Followers

Thursday 28 March 2013

A way to umrah #cerita 2

Salam.Sayang.Cinta.Rindu.

hai semua selamat petang...balik kelas then golek golek atas katil rasa macam best pulak kalau update lagi cerita pegi umrah..semua sebab rindu sana..yela tak semua boleh dapat peluang ni kan..
so sambil nak tgu perjumpaan student sejarah malam ni..update dulu..ohh yaa perjumpaan tu untuk tentukan tempat nak praktikum..ahh memang tak terpk lagi nak mengajar kat mana...antara Perak atau Selangor jela kalau pilih pon..oke letak tepi dulu bab-bab ni..tak sabar dah nak cerita hari-hari selanjutnya dekat madinah..

***********************

just nak imagine balik suasana di Madinah...cantik..nyaman..sejuk..tenang..sama seperti sifat Rasulullah SAW...ika seronok bila dapat ke Madinah..ohh kami di Madinah selama 4 hari igt2 lupa.. tp yang sangat seronok kat sana bila melihat gelagat manusia yang datang dari tiap pelusuk dunia..pertama kali jejakkn kaki memasuki pintu masjid nabawi terasa sangat tenang...sempat untuk sembahyang sujud sejadah pagi jumaat...aktiviti kat sana sembahyang, makan, mandi, baca al-quran...plus jalan2..dah tak perlu nak fikir pasal stdy, bisness, someone...just fikir tentang diri sendiri...review gmbar dulu lah...



ok boleh tgk suasana dia masa waktu awal pagi...sejuk dan tenang..bumbung2 ni acctually buka time lepas sembahyang subuh sebab nanti matahari nak keluar kan..even nampak mcm panas tapi sebenarnya tak panas pon..sejuk je..selalu orang arab ni akan cuti hujung minggu hari khamis so dia akan bawa family dia dan anak-anak datang berkelah kat sini...so kalau hujung minggu je tempat  ni akan penuh...
kat sini pun ada je tempat beli barang-barang...kebanyakan orang malaysia byk cari sovinier kat madinah than makkah sebab nya bagi ika madinah more cheap la barang dia..dan banyak barang...mekah pon ada jgk tapi entah lagi seronok bershopping kat sini...eh dtg nak bershopping ker??hehe bukan aper..sebab jalan dari hotel ke masjid kat tepi-tepi akan ada orang jual-jual kain, al-quran, tasbih, beg, tudung dll...then bila polis datang je serbu diorang terus ja angkat kain hamparan diorang and lari..such a funny right? tapi sangat unik..selalu time kemuncak jualan habis habisan depan masjid ni ialah time orang habis sembahyang....










pic kat atas tu tunjuk semua yg meniaga kat jalanan kan...tapi memang diorang dapat untung sangat...sebab asal nak pegi sembahyang je ada orang beli ..nak balik pon sbbnya melalui kawasan situ...tapi kat situ pon ada ja supermarket2 besar salah satu yang ika selalu masuk BENWOOD... dia ada banyak cawangan  ala lebih kurang macam TESCO, GIANT..haa tapi yang ika sangat teruja dan bangga kan even dia supermarket pon kalau lagi 30minit nak masuk waktu solat, dia akan anounce kat dalam supermarket then lampu akan ditutup..bila costumer semua dah keluar dia akan tutup la utk bagi laluan kat waktu sembahyang..maksudnya time sembahyang semua pergi sembahyang..kalau kat Malaysia?? erm memang tak la kan...so bole je nampak kat situ yang nak bniaga bkn pghalang diorang dari nak solat jemaah..kan..very proud ...diorang hormat waktu solat tu..ohh lupa..ni antara gambar yang sempat ika ambik masa dalam spermarket..aha lagi satu ika terkejut tgk buah buahan kat sana..sangat besar..dan kat sana kebanyakan pemes minuman berjus..sangat sedap...









oke cukuplah sembang tentang shopping , beli tudung, beli baju blablabla...
sekarang nak cerita tentang apa yang best kat sana..yang paling seronok pengalaman dapat masuk ke RAUDHAH...ohh raudhah tu satu tempat yang sangat mustajab doa..ruang yg sangat sempit..dan untuk kaum hawa ni ada waktu2 tertentu je boleh masuk cth waktu lepas subuh..alhamdulillah ika diberi peluang sebanyak 2 kali dan dapat berdoa kat situ...raudhah ni org panggil juga sebagai taman-taman syurga..bagi kaum adam senang..bila masa sahaja boleh pergi tapi kaum hawa ni terhad sikit masa dia..jadi memang agak berebut sebab ramai..ikut nasib semua ni..ada yang baik dapatlah sembahyang sunat dan berdoa lama..kalau nasib tak baik baru je doa dah kna halau dgn askr perempuan..tapi alhamdulillah ika diberi ruang dan peluang utk berdoa dan sembahyang lama di situ...pertama kali dapat masuk ke raudhah telah menitiskan air mata ika..ye lah terasa dekat dengan Rasulullah SAW sebab dekat ngn raudhah tu adalah maqam Baginda... nak masuk kat situ pon kna bersabar..secara berperingkat sebab beribu manusia semua nak masuk tempat tu...pertama kali dapat masuk ke situ ika diberi peluang oleh Allah untuk duduk lama kat situ sehingga menjadi orang terakhir yang keluar..sangat bersyukur...masih terhidu bau di Raudhah yang sangat wangi...
ohh kat raudhah tak dibenarkan bergambar so ada gambar2 curi je yang dapat diambil...


haa kat dalam pada tu lah raudhah ...just nampak sikit je kubah hijau tu...
oke yang lain ni gambar sekitar masjid nabawi ... dan manusia2 disekitarnya...










ok rasanya da banyak sangat bercerita dah banyak sangat gambar...
ika pon dah nak bersiap untuk perjumpaan..so ada ruang dan peluang akan bersambung lagi kisah umrah di Madinah...will update soon...

till then. salam..


