Followers

Tuesday 30 April 2013

Cinta | Setia 1#

Salam.cinta.sayang.rindu.

malam cuti begini, berlayankan lagu yang diputarkan DJLin untuk segmen suriacinta..melihatkan barang-barang yang dapat dimiliki oleh insan masa lalu buat hati cik ika nak menulis tentang hati pula...setelah sederetan entry blog hanya mengisahkan soal diri yang sentiasa bergembira berjalan kesana ke mari namun kali ini hendak juga meluahkan sebuah kisah seorang gadis yang penuh dugaan dalam memiliki rasa cinta..

Hidup si gadis ini penuh dengan gelak tawa, senyuman yang menjadi penghias wajah di samping hidup dalam keadaan insan sekeliling yang penuh dengan kasih sayang..sehinggalah disebabkan satu insan yang hadir dalam hidupnya merubah segalanya..Kadangkala si gadis ini juga tidak mengerti mengapakah dia dikhianati oleh insan yang pernah hadir dalam hidupnya atas nama cinta. Tidak banyak yang diperlukan gadis ini atas kehadiran si jejaka ini, yang diperlukan adalah cinta yang baik-baik sahaja..si gadis juga cuba untuk belajar erti setia dan belajar menyintai semula kepada si jejaka yang hadir dalam hidupnya. Namun, seperti kisah percintaan yang menemui kegagalan, si gadis juga telah menjadi salah seorang dari pengalaman itu.. tidak akan mengkhianati, menyintai sepenuh hati dan setia pada si gadis seorang - janji yang telah diakui oleh si jejaka itu sendiri dalam menawan hati si gadis..Namun, silap gadis itu yang terlalu mempercayai janji si jejaka yang akhirnya menyanyangi dia lalu mengkhianati dan meninggalkan si gadis tanpa dia mengetahui di mana silapnya si gadis dalam memberi sayangnya kepada si jejaka. Kali pertama mengalami kesakitan itu, si gadis menyimpulkan mungkin dia seorang yang tidak cukup bergaya. Namun syukurlah si gadis diberi kurniaan akal yang baik untuk menggunakan teknologi maklumat untuk memperbaiki penampilan agar lebih menarik di mata si jejaka. Malah, si gadis juga menyimpulkan kemungkinan si jejaka menganggap si gadis seorang perempuan yang nakal disebabkan pemakaian dan pergaulan yang bebas. Namun, si gadis mengakui kehadiran si jejaka telah memberi si gadis perubahan untuk lebih berpakaian sopan dan pergaulan yang lebih berhati-hati. Namun, si gadis masih tidak mengerti sebab dia ditinggalkan si jejaka sedangkan hati si jejaka telah dipenuhi.

Dengan si jejaka, si gadis tidak mengetahui kenapa masih lagi bertahan setelah berulang kali dikhianati. Dikhianati, dipermainkan, ditipu namun masih lagi mampu sabar dan menelan derita. Malah menganggap ini sebagai cabaran untuk mendapatkan cinta dari si jejaka. ahh mungkin itu silap si gadis, menyanyangi si jejaka sepenuh hati sehingga sanggup meyeksakan hati sendiri demi mempertahankan cinta yang diperolehi.
Dilihat bandingan dirinya dengan gadis-gadis lain yang digantikan si jejaka bagi dirinya, kebanyakan dia menang berbanding gadis-gadis itu. Namun mengapa gadis-gadis lain itu menjadi pilihan si jejaka. Sedangkan si gadis tidak pernah meminta barangan mahal sebagai syarat untuk keluar bersama, jika si gadis ingin barangan dia akan mengumpul duit sendiri dengan bekerja tanpa meminta wang dari si jejaka. Si jejaka ingin gadis yang lebih menjaga auratnya dari pandangan lelaki lain tetapi kenapa gadis yang sebaliknya dijadikan pengganti bagi dirinya?Malah si gadis tidak pernah memaksa si jejaka keluar bersama di tempat-tempat mahal, makanan mewah-mewah..cukup sekadar warung tepi jalan biasa atau hanya meminum air kosong di tepi jalan asalkan setia disamping si jejaka ..Si gadis terpikir-adakah disebabkan dia terlalu berdikari?Entah gadis sudah mahu berhenti dari terus menyintai.

"Hubungan kita perlu diberi ruang"

"Tapi kenapa?"

"Ini adalah untuk kebaikan bersama"

"Apa kebaikan yang kita dapat dari buat semua ini"

"Perlu ka kita saling berhubung, berbual, bermesej dan berjumpa?"

