Followers

Wednesday 5 August 2015

3D2N Langkawi Rm180 - Day 1

Salam Alaik..

Lama dah tak bersua, ni bersua ni adalah bendonya den nak kobarkan nih..2 bulan lepas ika dan kawan ada pergi trip yang dah lama rancang tapi tak pernah nak menjadi then last minit rancang punya rancang, pack barang terus follow the flow. kenapa baru sekarang nak update? entah. malas gila nak taip tapi sekarang ni rasa memang betul tak da kerja so baru berkesempatan nak tulis entry ni.Oh btw, lepas ni ika pun dah nak start kerja tetap , Alhamdulillah setelah sekian lama tunggu, jadinya lagi lagi lah tak sempat nak tulis entry ni hahah tu je nak gitau! ok cukup sudah mukadimah nya kali ni.

sebenarnya tak tau nak bajet nak tulis trip kali ni secara sekaligus atau nak ikut hari ja..tengoklah dulu kalau larat aku nak nulis panjang2, sekaligus jelah kalau malas haa pepaham lah kan hiks..

___________________________

serious trip kalini rm180 jeww??? 3 hari 2 malam cuma rm180?? biar betul ni, anak menteri mana yang bagi less diskaun pergi Langkawi harga murah cemtu?

ok rilek2, takder nya anak menteri nak sposer ke apa..korang yang bukan anak menteri, pun boleh ja nak dapat pakej ni, nak tau?  ahha baca la entry gua sampai habis.

____________________________

Kenapa kitaorang pilih Langkawi sbg trip vacay kalini?
 DEKAT..yup sebab ika asal kedah dan Langkawi kat kedah, xcaya buleh gugel..

Pergi berapa orang?
4 orang sahaja. (nak guna pakej tu kena 4orang ke atas)

Timing kitaorang pegi sana?
cuti sekolah bulan 6 (sebab semua ada komitmen)

soalan lain? dah simpan dalam hati aku nak mula story..

_______________________________


PAKEJ LANGKAWI

Disebabkan geng-geng yang konon nak pi vacay tapi duet bajet sebab tak kerja lagi maka nak realisasikan impian ni jugak terpaksalah kami survey pakej2 yang murah..mula tu igt nak main redah jer tapi bila mikirkan kami pi masa cuti sekolah/peak season jadi nak tak nak kena lah survey.. buat gila sgt kalau main terjah last2 kena menempek nangis hujung panbtai sebab tak da tempat nak tido lainlah kalau lelaki kan huh.

Akhirnya jumpa jugak satu pakej yang bagi ika sangatlah murah weyy, murah terok ceni..RM180/person untuk 3 hari 2 malam di Langkawi. Harga yang dia bagi tu adalah termasuk penginapan, kereta dan Island Hopping. Ha nak sangkal apa lagi kalau dah untuk 3 hari tu boleh senangkan kau tanpa nak fikir atau tanpa ditipu. Selain Langkawi ada lagi beberapa tempat yang dibuat untuk pakej jadi korang bley la cekidauttt kat media sosial diorang.

Instagram : @Destinasipercutian

kalau nak tanya dari segi kualiti dia, yelah aku paham sebab murah kan, mesti igt penginapan semua cikai. Ha yang tu korang salah, semuanya ika boleh bagi 4/5 bintang utnuk semua servis dia bagi..serius menangis sebab puas hati dan percutian korang jadi memoriableee sangat. Nanti korang tgk sendiri gambar2 yang sempat ika ambik dengan servis dia bg tu ok?
*bukan iklan berbayar.hiks

DAY 1

JETI KUALA PERLIS

Disebabkan kami 3 orang ( Ika, Iza dan Dilah) yang dari Baling jauh nau nak ke Kuala Perlis, kami bertolak sehari awal dan stay semalam dekat uum hostel (which is tempat dilah,thnks dilah!) dan esok pagi 7am terus drive ke Jitra utk fetch Nisah..sebab dah kat Jitra, kami decide nak naik feri dari Kuala Perlis yg ambk masa 45minit je nak sampai *padahal masing-masing mabuk laut.. selain Kuala Perlis, kat Kuala Kedah pun bley ja nak ke Langkawi cuma ambk masa lama sikitlah atas laut tu around 1 hour lbh camtu.

