Followers

Wednesday 4 December 2013

Pulau Pangkor : Aktiviti laut

Salam Alaik'..

wee again tak habis lagi pasal percutian family awal december baru ni iaitu Pualau Pangkor...dah 2 entry dah naik pasal Pulau Pangkor ni..jenuh nak cerita semua dalam satu entry panjang sangat takot hampa jenuh cemuih, so divide2 lah entry..dah setel pasal entry macam mana nak pi Pulau ni dengan nak tidoq tang mana...ohh sebelum tu nak habaq kata kalau dulu entry ika pi teluk batik tu ala ala cuti bajet tapi kali ni tak delah bajet nyaa sebab pi dgn family..kalau pi ngn kwn2 baru lah bajet makan megi bhaha tu tunggu masuk semester depan pulak ada rezeki boleh lah buat pcutian bajet pi pantai mana2 pulak jadi sementara tak pi mana dan hanya berangan ni moh la sambung lagi pasal pulau pangkor ni...opss yang tak terbaca dan tak sengaja tak baca lagi atau nak tau apa lah sambungan yang ika tiba tiba merepek ni boleh rujuk entry Pulau Pangkor yg ika dah update lepas...

Pulau Pangkor : How to get there?

Pulau Pangkor : Where to stay? - ok boleh baca sampai muntah!

soo dah paham asal usul cerita, kali ni nak update aktiviti apa pulak yang ada dan boleh dibuat kat sana..haa kalau korang dah imagine kata pi pantai ni cuma jalan jalan ala gedik kat tepi pantai , mandi laut, makan bakar2 je kat sana haaa boleh padam dah awan keanganan korang tu..*yawning, bosan punya angan angan....kat Pulau Pangkor ni tak sebosan tu sebab banyak banyak banyak aktiviti yang menanti korang..cumaaa korang kena ada fulus lah nak main dengan aktiviti aktiviti tersebut..so aktiviti apa?angkat spek yang nak jatuh tu dan teruskan membaca...

1. Shopping / cuci mata

haaa nampak shopping dulu yang ika suggest..eh bkn nye shopping gila gila...cuma tengok tengok survey harga jeee *ayat perempuan... sebabkan kami satu family smpai dalam pukul 4pm mcm tu..da setel check in semua, decide nak keluar jalan2..yelah dah nama pun datang bercuti takkan nak tidoq dalam bilik je kan? tu baik duduk rumah je bhaha..dekat Teluk Nipah ni memang banyak sangat gerai gerai jual baju, seluaq pantai,dll dan ada jgk port tempat kedai kedai makan..jadi dah alang alang pakai segak segak dari kedah pi la keluar survey2 kawasan dulu kan...at least boleh lah nak banding bandingkan harga yang murah sikit agar bila dah beli tak delah rasa menyesal gila bila tetiba barang yang nak beli rupanya boleh dapat harga yang lebih murah tapi kualiti sama je...kan? dan harga memang sini standard pulau lah..agak mahal sikit banding dekat kampung kau pnya hrga muahaha...sambil2 tu survey juga aktiviti yang ada dan harga untuk setiap aktiviti...


rasa dah cemuih cuci mata kat gerai, kami pon turun jalan jalan tepi pantai ambil angin pantai fuhhhh syok gila wehhh...sumpah best..dan mula lah nak flahback flashback macam2..ohh last ika datang pulau ni umur 6 tahun yang masa tu otak tak mampu nak scan dan ingat jadi 17 tahun berlalu i'm here again *nangis esak2 keluar air hidung...dan kami tak mula aktiviti laut ptg tu jgk sebab tak cukup korum lagi...adik adik ika yang 2 orang tak sampai lagi sebab study kl..so kena tggu depa dulu lah kang tacing je mamat mamat tu..lagipun masa tu dah pukul 5/6pm so kalau nak buat aktiviti memang tak puas nanti sebab masa singkat je..so better korang start aktiviti laut awal pagi...


fefeeling tgu ikan naik darattt pftt

cantik cantik cantik subhanallah pemandangan kalau kat pantai ni...