" puas kita menangis apabila turunnya dugaan dan cabaran tapi adakala kita lupa yang Tuhan akan berikan pelangi yang indah setelah diturunkan hujan kepada kita..jadi jangan lelah , teruskan berdoa (AA,2013)

Wednesday 27 March 2013

a way to umrah #cerita 1

                                                             Salam.Cinta.Rindu.Sayang

hai peeps..disebabkan pagi ni kelas batal jadi ika luangkan lah masa kejap untuk menarikan jari atas keyboard ni untuk menulis retetan hidup dalam blog kesayangan yang kian usang ni..
banyak cerita yang nak dikisahkan tapi let me talk about the happiness..tak best la kan pagi2 nak ceritakan cita sedih..kenala yang gumbira je kan..ok first of all..nak cerita bnda yang paling tertangguh sekian lama..
Alhamdulillah awal tahun haritu seluruh family ika diberikan rezeki yang luas oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah..sungguh teruja dan tak terkata rasa syukur tu nak digambarkan..sangat gembira..yela pergi satu family dan guna travel agensi Andalusia..memandangkan kami adik beradik ni semua masih belajar dan jauh-jauh jadi sgt susah nak cari satu tarikh yang semua boleh cuti..jadi abah, dah komformkan tarikh nak pegi time raya cina baru ni..actly time tu kebetulan ika cuti semester so mmg boleh sgt..pergi kursus, beli barang persediaan, bersihkan hati, then masa yang ditunggu dah tiba 2 Februari 2013...

**********

mungkin Allah nak duga kami sekeluarga last minit sebelum ke KL abah dpt phone call yang cakap visa salah sorg family kami tak lepas..iaitu visa myra, my youngest sis..masa tu rasa macam sgt sedih..yela tinggal nak angkat barang nak masuk dalam kereta je..then bincang satu family kami decide utk truskan perjalanan ke KL and stay kat rumah nenek di ampang... sehingga hampir seminggu stay kat ampang baru kami dapat call yang visa dah lepas..so disebabkan postpone ni buat ika jgak terpaksa postpone utk tak masuk kuliah awal semester selama 2 weeks...cabaran yang kami rasa ni sgt lah berat tp abah pesan yang bykkan bersabar dan mungkin ada hikmah semua ni...
so, lastly tarikh kami bertolak 13 Februari 2013..







 

oke boleh nampak kan mcm mana teruja nya muka kami utk flight pegi buat umrah...sgt teruja..ohh btw this is my first time naik flight so teruja + gugup + takut + perak buih semua ada..tp my parents actually dah beberapa kali mnuanaikan haji dan umrah cuma kali ni abah berhajat nak bawak semua ke sana termakbul..amin.. perjalanan dari Malaysia ke Madinah 8jam..sgt lama..kebas, lenguh semua ada sebab 8jam duduk kat dlm flight..ohh kami naik flight Saudi Airlines...sgt selesa best...serve makanan 3kali..sgt sedap dan ada movie yang boleh dilayan dlm 8jam tu...before sampai ke Madinah airport we transit dkt Riyadh tapi tak turun..diorang just servis toilet flight, tukar stwdess dan turunkan penumpang non-muslim kat situ..at last dalam 11 o'clock waktu madinah we arrived..oh waktu di Arab lambat 5jam dari di Malaysia so bila kat sini dah tghhari kat madinah masih awal pagi/subuh...


*******************




 
finally we arrived..memang sangat penat tapi bila da h ternampak masjid nabawi yang teramat cantik..segala penat hilang dan nak terus je pegi sana..kat sana kami stay dkt mubarak silver hotel..selesa,cantik, dan sangat kemas..then bersihkan diri sikit terus berjalan ke masjid nabawi..cuaca masa tu teramat sejuk/..sejuk dan berangin...sempat sembahyang isyak malam tu dan balik hotel berehat..teruja dan sayu hati bila dapat tgk masjid nabawi dengan mata kepala sendiri..ohh tiba-tiba i miss to be there again...

mungkin takat ni dulu cerita permulaan perjalanan umrah ika sekeluarga..ada masa, peluang dan ruang akandiupdate soon...

"Allah tak akan menguji hambanya diluar kemampuan diri sendiri"



till then. salam

Tuesday 19 March 2013

hidup !

Salam. sayang. cinta. rindu.

da lama tak menjengah kat blog ni..malas memang tak boleh lepas dari jadi salah satu alasan...tapi untuk kali ini malas ditemani alasan-alasan lain..
banyak peristiwa..banyak kesakitan..banyak kelukaan..banyak keajaiban..banyak kebahagiaan yang terlekat dalam masa tidak update blog ini..
yee mmg rindu...rindu untuk terus membiarkan jejari demok ini memainkan rentak ligat di atas keyboard..
tapi apabila merasakan diri ini lebih memerlukan masa untuk mendapatkan semula diri yang dulu jadi terpaksa ditangguhkan seketika niat untuk menceritakan kisah diri...
dan sekarang sudah mula nak merapatkan balik hati ini dengan blog dengan memuntahkan semula kisah yang berlaku sepanjang hampir 2bulan ini...kisah cinta..kisah sebuah perjalanan..dan kisah kebahagiaan...

entry seterusnya akan menceritakan perlahan-lahan tentang kisah yang tertangguh dalam mengecapi bahagia untuk diri sendiri..soon...

see ya! salam