Followers

Thursday, 6 August 2015

3D2N Langkawi RM180 - Day 2

Salam Alaik..

badan dah recharge sebab penat mendaki utk hari first..so pagi hari kedua pulak kitaorang awal pagi dah get ready utk aktiviti yg dah dirancang. Ok wait..mendaki apa?aktiviti apa?Haa tak baca lagi letew cuti kitaorang kat Langkawi hari first..ok kalau tak baca lagi bley cekidautt kat link bawah ni..

3D2N Langkawi - Day 1

DAY 2

Kalau hari first kitaorang mendaki sampai ke puncak langit nun, so hari kedua pulak kita full kan schedule dengan aktiviti kat laut..tak lengkap lah kan kalau datang Langkawi tak mandi laut, pulau kott rugi..rugi.

Malam masa hari first tu, akak yg incharge kan kitaorang utk island hoping utk esok pagi tu awal lagi dah call bagitau yang dia akan tunggu kitaorang pukul 10 am depan aquaria. Tengok servis diorang superb kan, tak dan kita nak risau nak contact saper..oh sebelum tu, island hoping ni termasuk dalam package Rm180 tu jugak cuma utk bahagian penginapan, pengangkutan dan island hoping dia dah ada orang yg berbeza yg incharge kita. So kita just keep calm dan tunggu jer diorang call. Simple dan enjoy la korang punya holiday kan!

Jadi macam dijanjikan kitaorang dalam 10am dan sampai depan aquaria untuk IH (Island Hoping). Then akak yg incharge tu bagi kitaorang satu sticker berwarna utk lekat kat baju sebab nak pastikan kau tak berpecah dari kumpulan. Yelah kat sana ramai orang dan ramai jugak yang ada ikut pakej diorang kan. Untuk IH ni korang prepare la apa yang patot macam botol air, roti/jajan, towel kecik.. sebabnya kat sana memang ada ja jual makanan tapi mahal la beb berganda kot harga dan memang korang akan lapar sebab main ayaq.

Bila semua dah get ready, korang akan drive dan follow akak tu ke jetty khas nama apantah lupa pulak den, tapi jety lah utk korang naik bot utk IH ni. Dan bot yang korang naik tu kena igt nombor yg tercatat kat bot tu sebabnya sampai ke balik nanti kau akn naik bot yang sama, jangan pulak p menempel kat bot sesuka hati kau je eh haha

TASIK DAYANG BUNTING

First pulau yang pemandu bot tu bawak kitaorang kat Tasik Dayang Bunting. Kat tasik ni korang boleh lah kalau nak mandi, Tapi untuk mandi kat sini diwajibkan pakai life jacket. Tasik ni dalam kot even kau tu pro tara mana pn kena pakai life jacket, jangan wat terer noh hikss.

p/s : kat sini kalau korang ada bwk bungkusan makanan/ayaq sila masukkan dalam beg utk elakkan dari dikejar monyet2 yang bersepah kat sana. Jenuh kang kena ligan.

Rezeki kitaorang bila p.cik bot ni nak sewakan life jacket dia dengan harga Rm5 shj, guna sampai balik ke jety, murah la tu dari sewa kat tasik tu nanti.

















Sampai ja kat Tasik tu kena jalan dan naik turun tangga jugaklah (siapkan fizikal dan mental haha), melintasi si monyet2 yang usya tak puas hati then baru korang akan jumpa tasik tu. Sebabkan ni first time ika sampai tasik tu so a little bit teruja, a lot sebenarnya haha. Kat sana bley ja nak mandi atau ada jugak utk cycling yg ala2 boat kayuh tu haa..then lepas bedal sarapan yang dah beli sebelum ke tasik tu terus terjun lah tak cita banyak.





Nampak kan betapa teruja nya , oh kat situ kitaorg diberi masa lam sejam camtu utk mandi, then kena balik kat bot. So kena bajet masa lah kan jangan seronok benor mandi sampai telupa yang korang bakal ditinggalkan atau akan dipandang dengan kemarahan ahli bot korang sebab tggu korang tu hahaha








ikut lagenda kat sini sapa yg perempuan dah kawen dan belum ada rezeki nak dapat anak, buleh lah mai minum ayaq dari tasik ni dan insyaAllah bley mengandung katerrnya, betul ke idok ika pun tak tau lah kan hahaha bagi kitaorang yang tak kawen lagi ni minum nak bagi kembong perot jew hewhew hahaa



Tasik Dayang Bunting DONE!

EAGLE FEEDING

Lepas dah cukup ahli dalam bot, pak cik tu terus drift pergi port bagi makan helang. aha kitaorang yg lapar ni pun xmakan , iya2 g bagi helang makan kn. Sampai kat port tu memang banyak gila helang yang bukan main hebat dan sexy tgh sambar2 makann dalam laut. Nak tunjuk hebat kat ktaorang letew.



