Followers

Wednesday 11 September 2013

Pantai Morib

Salam Alaik'

free untuk malam ni jadi bolehlah nak update entry yg konon2nya teaser haritu...oh xboleh nak beletiaq panjang panjang satgi melalut..last weekend full jadual..rancang memang nak berehat rehat penat keja konnnnn haha tapi last minit dr.baha (lecture upsi) call mintak tolong sangat sangat tersangat *haa nampak tak betapa nak tunjuk terdesak sangatlah... dr mintak tlg jadi fasi untuk bebudak PMR dekat SMK Slim River..sbb dr memang the best best best lecture in the world jadi tak sampai hati nak tolak..jadi terima dgn redha dan hrpn nak tidoq sepuasnya akan di postpone minggu depan sebab ada cuti 3 hari (Hari Malaysia) yipeee...ok taknak story sal jadi fasi semua nih..nak story tentang tempat yang kitaorang pergi lepas selesai aktiviti fasi memasi ni...muehehe ohh yaaa kami 4 orang (kia,nad,nisah dan ika) yg terlibat sebab kami kami duduk satu rumah jadi senang nak bergerak sesama,,,tapi yg p berjalan ni cuma mentiga orang ja..sebab kia ada urusan lain..

selesai aktiviti kat sekolah, dengan berbaju kurung kami decide nak pergi melepak, merendek dan melempiaskan tension tension di kepala ..jadi tempat yang paling sesuai PANTAI! jadi sebabkan kami ni dah duduk tengah tengah bandar ni manalah nak cari pantai kan?kalau dulu dok tanjung malim boleh jugak pi pantai remis tapi sekarang kat sungai buloh apa pantai je ado?sungai adalah tapi tu pon belum tentu bagi ketenangan..jadi sebabkan ada akai akai panjang kawan ika ni tercetuslah idea nak p PANTAI MORIB...
kebetulan kami stay dekat subang jadi taklah jauh mana kalau nak ke pantai morib ni..ohh tak tau pantai morib kat mana...pantai ni dekat banting..sempadan nak ke negeri sembilan dan jugak dekat dengan kuala lumpur..haa orang bandaq pon buleh eh nak p cari pantai ni..kami naik SKVE ..ika pon pening nak ingat jalan sebenarnya sebab ondway nak pergi sana kitaorg just rujuk WAZE (gps) ..selalu ok je waze ni tapi kali ni dia bg direction ikut jalan kampung ntah celah mana kitaorg pegi rasa sangat sangat jauh..masuk kampung orang, then keluar lastly sampai pantai morib..masa kitaorang pergi air pasang sangat sangat tinggi..kadang kadang terdetik rasa macam nak tsunami tapi tgk orang orang keliling tu macam chill jer jadi kitaorg buat buat berani jugak..bhahaha..


ok gambar intro bila sampai pantai morib..kebetulan kami sampai dah nak senja..pemandangan kat situ tersangatlah cantik..memang terjaga..facilities pon banyak macam toilet, surau, masjid, kedai makan and gerai gerai yang juai nugget semua tu..kami tak pi terpa kedai makan dulu walau perut memang dah lapaq teramat..yang penting awal awal mesti bergambar dulu..sebab pi pakai baju kurung , tudung bawal boleh agaklah kan angin tiup deraih tudung pun herot petot kelaut pfttt =_='





 ni antara gamabq gambaq keliling dkt panatai morib yang sempat tangkap...sebabnya fon time time mcm ni memang dia mula nak habis bateri bagai jadi terpaksa buat muka kesian gila pinjam fon kawan lain untuk tgkap gambar view untuk nak update blog..ohh kat sini andai kata sapa2 nak bawak awek/boyfren/ buah hati kena jaga jaga..sebab takot makan hati tak kira dah sebab sini snagat banyak hadis hadis zina mueheheheh...sementara tunggu tengok sunset perabih bateri fon kawan pulak tgkap gambaq konon konon pakai dslr..bahaha























selain gambaq kami yang paling cantik gambaq view pantai morib time sunset..subhanallah sangat cantik super duper...tambah pulak time tgh capture ada couple yang bagi ika mybe suami isteri..sangat canti duduk kat situ...plus ada jgk 2 kanak kanak stay bawah pokok tu so dengan cepat ika snap sebab nampak sangat wow!













then dah siap tangkap gambar sepuasnya kami gerak ke masjid nak solat maghrib sebelum masing masing berlari nak g makan..lapiaq gilaaa...kat situ ada kedai makan tepi pantai..menu tepi pantai biasalah kan bakar bakar semua ada..tapi malam tu kami decide nak makan nasi putih, tomyam campur, kailan masin, sate dan sotong goreng tepung..makanan tak sempat nak snap sebab kebulur yang amat..tapi total up semua kami bertiga makan rm50... berbaloi sangat dan teramat amat kenyang..jadi lepas ni nak cari tempat berlibur yang baru pulak..PANTAI MORIB done! last but not least gambar yg ala ala cover novel harus ada tiap kali ke pantai ngehngeh....



I'll be here.Stay faithful. Stay waiting for you to hold tight my hands and live with you. FOREVER- AA,2013

No comments:

Post a Comment