Followers

Wednesday 18 December 2013

Intern life - the joyfull 2 Cerdas

Salam Alaik'...

mashallah lama bebenor tak update entry lepas2 kebas jari jari update pasal pulau pangkor haritu..tu lah kacang lupakan kulit kau ni ikaa..dah tinggal sehari haa mula lah nak buat buat letih penat semua nak update lagi...hari ni entah datang mana mood rajin yang nak update sambil dengar lagu hee..hee..heee vok hevokk *angguk angguk pale...aha sebenarnya masa update entry pasal kelas kelas yang ika ajar aritu tergendala dan tertinggal lagi satu kelas.. oh pelis peliss anak murid jangan sentap sentap *mata kelip kelip sambil jari di kuku ...ika cakap 3 kelas ika ajar tapi baru je membebel perangai untuk student 2 kelas je..lagi satu kelas?ahaaa ni nak bagi cita selesai lah ni..last but not least kelas yang ika dipertanggungjawabkan nak pung pang pung pang mengajaq adalah kelas 2 cerdas...haaa kalau ikut entry yg ika update kelas 2 bestari tu bebudak dia macam rock rock, kasaq2 sikit ala ala havoc havocc budak subang jaya tu beza dengan bebudak kelas 2C ni..bebudak kelas 2c ni emmm emmm macam mana eh nak cakap...haa tgk duli muka muka diorang secara random..


haa ni suku dari jumlah bebudak 2 c sebab biasalah nama pun student, dah nak akhir tahun, exam pun dah setel maka ponteng sekolah tu macam benda yang wajar lah nak buat kan tapi kena datang jugak sekolah sebab pbs diorang yang tak siap siap lagi dan menjadi buruan cikgu cikgu masing masing nak bagi setel bhaha..ohh cita pasal peel atau perangai depa ni yang beza nya tu depa ni boleh kata lebih 'mendengar kata' dan kurang lah ketegaq depa ni...yang degil degil tu adalah sorang dua tapi most of them semua perangai sempoi dan baik lah..untuk kelas ni ika ajar subjek sejarah dan biasalah kan jadi adat untuk cikgu sejarah ni di aim membosan kan..dah tu masa mula mula ika masuk kelas ni pun bebudak ni cakap gua ni kerek, sombong semua...(berdasarkan perbincangan muhasabah diri masa last day sekolah dgn depa) muehehe...yeee memang kalau ikut muka gua memang muka slenge dan sombong hahahaha...


nak ajar sejarah woyyy memang susah..susah lah hoyy..yela bayangkan dah mind set bebudak ni sejarah ni bosan, ngantuk , blablabla...dan korang kena ubah mind set diorang ni bagi diorang minat nak belajar sejarah..fuhhh susah susah silap hari bulan menangis teresak esak nak mengajar...yee ika pun mcm tu jugak masa jadi student, dapat cg yang baca buku teks dari kulit buku depan sampai kulit buku belakang haa sapa tak buat peta dunia kat atas meja kan...tapi ika cuba la ubah pengajaran tu dengan buat game, ajar guna peta minda kalerpul kalerpul haa biorr cerohh biji mata depa tu pon ada jugak yg buat taik mata =_='

mula tak de la rapat dengan bebudak ni, yelah umur diorang baru 14 tahun dan gua dah 23 tahun ..haa beza umur dan macam tak kena je nak berkawan, tapi bila lama lama haa makin rapat makin rapat sebab ika pun rajin melayan diorang , yelah cikgu cikgu lain mana sempat nak layan and tanya masalah sebab mana dengan nak pk beban cikgu yang belambak lambak dah sekarang kan..jadi cikgu praktikal yang free time macam ika memang tempat yang nak menyembang 24 jam tu sangat sesuai lah..tapi sayangnya dekat nak last last minggu sebelum habis praktikal baru rapat dengan diorang.. so untuk bakal bakal cikgu yang nak praktikal nanti rapat and kenal kenal lah bakal anak murid korang awal2 kalau tak emmmm rasa rugi macam ika lah..dah jatuh sayang dahh nak kena tinggalkan diorang tsk tsk...