Kat sini ptotnya ada ja p.cik bot sediakan makanan dan suh korang bagi dia makan tapi masa kitaorang sampai p.cik tu tak bagi makann sebab helang tu kalau semua bot yang datang bg makanan kang dia kenyang tak mau dah nak keluaq terbang2 ambik makanan. Jadi kitaorang berhuhuhu jelah dan bergambar.






PANTAI BERAS BASAH

Lepas cemuih tgk helang, pak cik bot terus drift bawak rombongan ke pantai beras basah. Haa kalau kat sini puas lah sikit kalau nak mandi sebab pantai kan dan kalau yang minat nak ber-diving tu kat sini tempat yang best nak snorkelling. Memandangkan kitaorang penat amat dah maka kitaorang tak lah bersnorkelling tu. kitaorang just main2 ayaq dan bervideo jer. Untuk yang nak bersnorkelling kat situ harga yang dikenakan dalam Rm100+ kalau tak silap p.cik bot tu yang cakap.


view pantai kat sni memang sangat sangat cantik. Laut dia yang warna biru, bersih memang cantik gila ah. Kat sini tak banyak lah aktiviti yang kami buat just bergambar dan berjemur dengan full pakaian ofcos hiksss.





Kat sini korang boleh lah nak lepak mandi lama sikit. Kitaorang pun sampai tak larat dan terus melambai pakcik bot ajak balik. Masa sampai jer kat jety tu akan ada port yang jual sovinier yang tertempek muka korang masa ondwy nak ke jetty RM10. Eh masa bila plak dia ambik gambar kitaorg pn tak perasan sedar2 dah ada atas pinggan sovinier, tapi ikut koranglah nak beli ke tak. Sebagai kenangan kitaorang pun beli lah muka masing2 yang tak ready sebab tak perasan kamera yg tgkap tu adalah gambar utk buat sovinier. Igt ker orang saja2 tagkap baru nak perasan macam retis luls. oh IH ni ambik masa selama 2 jam mcm tu..So pukul 12pm kami dah setel IH


Pantai Beras Basah DONE!


CHENANG STREET

Lepas IH, kitaorang rancang nak pi cari makan dlu utk lunch sebelum balik, tapi tetiba dapat idea nak cari seluaq pantai sama utk pakai petang nanti. So alang2 bilik kitaorang lalu dekat pantai cenang, kitaorang pn buat lah pit stop kat Cenang Street dlu. Sebenarnya tak tau pn nama tempat tu apa tapi banyak gerai yang juai kat situ jadi ika letak jelah Cenang Street ahaha sukahati.



Gambaq sumber gugel jelah sebab tak ambik pun kat sana. Kat sini kalau nak cari sovinier haa memang banyak lah yang ada. So kami pun grab sorang satu seluaq sedondon. satu seluaq lepas nego dapat RM25 haha

dan lepas letih main ayaq + shopping sikit , ondway balik kami singgah kedai makan tepi jalan yang ala thai *maaf tak igt nama , tapi kedai makann berlauk utk lunch.


utk lunch ni hanya RM10 tmasuk ayaq. Lepas ja kenyang masing2 balik lah nak solat, mandi dan rehat jap sementara nak menanti pukul 3pm.

PARASAILING

The best part dalam holiday kami adalah bila dapat cuba utk parasailng ni. Yes, parasailing atau payung terjun. Ika ni memang ada kelemahan yang gayat pda ketinggian tapi sebabkan nak jugak try so kena hadaplah kan kelemahan sendiri. Korang yang mai memang tak rugi kalau cuba benda ni. So petang tu dalam pukul 4pm camtu kami gerak ke Pantai Cenang dengan seluaq sedondon tu nak naik parasailing. Sepanjang pantai memang ada macam2 agen yang tawar harga utk naik parasailing tu tapi sebab nak jimat masa kami sempat nego dengan sorang bro ni ja. Harga parasailing ni bergantung pada jarak yang korang nak pilih. Bro tu lepas kena nego oleh 4 orang wanita ayu maka dia bagi lah harga RM70. 




lepas nego, kami diangkut dengan kereta bro tu utk ke Pantai Tengah yg bhampiran dgn Pantai Cenang. Parasailing ni dia akan bermain kat Pantai Tengah sebab tak da orang sikit berbanding Pantai Cenang. Sebabnya tali parasailing yg ditarik oleh jetski tu tajam so bahaya utk tempat yg ramai orang. Sampai ja sana huh mula dah rasa lembik lutut serius!













nak naik parasailing ni ada 2 option yang blh dipilih. Pertama : naik dengan partner yg memang dilatih bawak parasailing ni , Kedua : naik dengan partner korang yg emmm emmm tak terlatih tapi dia akan briefing dlu la sblm naik (tapi bg aku rsa mmg tak yakin haha). Jadi kami memang pilihan pertama la, sayang nyawa hoy.

