Followers

Tuesday 30 April 2013

Cinta | Setia 2#

Coretan cinta | setia 1#

Sejak dari peristiwa itu, hubungan yang dijangka si Gadis akan membawa kebahagiaan mulai goyah..
si Jejaka hanya mendiamkan diri tanpa berita, si Gadis pula hanya kekal dengan hidupnya yang biasa-biasa dan tidak mahu hati endah walau hatinya penuh dengan kedukaan. Seringkali si Gadis cuba untuk melupakan si Jejaka namun sukar. Si Jejaka yang hadir dalam hidupnya, bersamanya sehingga 3 tahun manakan mungkin senang baginya untuk melupakan. Namun, si Gadis akur mungkin dia tidak sempurna lagi untuk si Jejaka. Mengingati semula pertemuan mereka, si Gadis hanya mampu membisu dan menangis. Dia sangat merindui si Jejaka..benar si Jejaka orang pertama yang berjaya mencuri hatinya setelah 18 tahun dia hidup di atas bumi ini. Ditemukan di dalam sekolah yang sama dan kelas yang sama telah menjadikan mereka sepasang kekasih. Si Gadis mengingati sikapnya yang nakal sering mentertawakan serta 'membuli' si Jejaka telah menjadikan hubungan mereka rapat. Sehingga suatu saat si Jejaka menggunakan keberaniannya untuk menawan dan mencari si Gadis untuk memberikan cintanya. Si Gadis yang mulai tertawan dengan si Jejaka menerima dia atas nama cinta yang diberikan.

Perawalan dalam menjalani hidup atas cinta diberikan telah menjadikan si Gadis lebih ceria dan gembira berbanding dahulu. Manusia mana yang tidak gembira jika hidup sering ditemani oleh manusia penyanyang, manusia yang menjaga sepanjang masa. Benar dugaan itu ada, namun bagi si Gadis hanya dugaan biasa-biasa yang hanya ingin menguji hati masing-masing. Si Gadis lebih gembira bersama si Jejaka tanpa melihat dugaan sebagai penghalang. Sebagai tanda penghargaan atas cinta yang diberikan kepada si Gadis untuk merasainya, si Gadis berjanji untuk setia kepada si Jejaka sebagai pulangannya. Pada tempoh itu, kebahagiaan, kegembiraan dan keindahan menyulam hati si Gadis dalam perjalanan yang dilaluinya bersama si Jejaka.


Malangnya si Gadis tidak menyangka manusia yang memberinya cinta turut memberinya luka. Hanya yang tinggal pada si Gadis hanya air mata yang menemani tidurnya, Benar si Gadis bingung di mana lagi cacat celanya sehingga si Jejaka memilih gadis lain sebagai peggantinya. Si Gadis menyedari perubahan si Jejaka setelah mereka sama-sama memasuki pengajian tinggi dengan kelulusan masing-masing tetapi si Gadis cuma menganggap itu hanya mainan perasaannya dan terus memberikan kepercayaan dan kesetiaan kepada si Jejaka. Kerana rasa cinta, si Gadis sering mengorbankan hatinya demi menjaga hati si Jejaka. Segala permintaan si Jejaka dia akur tanpa menyangkal segalanya demi menjaga hati si Jejaka.

Tapi, getah yang ditarik pasti juga akan kembali,
Begitu juga dengan hati manusia yang meninggalkannya
setelah beberapa lama, entah kenapa si Jejaka kembali..


"kita perbaiki semula hubungan kita? maafkan saya boleh?"

"Tetapi awak dah pilih orang lain berbanding saya"

"Saya dah buat kesilapan,  saya merindui awak"

"Saya tidak boleh beri keputusan sekarang sebab hati saya sangat terluka"

"saya berjanji tidak akan lukakan hati awak lagi, saya janji, hidup bersama saya semula"

Si Jejaka berjanji lagi. Berjanji tidak akan memberi kelukaan kepada si Gadis. Si Gadis enggan lagi pertaruhkan jiwanya, enggan lagi menanggung kesakitan yang diberikan manusia yang berjanji padanya. Banyak persoalan dalam dirinya yang membuatkan si Gadis sukar menerima si Jejaka itu semula.
Adakah dengan memberi setianya semula, dia akan menempah derita?
lalu si Gadis hanya membiarkan sahaja si Jejaka tanpa jawapan. Gadis diam tanpa bicara dan entah mengapa mereka boleh kembali bersama. Kemungkinan si Jejaka bijak melayan dia dengan baik dan menunjukkan kesungguhan untuk memiliki semula hati si Gadis, si Gadis pula hanya memikirkan untuk mempertahankan hubungan dan kerana sayang dia terima lagi si Jejaka. Andaian Gadis, si Jejaka kemungkinan akan belajar dari kesilapan dilakukan. Jadi, mereka bahagia dalam menyulam rasa bahagia dan cinta masing-masing.

