Followers

Sunday 1 December 2013

Pulau Pangkor - How to get there?

Salam Alaik'...

laju jer jari nak taip kat blog nih..mcm2 idea tiba2 datang..rasa nak cerita itu..nak cerita ini..tapi tak boleh nak luah semua terlalu panjang jadi haruslah cerita step by step .. harap semangat ni boleh terus membuak2 sampai habis cerita dan tak payah hanya sekerah cerita shj..

btw, korang semua dah pergi bercuti untuk cuti sekolah ni..wuu panjang jugaklah cuti sekolah ni rugilah kalau tak pi berhiburan..meheheh kau ni ika memang kalau jalan boleh jadi taksub..ker korang tak tau nak pergi mana?kalau korang jenis pandang percutian overseasss jerr ehemm tak pelah boleh lah kalau nak teruskan membaca sambil angkat kening korang sebelah dan senyum sinis..tapi tapi tapi ahaa untuk yang suka nak bercuti dalam negara kita yang cantik menarik kedebom ni haaa lain macam je semangatnyerrr *sambil kibar jalur gemilang .. korang bolehlah bercuti kat pulau pulau..wehh pulau kat malaysia ni cantik kottt buktinyaaa ramai berjuta juta lemon omputeh atau mat salleh mai berjemur kat pulau pulau malaysia ni ..haaa kukuhkan bukti.. jadi diorang yang berebut rebut datang sini mahal mahal xkanlah kita orang negara ni xmau berebut sama dgn depa kan..skali skala cuti kat pulau malaysia best jugak sebenarnya.. tapi bukanlah ika nak cerita berdetum detum kehebatan semua pulau kat malaysia ni..nak cerita satu pulau je tu pon sebab ika pi sana kalau tak tobat memang tak boleh nak cerita sebab tak pi kan...bhaha

cuti sekolah kali ni eh jap ika bukan boleh pergi sebab cuti sekolah ni sebab ika tak terlibat pon dengan takwim persekolahan .. ika cuti sebab habis praktikal jadi blh join bercuti sekali bdk2 sekolah..ok sambung..jadi sebab dah bosan tahap menggila, sampai tahap kau asyik jalan dari pintu rumah ke dapur smpai 40 kali sehari, abah decide nak bawak satu family bercuti dekat destinasi pilihan abah tapi hasil hasutan dari ika dan mira (my lil sister).. decide punya decide kami bercuti di...


yeahh PULAU PANGKOR!..

tapi kali ni ika akan story step by step..jenuh hoyy nak taip semua sebab ika stay 3 hari 2 malam kat pangkor ni..so entry kali ni ika akan cerita dulu macam mana kitaorang boleh sampai kat sana..yelahh kang tak cerita tak sampai pulak korang kat sana bhahaha...

sebabkan location pulau pangkor ni berada di perak.. jadi sangatlah bersebelahan dengan tempat tinggal ika iaitu kedah..nak kata dekat tu xdelah sangat sebab boleh sembahyang jamak kira jauhlah jugak..so untuk korang yang dari kawasan utara nih boleh lah refer dari ika punya direction..starting perjalanan ika pi pulau pangkor ni ambil masa dalam 3 jam .. masuk tol Juru dan naik PLUS .. dalam masa 3 jam, naik kereta then akan exit dekat changkat jering.. from that exit , korang straight ikut signbord Sitiawan dan akan sampai ke Lumut.. untuk bayaran tol sebabkan ika dari Baling ikut jalan Kulim-P.Pinang rm3.20 dan Juru-Changkat Jering rm 10.50.. so total rm rm13.70..dan bagi orang yang dari selatan, korang boleh masuk PLUS then exit Gopeng then cuma cari signboard lumut/ sitiawan ..nak senang korang google maps jer so setel masalah...membantu tak?bhahaha.. bagi yang malas nak drive boleh je nak naik kapal terbang Berjaya Air dari lapangan terbang subang.. haaa dah macam gprs dah iolsss...ika dan family bertolah dalam pukul 9 dan pukul 12 macam tu dah sampai..sebabkan haritu pergi hari Jumaat , sampai sana pun elok dah nak solat jumaat ika hantar abah ke masjid dulu.. bagi yang muslim jangan risau sebab dekat jeti tu  ada je masjid untuk korang jamak siap2 dan masjid tu dekat je dengan jeti dan stesen bas...






lepas je selesai semua solat, kami semua ke jeti nak ambil tiket untuk ke pulau pangkor..untuk tiket feri, last feri kalau tak silap pukul 7pm.. jadi sangat sempat kalau korang bertolak dari johor sekalipun.. harga tiket harga yang mampu milik bagi korang yang memang dah ada bajet nak bercuti nih..tiket pergi balik rm10.. dia akan bagi tiket balik siap2 dan pandai pandailah korang nak simpan dalam peti besi biaq tak hilang nohh..feri pulak memang akan sentiasa ada setiap setegah jam kalau tak silap tapi memang senang nak dapatlah naik feri tu tak payah nak tunggu lama2.. macam ika ni mungkin luck nak bercuti tu baik lepas je beli tiket terus je dapat naik feri so tak de nak sempat letak letak beg dulu..

please be alert : korang kena hati2 bila masa korang beli tiket kat situ akan ada agen2 yang akan bersungguh sungguh promote kat korang kereta/moto sewa..penginapan dan sebagainya..so nasihat ika lebih baik kalau korang booking penginapan awal and direct dengan owner resort/chalet sbb kalau pakai agen ni mybe akan mahal berganda ganda ..lainlah kalau memang bajet cuti korang murah rezeki dan tak kisah mahal so itu pilihan masing masing..nak menginap kat mana? ok yang tu next entry..