Bila dah sampai giliran kitaorang, dimulakan dgn nisah, ika , iza dan last sekali dilah.Sebelum naik kitaorang akn dipakaikan dgn safety segala macam la in case terjadi apa2 kan hakhak. Perasaan pertama naik ke atas yg memang rasa adalah diri sendiri tgh terbang dan boleh nampak orang bawah yang macam semut. Tali yang ika pegang tu memang pegang kuat gilaa sampai bro tu cakap 'dik, lepaslah tali tu xjatuh aih'.. Then slowly ika lepas rasa terujaaa gila mula lah nak berangan i believe i can fly..syiokk ooo...cuaca  masa tu pon sangat mengizinkan kitaorang nak 'terbang' dan masa tu pulak nak dekan sunset. Kat darat memang dah deal yang sorang pegang camera dslr, sorang pgg camera fon dan sorang lagi record video. Bukan senang kot nak naik bnda ni so mestilah kna ada memoriable picture yang kalau boleh tak mau miss sesaat pon.




Arah kitaorang naik boleh clearly nampak tgh sunset jadi gambaq memang lawa lah cita dia. Kalau korang perasan gambaq yang pertama tu ada gambar bulan tgh nak naik dan matahari yg nak terbenam. ahh serious lawa!

Dan tempat nak mendarat masih cerah lagi gambaq.


Masa nak turun ni, memang bro tu dah bg arahan nak sampai darat kena lari sikit jadi ika dengan semangat dan fokus dah nak berlari tp apakan daya lutut ni ketaq tak habis lagi, lembik lutut sooo orang lain mendarat elok laaa berlari, ika mendarat meluncur ke tanah. Naik tu memang makan angin betoi, nak turun makan tanah pulak la cita dia. Abis kena gelak abis-abisan dgn beach2 boy kat situ . Malu hokeh.

and this video yg sempat rakam masa nak mendarat tu haha


serious rasa sangat2 happening dapat naik parasailing. u guyss memang patut cuba, berbaloi bayar mahal utk pengalaman mahal camtu!


Parasailing DONE!

BANANA BOAT

Lepas ja puas main parasailng, kami decide nak naik pulak banana boat. Even dan pernah 2 kali try naik banana boat ni (which is at Teluk Batik and Pangkor) tp tetap nak naik lagi. Lepas nego kami dapat harga RM20 , so RM5/person , tapi kali ni request tak mau jatuh dalam laut sebab dah pakai segak2 haha.

Jangan risau kalau ada bawak barang,beg ka apa ada tempat yg abg2 kita deal harga tu sediakan. Gambaq pun kitaorang buli depa suruh ambk haha







Nampak tak kami lencun jugak, so better korang request kat dia yang nak jatuh dalam laut sebab dia segaja ja bawak laju and kami kena tempias ayaq masin tu. Ntah bapa gelen ayaq laut masuk mulut pn tak dapat nak kenal pasti. Yang bestnya naik banana boat ni dgn kwn2, korang boleh lah release segala masalah kat laut. Nak jerit pun kau sorang ja yang abis suara hahah tapi puas sebab abang yang bawak tu segaja dia bawak kami jauh2 myb kami kastemer last dia utk hari bkenaan. Masa tu pun dah nak gelap dah haha


Banana Boat DONE!

RESTORAN NELAYAN

Sebabkan basah lencun makanya terpaksa kami balik chalet dlu tukaq baju, solat semua then keluar cari makan malam. Sebabkan tu malam last kat Langkawi, tekak pon dan2 teringin nak makanan laut. Google punya google dapatlah cadangan idea utk makan kat Restoran Nelayan Bukit Malut.

Ha dinasihatkan kalau nak makan kat sini sila lah pi seawal yg boleh sebab ramai orang dan kalau lambat, lagi lambatlah hidangan makanan korang. Macam kami ni ha lah p agak lambat dalam pukul 9pm camtu, memang sambil tgu makanan , bley main candycrush sampai habis life, sembang pumpangpumpang, selfie dan akhirnya sampai nak nongkat dagu atas meja haa lama x lama nak cita haha.







sampai ja sini memang dah ramai dah, so terus ktaorg ke bahagian belakang nak pilih maknan laut dia yang fresh. Lepas ja pilih kita bley habaq kat dia nak suruh masak jenis mana. Malam tu kami pilih ikan siakap (masak 3 rasa dan stim), tomyam campurx Sotong, Sayur apa ntah, ...lebih kurang sejam jugaklah menunggu baru la dapat melahap..


Untuk harga korang kenalah bawak lebih sikit yelah nak makan makann laut ni kan. So total harga kenyang kami makan malam tu RM 106.50 untuk 4 orang.

So balik ja chalet dalam kekenyangn, badan pn dah letih, apalagi yg boleh nak buat kan, krohhhhh la charge kaki untuk esok pulak. For last day next entry plak k.

Till then. Salam


'Wherever you go, go with all your heart' - AAZ, 2015

2 comments:

  1. ermmm nak tanya ekk.. yang u all pergi dari satu tempat ke tempat lain tue, menaiki apa ya...?? pergi kenderaan sendiri atau ada yang bawa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg sewa kereta tp kereta sewa tu inclde skli pakej yg ktorg ambk tu..drve sdri

      Delete