Sampai ja sana dalam 10am, iza dan dilah pi beli tiket (RM18 for adult), ika dan nidah terus cari parking utk park keta.. Rezeki kami ada port yang dekat nak park kereta, kat jetty ni korang jgn risau insyaAllah keta akan selamat. Untuk 3 hari tu bayaran parking rm30 (rm10/day). Sebabkan tiket feri kami naik pukul 10.45am, kami isi perut kat kedai makan yang banyak kat jety tu, no worries.

p/s: simpan tiket feri hari korang ke Langkawi sebab nanti kat kastam masa korang nak balik depa akan cek tiket utk tgk korang stay bapa hari (for cukai).







After 45minutes dalam feri yang buatkan nak tekeluaq isi perut tu, maka sampai lah kat Pulau Lagenda. Sebab kan nak jimat masa, kami decide nak terus ja pi berjalan dan takmau check in lagi. Untuk pakej tu korang jangan risau, bila nak kena kol ker, camna nak jumpa orang tu.. sebelum kau sempat nak risau , orang dia akan kol korang 2 hari sebelum korang ke sana, haa best kan tak payah dah nak susah hati. Jadi masa sampai jer sana terus wasap akak Sarah (orang yang handle pengangkutan), Masa deal dengan akak ni dia cakap nak bagi kitaorang drive myvi kuning untuk 3 hari tu memandang kan kami hanya 4 orang, tapi bila dia sampai ke jeti, terus dia cakap tak jadi bagi myvi dan akan bagi avanza yang baru sebab nak memudahkan kitaorang yang semuanya perempuan dan berkemungkinan akan bawak balik barang yang banyak masa hari last nanti. yuhuuuu best lagi lah kitaorang ni haaa dapat avanza yang besar, baru, selesa dan auto.

Sebelum kitaorang start jalan, akak sarah ada bagitau jalan2 kat Pulau ni dan port2 makan yang best. Tambah pulak salah sorg dari kami ni kaki ke Langkawi, so dia pro jalan sini lagi bagi mudah kami bercuti kat sini.

3D MUSEUM

Location first kami pi memandangkan dekat dengan kawasan cable car. Sebabkan pi masa cuti sekolah, so situasi kami sepanjang kat sini memang sentiasa penuh dengan orang. Kami sampai ke Oriantel Village / cable car dalam pukul 3pm, panas terik hoy takkan nak naik cable car kan, tu yg cari tempat yg berbumbung. so 3d museum lah cita dia.







Bagi harga tiket, keistimewaan di beri utk sapa2 yang kat ic guna ala
mat Kedah, haa memang dapat diskaun kaw2 punya. 

Ticket Price :
Foreign : Rm 38 / Rm 28 for children
Local : Rm30
Local with adress at Kedah : RM20

Haa banyak kan diskaun tu, nasib kitaorang berempat alamat Kedah, tidak ber huhuhu la kalau sensorang ja tak dapat diskaun ahaks.


Dah setel semua, terus masuk entrance dan korang kena tanggalkan kasut kat rak yang ada penjaga yg akan beri korang no rak. Kemudian, haa selamat bergambar puas2 dalam bangunan 3 tingkat yang penuh lukisan 3d kat dinding. Jangan risau kalau korang tak terbayang lukisan kat dinding tu nak gayakan camna sebabnya diorang ada letak siap2 idea yang korang blh buat utk nampak lukisan tu real!






Antara gambaq2 yang terpilih dari yang dok pi tgkap ritu..memang banyak dan sangat banyak. Pesanan ika kalau nak jimat masa tak payah guna sorang satu fon, tapi guna satu fon ja/camera utk gambar setiap orang pastu nanti balik wassap to all. Jimat sikit masa sebab kat dalam tu banyak kot lukisan lukisan dia. Jenoh! Kitaorang kat dalam tu pun hampir 1 jam lebih sebab bajet nak naik cable car pulak.


3d museum DONE!

CABLE CAR

Next place mestilah cable car. Benda yang ika rasa wajib naik bila ke Langkawi ni. Sebab dari sini yang dapat tgk view Pulau Langkawi ni yang subhanallah cantik sampai tergamam. Bagi tiket cable car ni pulak ada bayaran pakej jugak, sebab selain cable car ada lain aktiviti yang depa sedia kat atas tu. Nak tgk price ticket boleh klik link Sini

dan kami ambil pakej Cable Car + 6d Motion : Rm 20

lepas beratur bukan main panjang sebab nak naik atas tu akhirnya sampai giliran kami yg kena tgk 6d motion yang sebenarnya bayangan macam korang atas roller coaster. Pening gila nak muntah tgk mungkin nak bagi kitaorang tak gayat dan nak biasakan diri kot. erk. Then beratur lagi barulah landed untuk ke skybridge. Bayaran untuk skybridge asing ok alaa rm 5 sahaja..rugi kot kalau tak try.