diorang mmg kaki selfie mcm gua =_='







haa penah korang keluar bershopping, tgk movie dgn cikgu korang? ika pon tak pernah wehhh..tapi memang budak budak zaman sekrang slumber kan..bhahaha...diorang tanpa ragu2 ajak ika utk keluar outing dgn diorang dgn syarat cikgu aqilah naik train dgn diorang, having fun sama2..dan memandangkan nanti dah nak berpisah dgn diorang tak salah kan untuk cipta memori sama2 jadi opkos lah cikgu aqilah setuju...mn pernah tolak kalau bab nak berjalan nih..then decide punya decide pilih Times Square tempat nak lepak sama2 ..fuuhhh dasyat cikgu aqilah ehh lepak dengan anak murid..dan2 rasa macam sebaya dengan diorang , nampak awet muda hahahahahhahahaha *muntah kacang hijau

nampak dak cikgu aqilah depa ketua segala
selfie hewhew =_='



ni kami pilih nak tgk Highland Tower konon
nak jerit sama2 last2 full dan tpksa bpecah seat..
nangis ketakutan sorang2 sob sob

nampak dak gua sebaya dengan depa..mana gua mana gua???







dan sebagai kakak ehem ehem bagi depa ni masa keluaq , ika selamat bawak balik depa ke sg buloh dengan jumlah yg tak bertambah mahu pun berkurang dgn selamat...alhamdulillah lah..susah wooo depa ni rupanya kaki shopping 4 kali tenaga dari ika fuhhh, jenuh berkejaq nak bawak balik...

never imagine dapat berkenalan dengan depa depa nih..dan lepas je outing tu kami masing masing terus rapat dan pergi sekolah sebab nak habiskan sisa sisa memori akhir dengan depa  tsk tsk T_T











ihh laaa haa mula lah nak rindu depa nih... so this is last picture dengan depa dalam kelas, last ok last..semua ni random je sebab tak semuanya ada...

izzah

ho zhi ler

nani

imam

nabilah

maizatul

intan

azimah

yap

izzat fareez

paan

abd rahim

shahrul

ikhwan

acap

mazlina

fasha

iman

haifa

syafiqah

shahadah





hafizah
shafie

ayie


haaa nampak cikgu aqilah ampa dapat ingat nama ampa semua ... berfungsi baik jgk otak ika ni nohhh tak sia sia pi makan kismis berkotak kotak time nak PMR dulu bhahaha..ok tiba2 gambaq piza plak kan..atcheli ni suprise bdk2 ni buat untuk last day..tsk tsk..nak teriak rasa depa bersusah payah mai sekolah nak jumpa cikgu aqilah depa last day..sebenarnya dah dapat tau dah pasal suprise ni awal lagi lepas ada beberapa beberapa student lain mai tanya awat cg aqilah tak pi join makan makan dengan bdk 2c..soo masa tu gua dengan kepintaran terhad ni dapat tangkap dah , then tiba2 salah sorg ahli pengsuprise tu call ika konon2 dok dalam kecemasan and suh pi tempat depa...ika dengan lakonan kelam kabut pi sana then tiba2 depa cakap 

SUPRISEEEEEE!!!!

ika pon buat jela muka terkejut beruksss kan sebagai tanda tanda kebingungan tak tau pasal suprise....hehehee soryy ampa semua cikgu aqilah tau dah sebenaqnya tapi saja wat muka terkejut sebagai tanda sokongan lakonan ampa...lakonan muka terkejut cikgu pon menjadi kan?? *ampun ampunnnnn hehehehhehe

tapi memang bab makan makan tu sangat sangat terharu sebab depa ingat cikgu aqilah depa..dengan bagi hadiah segalaa...semua pink pulakk tu hwaaaa awat depa sweet sgt nihh...sampailah dah setel habiskan masa dengan depa, nak balik mula perasan kat side mirror keta depa pelekat noteee...ampa memang buat cikgu berat ati nak berenti mengajaq ampaa...sob sob..






*sigh...rndu depa pulak...serius tak pernah imagine dapat student yang superb macam nih..

and for student 2C , thanks for all support korang kat cikgu sepanjang cikgu praktikal kat bbsb nih..harap korang jangan lah tidoq tidoq lagi masa belajaq sejarah noh..nak tidoq buleh tapi telinga bukak luas2 dgq bhahaha..thnks untuk semua kenangan kenangan indah yang korang bagi untuk cikgu .. cikgu sayang korang semuaaa...ada jodoh, ruang kita jmpa lagi..gdluck utk pbsmr korang taun depan , tak suka ponn belajaq jugak nohh...love you =')


" Some of the best moments in life come from doing things that scare you the most" - AAZ, 2013

No comments:

Post a Comment