Followers

Tuesday 3 December 2013

Ikan patin masak tempoyak

Salam Alaik'..

sapa kat sini peminat tegar ikan masak tempoyak??ate kalau kome org perok tak gemor makan tempoyak baik kome cek betol2 kome ni betul ke org perok ni..bhahaha...yes ika peminat gilosss ikan masak tempoyak ni...selalu kalau balik kedah je mesti singgah kat RnR Sg Perak sebab nak makan / tapau ikan masak tempoyak ni...bila bau je dan dan perut pon menari nari nak makan..



tapi masalahnya kalau kat kedai makan ikan masak tempoyak ni mahai mahai je semua...yelah memang la ikan dia besar (ikan patin) tapi kalau dah time sengkek dapat nak tenung jela pastu halkum kau telan ayaq liuq hikkhokkk...jadi nak setel kan masalah kempunan ni ada penyelesaian nya iaitu masak sendiri...susah? tak delah...sebenarnya masak ikan masak tempoyak ni paling simple..tak payah nak santan santan semua..so, meh ika share resepi ikan masak tempoyak ni...kalau sedap bolehlah kome share kalau tak sedap tu senyap2 dah laaa hewhew...dah ready apron so lets go...

Bahan-Bahan :

ikan patin / ikan kembong
5 biji cili api hijau / merah (ikutlah kalau korang nak meletup letak lagi banyak2)
i inci kunyit hidup
3/4 sudu besar tempoyak
1 asam keping
garam (ikut rasa)
1 batang serai















Cara membuat :

1. tumbuk cili dan kunyit bersama sama..biaq dia bergaul sama sama dalam lesung sampai lumat...

2. masukkan air dalam periuk... (jangan terlampau banyak dan tak sikit sangat)..bukak api then masukkan bahan bahan tumbuk tadi, serai..beserta tempoyak ke dalam periuk..

3. Gaul bersama sama semua dalam periuk sampai likat...kalau likat sangat tambah air..kalau cair sangat tambah la tempoyak lagi..

4. tunggu dan sambil2 kacau sampai bau tempoyak tu dah bau kuat sampai rumah jiran korang, masukkan ikan.. tgu lama sikit then masukkan garam dan asam keping... kalau ada timun nak letak pun bolehhh

5. Rasa masakan korang tu kalau dah rasa masam, masin semua...ikan pon dah masak..biar mendidih then hidangkan..

6. tunggu apa lagi senduk nasi panas dan makan fuhhh terangkat..

please be alert : nak hilangkan bau hanyir dan lendir ikan patin bolehlah lumurkan tepung gandum kat ikan patin..lagi mujarab dari rendam dengan ayaq limau/ asam jawa.

so senang je kan?bolehlah cuba untuk makan tengah hari ni..jom masak!! yang dah cuba tu, bolehlah kongsi pengalaman sama, mana tau boleh tambah2 apa2 wat jadi sedap...gudluck!

thanks for reading.

till then. Salam

No comments:

Post a Comment