ni lah ghoper SktBridge tu..tapi ika pesan siap2 sapa nak try yang ni please no heels and actually no skirt like me. haha sebabnya korang sebelum nak ke sini kena mengharungi tangga2 ala2 tracking. So bayangkanlah bila pakai skirt cenggini tsk tsk. 

 time ni dah nak pancit dah sebenarnya tapi wat cool ja sebab mat saleh yang lalu2 cakap yukanduit so buat muka cool jelah kan haha.. Akhirnya kami berempat selamat sampai puncak yang sejuk dan berangin. Cuaca masa tu serius mcm tau2 ja kami nak menikmati ciptaanNYA tu.




yang atas tu cubaan nak duduk atas glasses yang ley trus nampak ke bawah, serius gayat wehh sebab kau boley nampak terus ke hutan bawah nun. Cabar diri kunun.


Lepas puas bergambaq, actually puas berehat sebab panjat atas nih haha decide nak ke station balik lagipun dah nak dekat 5pm. Ha nak panjat balik ke station tu memang ambik masa lambat la sebab nya asyik berenti ja sebab semputt. Yelah orang tak pernah nak hiking bagai ni kan, so  bawaklah ayaq botol tapi sembunyi dalam beg tidak nanti tak kena letak luar sebab tak boleh bwk ayaq sebenaqnya.


Penat barangkali yg sorang tu haha. Cable Car DONE!

 AIRPORT CORNER CAFE - Lunch & Teatime

Turun dari cable car opkos perut dah mula sakit sebab alas dengan roti canai sekeping kat jeti pagi tu ja. Jadi, kami cari dulu masjid terdekat utk jamak Zohor & Asar pastu mula fikir nak cari makan. Nak makan pulak mestilah cari nasi. Perut kampung kan. Jadi kami ikut pesan akak Sarah utk ke kawasan airport dan betul2 rounbout airport kami nampak ada kedai makanan yang macam thai sikit. Makanan situ sedap, sangat murah dan serve pun cepat. 




Gambaq makanan memang tak sempat nak tangkap dah sebab lapaq tahap tak ketahuan. Seingat ika kami order nasi kosong, Tomyam camput, sayur kailan, sambal belacan dan air. Total harga kami 4 orang cuma Rm28. Jadi, makan lunch tu Rm7/ person. Haa murahh kan! burppp.


BAYVIEW INN - Check in

Badan dan penat, dan belengaih jadi its time to check in. Tempat kami check in ni ala2 macam chalet, sebabkan bagi ika harga dia murah tak bayang pun yang hebat2 , asal tandas ok, tempat tido selesa ok dah. Bajet kan haha. Bayview Inn ni terletak dalam sikit, tapi dari Pantai Cenang dalam 4km shj. Kami sampai dalam pukul 7.30pm , terus diberi bilik dan memang impressed gila dapat bilik yang cukup2 selesa. Tandas yang ok dan bersih (penting), katil 2 saiz queen, mini fridge, tv ada astro, heater, iron, tea fuhhh memang unexpected.


DATARAN HELANG

Dah puas rehat, mandi, solat, kami keluar konon nak pi Pasar Malam. Kalau kat Langkawi ni tiap malam ada pasar malam dia cuma tempat yang lain2, kena rajin surf la tgk area mana. Kebetulan malam tu area kawasan pantai cenang, tapi sebabkan kitaorang sampai pun nak pukul 10pm pasar malam pun dan membungkus dah. Straight lah kami ke dataran helang pulak. Actheli lagi best sebenarnya pi dataran helang siang sebab cerah elok kan, tapi kami sebab aktiviti yg atoq pack so kami pi jelah malam pun. Sama jugak si helang tu tang tu jugak hikss



utk menu makan malam kami prefer makan fast food ja, KFC dan pi makan dekat depan helang ni. Hanya gambaq kat dataran hel;ang ni ja kami dapat tgkap. Sedih sangat tsk tsk. btw utk korang yang nak beli megi or mineral water pesan awai janganlah beli kat jetty, better beli kat petronas or others oil station sebab mahai terok kot hahaha..

Lepas dah mata masing2 pun nampak bantal ja kami pun balik bilik dan tidoq utk charge badan utk aktiviti esoknya pulak.. so for 2nd days at Langkawi, entry lain plak la noh, letih taip panjang hoy haha..

Till then. Salam




' One's destination is never a place,
 but a new way of seeing things' - AAZ, 2015

No comments:

Post a Comment