Beberapa bulan berlalu, mereka masih menyulam rasa bahagia bersama, Gadis percaya bahawa si Jejaka benar-benar belajar dari silapnya. Mereka masih berhubungan tanpa ada selisih faham. Tiada istilah marah, tiada istilah menyampah-segalanya dipendamkan menjadi pengajaran dalam hidup lampau mereka. Adakalanya Gadis curiga, bimbang si Jejaka akan mengulangi perbuatan yang sama namun dikikis perasaan curiga, bimbang jika berlebihan akan mengundang celaka dan kebahagiaan akan bertukar menjadi derita. Bagi si Gadis cukuplah sekadar dia merasainya dahulu. Suatu hari, si Jejaka hilang lagi. Kemunculan si Jejaka hanya waktu yang tertentu sahaja-alasanya sibuk dengan kerja yang semakin menggila. Si Gadis yang hanya mendengar kata hanya akur dan belajar memahami. Adakala si gadis mula risau, susah hati, adakah perkara yang ditakuti akan muncul kembali? Namun, disedapkan hati dengan mengingati si Jejaka sibuk dengan kerjanya.

Jejaka datang.Jejaka pergi. Sudah kembali kepada peragai lamakah dia? Namun, gadis tetap memberi tumpuan pada hidup peribadinya, membahagikan masa pada pelajarannya. Di dalam kuliahnya, si Gadis tetap lincah dan senyuman berseri. Tidak akan sekali dia mempamerkan masalah yang dihadapi pada manusia di sisi. Si gadis hanya akan menangisi pada malam hari tika tiada manusia yang dapat melihat tangisannya itu. Sedang gadis menangisi, dia menerima satu pesanan ringkas dari si Jejaka.

"Saya harap kita boleh  berjauhan buat sementara waktu, tidak perlu lagi panggilan manja."

"Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Saya ingin berubah, berubah menjadi lebih baik..untuk diri saya dan awak"

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan"

"Awak cuma tunggu saya, dan kita beri ruang perbaiki diri masing-masing"

"Saya tidak boleh menghubungi awak?"

"Boleh, tetapi bila perlu dan saya tidak akan membalasnya. Saya harap awak memahami"

air mata si Gadis menitis lagi. Kali ini kian deras. Benar, si Gadis bangga si Jejaka ingin berubah untuk kebaikan bersama. Namun, secara tiba-tiba dia ditinggalkan lagi. Si gadis tidak memahami corak permainan si Jejaka, namun dia terpaksa akur untuk mengikut sahaja permainan itu untuk bersama-sama berjaya bersama si Jejaka yang dicintainya. Sekali lagi, si Gadis menjadi manusia yang mendengar kata dalam hubungan dan belajar memahami hati si Jejaka.

Si Gadis menunggu kalau si Jejaka bakal kembali,
Dia hanya mahu jawapan tentang soal hati,
si Jejaka diam menyepi, meninggalkan hati si Gadis yang tidak tahu sama ada masih dalam hubungan itu lagi atau sebaliknya,
Bukan penting untuk cinta kembali bertaut,
Tapi, kenapa dia ditinggalkan sepi, 
Janji dibuat hanya untuk dimungkiri,
untuk kali kedua dia disakiti lagi.

Hati si Gadis disakiti lagi, namun dia terus kuat untuk tersenyum dengan manusia di sisi,
bimbang manusia di sisi akan menganggapnya lemah kerana cinta, dia terus bangun kuat dan meneruskan hidupnya tanpa si Jejaka di sisi,
persoalan di benak si Gadis hanyalah barangkali si Jejaka lupa hukum Tuhan,
Dia ada kakak perempuan-ibu-makcik-kawan-anak saudara perempuan dan mungkin juga bakal isteri,
Dia tidak akan dapat lari.

Setelah hubungan yang kian sepi, hikmah dan rezeki datang menjengah si Gadis,
si Gadis diberikan nikmat untuk melepaskan kesedihannya di sisi Penciptanya dengan lebih dekat.
Si Gadis mendapat rezeki awal untuk meluahkan kesedihannya, meninggalkan deritanya dan menguatkan dirinya di satu-satunya tempat yang memberi ketenangan kepadanya,- Mekah dan Madinah.


"Tuhan tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu.. and there's a reason we've been choosen to get this challenges" - AA, Mei 2013 

No comments:

Post a Comment