"Kenapa tidak?Jarak kita jauh, cara ini yang akan merapatkan kita"

"Tapi saya rasa awak perlu bagi saya ruang dan masa?"

"Tapi selama ini hanya sehari sekali awak mesej saya, bukan 24 jam seperti awal dahulu."

"betul, tapi bagi saya ruang untuk semua ini"

"Tapi sampai bila ?"

"Nanti jika perlu saya akan hubungi awak"

"Jadi, saya tidak boleh hubungi awak?"

"Boleh"

"Tapi aawak takkan balas bukan?"

"Begitulah"

"Tapi kalau awak cari saya?perlukah saya balas?"

"Pernah awak tak balas bila saya mencari awak?"

"Tak pernah"

"Jadi, teruskan apa yang awak buat"

"Baiklah, saya buat hanya untuk kebaikan awak"


Si gadis hanya megiakan permintaan yang dipinta oleh si jejaka. Seperti kebiasaan, si gadis menjadi manusia yang hanya mendengar kata dalam hubungan. Bukan kerana tidak memikirkan hatinya, si gadis menuruti hanya disebabkan ingin mempertahankan hubungannya dengan si jejaka yang menjadi kesayangan dalam hidupnya. Si gadis juga berfikir, ada benar juga dirinya perlu memberikan ruang kepada si jejaka untuk menyendiri dan tidak perlu sentiasa berhubungan biar berputik rasa rindu. Si gadis tetap juga dengan aktiviti biasanya menghantar pesanan ringkas kepada si jejaka.. ucapan selamat pagi, jaga diri, dan selamat malam tanpa mengharapkan si jejaka akan balas.

Sehingga beberapa minggu si jejaka muncul semula, si gadis tidak mengungkit kisah lama dan hanya meneruskan perhubungan seperti biasa. Hati si gadis berbunga-bunga sekembalinya si jejaka terhadapnya.
Sehinggakan suatu masa si jejaka mengeluh kehilangan kata laluan bagi diari kesayangannya - facebook..si jejaka dengan putus asa ingin menmbuka akaun yang baru. Si gadis yang mempunyai kemahiran dalam teknologi terdetik hati untuk mencari semula kata laluan si jejaka. Berbunga hati si gadis kerana berjaya mendapatkan kata laluan si jejaka, ingin diberitahu kepada si jejaka, namun terdetik hatinya untuk membuka peti inbox si jejaka.Bukan disebabkan tidak amanah kepada si jejaka namun, adakalanya ingin juga hati kecil si gadis mengetahui aktiviti si jejaka yang kebiasaan tidak akan menegur si gadis sekiranya online. Lemah lutut si gadis tatkala membuka peti masuk akaun si jejaka.Panggilan manja yang sering digunakan si jejaka untuk si gadis telah digunakan dengan salah seorang gadis di dalam peti masuk itu. Air mata si gadis mengalir laju lantas menghantar pesanan ringkas kepada si jejaka.

"Siapa si gadis yang mendapat panggilan sama seperti saya?"

"Itu rakan saya"

"Rakan dengan panggilan manja begitu. Mesej itu dalam tempoh ruang antara kita yang saling tidak berhubungan dahulu kan?"

"Ya."

"Mengapa awak melakukan ini terhadap saya?"

"Saya bosan dengan awak, jadi saya mencari sesorang yang boleh menghilangkan bosan saya, dia lebih mengambil berat tentang saya"

"Tapi, saya jaga awak setiap hari, saya mendengar setiap masalah awak dan setia menunggu awak walau awak tak balas."

"Itu tidak memadai"

"Jadi awak memilih saya atau dia? Bukankah dahulu saya sudah katakan jika awak hendak gadis lain lepaskan saya dan tidak perlu menipu saya begini"

"Saya sayangkan awak dan juga dia"

Gadis jatuh duduk tanpa bicara,
Dia mendengar kata, dia akur untuk melakukan pinta si jejaka demi menjaga hati si jejaka, 
Tapi mengapa ini balasan yang diberikan,
Hanya air mata peneman si gadis saat itu, bukan kata-kata si jejaka sokongan dari si jejaka yang berjanji akan diberikan tatkala air matanya mengalir,
Namun, si jejaka itu yang telah menjatuhkan air matanya.
Pada malam itu, si gadis hanya tidur bersama air mata bersama khayalan yang telah berderai bagai kaca.



The most hurt feeling is when someone that promise to you will never ever betray you is the ones and the first person doing that to you-AA, Mei 2013

No comments:

Post a Comment