kat sini korang boleh je nak beli tiket dari mana mana feri
atau agen kat situ yang akan cadangkan ikut feri yang akan
cepat mai kat jeti..

beli tiket ke ulat tiket?erk??

dari jeti ke feri tak delah jauh mana tapi bg korang yang bawak anak anak kecik
yang rasa maybe kena je nak kepung better bawak beg roda..mybe time balik nanti
barang anda beranak berganda2 bhaha














dari jeti ke pulau ambil masa selama 30 minit sahaja..feri yang ika tengok semua nya selesa dan luas siap ekon lagi jadi memang jadi double selesa bila dah penat2 bawak barang dari jeti nak ke feri tu..ohh setiap feri yang akan ke pulau pangkor akan berenti dekat sg.pinang (hentian pertama) untuk turunkan penumpang penumpang yg terdiri drpd penduduk kampung situ..jadi korang yang bukan pndduk kampung situ jgnlah nak berkobar nak jadi penduduk kampung tu dgn turun dkt hentian tu..hentian yang kedua barulah tempat yang memang tujuan asal... sbbkan ika rasa lenguh dan cemuih (bosan) duduk je kat dalam perut feri, jadi sebelum nak sampai jeti ika keluaq duduk di bahagian atas yang ada ruang tbuka.. kat situ bolehlah nak tagkap2 gambar ala ala nak penuhkan insta .. sbb kan masa ika pergi cuti hujung minggu bahagian atas tu memang teramat sesak dengan kanak kanak , remaja dan org tua..jgn risau memang takkan melayang even kau memang kurus cekeding..agak nak melayang ada je besi nak berpaut bhahaha


jeles gambaq umi elok ja dapat tgkap...

ni perkampungn sg. pinang (hentian pertama)

awat abah ngenyehhh lagu nihhh.. =_='




ni suasana atas feri yang berlunggok manusia
pakat nak rasa angin lautt


yeayy kami nampak dah pulau pangkorr yeahh!!

haii pakwe pakwe belakang..pftt


jadi sampai ja kat jeti, pakat kalut ambik barang nak keluaq dari feri..tak sabar nak jejak kaki kat pulau kata khonnn...time ni lepas ja ampa keluar jeti akan nampak orang orang dok berkumpul dekat kawasan luar jeti..jangan risau depa bukan buat demonstrasi..depa tu pemandu pemandu van/teksi yang boleh bawak ampa semua ke resort/chalet yang dah di booking...Pulau Pangkor ni ada pecah pada beberapa kawasan tumpuan yang ada resort iaitu Teluk Nipah, Pantai Bongak, Pantai Dalam...jadi sebab penginapan kami kat Teluk Nipah, kami bagitau je dekat uncle2 tadi dan diorang akan panggil kawan diorang yang in charge untuk bawak tourist ke kawasan tersebut...haaa sangat memudahkan .. harga van tu pulak sekali naik untuk ke kwsn pginapan hanya rm15..isi sampai penuh bhahaha...jadi dah sampai tempat pginapan korang tu lah baru boleh decide nak sewa moto/kereta/van/basikal/guna je kaki sendiri sebab kat situ (especially Teluk Nipah) memang banyak je org yang buat khdmat sewaan tu..bagi ika Teluk Nipah paling havoc antara yang lain..kawasan tu yang paling happening..ohh bagi harga sewa yang ika tau kalau moto rm30 kalau hari biasa dan rm50 kalau weekend dan korang perlu bagi deposit rm20 dulu then nanti bila korang dah pulangkan balik moto tu baru dia bagi balik deposit..kalau van rm70 kalau tak silap ..semua tu untuk tempoh 24 jam..abah ika sewa moto je buat nak ronda ronda dari satu kawasan ke kawasan lain sebab jarak dia agak jauh..macam pekan - Teluk Nipah..macam macam jenis moto ada disediakan macam scooter, kris,ex5..pandai pandailah korang survey..macam abah ika sewa dekat Purnama Beach Resort untuk harga tu..(bukan resort yang kami menginap)..

dalam van nak p resort hat kami booking

van depa semua comei2 kaler pinkk gituww...ayu tauu depa nihh..
pakcik ganas pon nampak ayu je bila bawak..hewhew















so alhamdulillah dah selamat sampai pulau pangkor...check in semua..setel..sebab kan sampai dah 4 ptg lebih rasa tak berbaloi nak turun mandi pantai dulu...jadi nak penuhkan masa cuti bolehlah pi jalan jalan tengok kawasan dulu dan pi makan...masuk ja check in dah rasa bahagia..apa yang ada kat Teluk Nipah? binatang semua disumpah jadi batu kat sana...nak tau pasai semua tu?next entry lah...tak mau tau semua tu?? buleh pi tidoq bhaha

thanks for reading..

till then. Salam


" Travel, in the younger sort is a part of education,
in the elder, a part of experience"- AAZ,2013

2 comments:

  1. aku baru ja p pangkor hari tu, awat xhabaq? bole p skali hehheh..sila beri kebenaran la eh aku mempollow belog ang..

    ReplyDelete
  2. plan last minit k.lang oitt p sini nasib dpt tmpt tidoq gak kalau dak pakai tdoq kat tpi pntai laaa...sila sila follow thanksss

    ReplyDelete