, mandi, baca al-quran...plus jalan2..dah tak perlu nak fikir pasal stdy, bisness, someone...just fikir tentang diri sendiri...review gmbar dulu lah...



ok boleh tgk suasana dia masa waktu awal pagi...sejuk dan tenang..bumbung2 ni acctually buka time lepas sembahyang subuh sebab nanti matahari nak keluar kan..even nampak mcm panas tapi sebenarnya tak panas pon..sejuk je..selalu orang arab ni akan cuti hujung minggu hari khamis so dia akan bawa family dia dan anak-anak datang berkelah kat sini...so kalau hujung minggu je tempat  ni akan penuh...
kat sini pun ada je tempat beli barang-barang...kebanyakan orang malaysia byk cari sovinier kat madinah than makkah sebab nya bagi ika madinah more cheap la barang dia..dan banyak barang...mekah pon ada jgk tapi entah lagi seronok bershopping kat sini...eh dtg nak bershopping ker??hehe bukan aper..sebab jalan dari hotel ke masjid kat tepi-tepi akan ada orang jual-jual kain, al-quran, tasbih, beg, tudung dll...then bila polis datang je serbu diorang terus ja angkat kain hamparan diorang and lari..such a funny right? tapi sangat unik..selalu time kemuncak jualan habis habisan depan masjid ni ialah time orang habis sembahyang....










pic kat atas tu tunjuk semua yg meniaga kat jalanan kan...tapi memang diorang dapat untung sangat...sebab asal nak pegi sembahyang je ada orang beli ..nak balik pon sbbnya melalui kawasan situ...tapi kat situ pon ada ja supermarket2 besar salah satu yang ika selalu masuk BENWOOD... dia ada banyak cawangan  ala lebih kurang macam TESCO, GIANT..haa tapi yang ika sangat teruja dan bangga kan even dia supermarket pon kalau lagi 30minit nak masuk waktu solat, dia akan anounce kat dalam supermarket then lampu akan ditutup..bila costumer semua dah keluar dia akan tutup la utk bagi laluan kat waktu sembahyang..maksudnya time sembahyang semua pergi sembahyang..kalau kat Malaysia?? erm memang tak la kan...so bole je nampak kat situ yang nak bniaga bkn pghalang diorang dari nak solat jemaah..kan..very proud ...diorang hormat waktu solat tu..ohh lupa..ni antara gambar yang sempat ika ambik masa dalam spermarket..aha lagi satu ika terkejut tgk buah buahan kat sana..sangat besar..dan kat sana kebanyakan pemes minuman berjus..sangat sedap...









oke cukuplah sembang tentang shopping , beli tudung, beli baju blablabla...
sekarang nak cerita tentang apa yang best kat sana..yang paling seronok pengalaman dapat masuk ke RAUDHAH...ohh raudhah tu satu tempat yang sangat mustajab doa..ruang yg sangat sempit..dan untuk kaum hawa ni ada waktu2 tertentu je boleh masuk cth waktu lepas subuh..alhamdulillah ika diberi peluang sebanyak 2 kali dan dapat berdoa kat situ...raudhah ni org panggil juga sebagai taman-taman syurga..bagi kaum adam senang..bila masa sahaja boleh pergi tapi kaum hawa ni terhad sikit masa dia..jadi memang agak berebut sebab ramai..ikut nasib semua ni..ada yang baik dapatlah sembahyang sunat dan berdoa lama..kalau nasib tak baik baru je doa dah kna halau dgn askr perempuan..tapi alhamdulillah ika diberi ruang dan peluang utk berdoa dan sembahyang lama di situ...pertama kali dapat masuk ke raudhah telah menitiskan air mata ika..ye lah terasa dekat dengan Rasulullah SAW sebab dekat ngn raudhah tu adalah maqam Baginda... nak masuk kat situ pon kna bersabar..secara berperingkat sebab beribu manusia semua nak masuk tempat tu...pertama kali dapat masuk ke situ ika diberi peluang oleh Allah untuk duduk lama kat situ sehingga menjadi orang terakhir yang keluar..sangat bersyukur...masih terhidu bau di Raudhah yang sangat wangi...
ohh kat raudhah tak dibenarkan bergambar so ada gambar2 curi je yang dapat diambil...


haa kat dalam pada tu lah raudhah ...just nampak sikit je kubah hijau tu...
oke yang lain ni gambar sekitar masjid nabawi ... dan manusia2 disekitarnya...










ok rasanya da banyak sangat bercerita dah banyak sangat gambar...
ika pon dah nak bersiap untuk perjumpaan..so ada ruang dan peluang akan bersambung lagi kisah umrah di Madinah...will update soon...

till then. salam..


" puas kita menangis apabila turunnya dugaan dan cabaran tapi adakala kita lupa yang Tuhan akan berikan pelangi yang indah setelah diturunkan hujan kepada kita..jadi jangan lelah , teruskan berdoa (AA,2013)

No comments:

Post a Comment