agak2 boleh masuk program romantika dk?
tapi abah selalu wat spoil kat kaki seluaq ala hiphop

dah jumpa boyan gantung lagu ni, haaa
memang nak feeling slalu

ni namanya majlis berendoi umoq 23tahun...bhaha

my precious, sponsorship thnkss abah, umi xoxo























2. Island Hoping dan Snorkelling

so first aktiviti laut yang memang jangan lah miss dari nak terlibat , rugi kalau tak buat aktiviti nih..atcheli dah lama dah ika teringin nak snorkelling ni..sumpah tak pernah langsung join snorkelling tsk tsk sedih kan..jadi untuk korang yang nak snorkelling waktu terbaik ialah awal pagi...lepas je breakfast, saling baju mandi ok pi je ambik package yang diorang dah tawarkan..ohh dekat dengan gerai2 semalan akan ada beberapa gerai yang menawarkan package untuk island hoping sekali dengan snorkelling..so korang kena lah pandai2 survey harga nahh..semua sama ja aktiviti cuma harga..so awal pagi abah dah pi survey survey harga...















so last sekali kami ambik package island hoping + snorkelling = RM 90..ada yang tawarkan rm100 jugak tapi ofkoslah kami pilih hat murah sikit kan...ohh island hoping tu keliling pulau naik bot..so dah ready, bayaq semua siap, depa bagi life jacket dan gogel (ala hat untuk sedut oksigen bila dok dalam laut)..haa so life jacket tu mesti pakai betoi2, dah la tak pandai berenang kan *cakap kat diri sendiri...first, depa akan bawak pi island hoping dulu..depa akan bawak pi 4 pulau nama yang cuma ika ingat Coral bay, Man bay, Monkey bay and lagi satu padia tak tau...just usha dari jauh dan tak turun pom tapi dari jauh pon dah boleh nampak keajaiban keajaiban taw..

dah macam muka apa dah =_='

muka bangga gila adik aku ni macam lah nak bwk bot pftt


so we're readyy nak pi belayaq tgh lautt

while island hoping..selfiee doluuu

kahkahkah muka abah mmg xbleh blahhh

penerangan dari ketua kontijen (abah) cara nak pakai gogel padahal salah haha

masa island hoping kami ditunjukkan oleh pemandu bot/pemandu pelancong keajaiban keajaiban yg ada kat keliling keliling pulau...binatang binatang membentuk jadi batu haa dah macam di tanggang kan..tapi bila betul2 tengok aah memang rupa batu batu tu macam binatang ..menurut kta abe bot tu , batu tu ciptaan semulajadi dan bkn dibentuk...subhanallah speechless gilaa tengok..

batu yg menyerupai bentuk ikan paus

ni pulak menyerupai buaya..kepala dia..konon2 tgh mendarat lahhh

ni bentuk apa??? haaa yess bentuk penyu nak berteloqq


adik aku muka cuak dan pemandu bot cool



this island hoping guna bot besaq

then selesai keliling pulau, time to snorkelling yehaaaa...pemandu bot ni akan tgglkn kau dkt satu pulau ni, port memang org snorkelling situ then haa lehla kau kuak lentang sana.. snorkelling ni dia bg sampai puas puas hati ..tak kisah lah bpa jam pon tpi jgnlah sampai malam agak2lah kan..bhaha..bila dah puas korang kol je dia then dia akan rempit datang ambil kau ala ala kau perdana menteri wahhh...

please be alert : nak snorkelling tu ika pesan pakailah stokin hat kaaq2 dan tebal2 sebab kat area tu batu2 dia semua ada cengkerang yang boleh buat kaki korang tergaris2 dan sakit giloss...disebabkan ika pi kaki hanya terbogel je makan kaki ika dah pon penuh luka luka berdarah erghhh...dan lagi satu bawak satu beg supaya bila ampa terjun mandi blh ltk brg dalam tu nahh..bwk fon spaya ampa blh kontek abe bot bila nak balik..takmau bwk pn tak pa kalau ampa nak tdoq sana hewhew

sebabkan ni first time ika snorkelling jadi xbapa reti lah guna gogel tu..asal selam jue masuk air bergelen2 dalam mulut..air masin lak tu kan bhaha dan rupa rupanya salah pakai patotlah..nak pakai gogel tu korang kena gigit ala ala pakai gigi palsu yang iolss g masukkan semua dalam mulut then nafas guna mulut mau tak masuk ayaq hahahaha..lepas dah tererrr haa terus pi tgh2 sikit dan nampak ikan ikan comel dalam laut..waaaaa best gila macam nak rembat bawak balik..ikan nemo plak tu..dan setelah bibir kebiruan dan berat perut telan ayaq masin kami decide nak kol abe bot rempit datang slmtkan kami kat pulau tu nak balikk lapaq nasikk...



baru nak action snorkelling ada plak bdk tu ..kantoi la snorklling
tmpt cetek jaaa =_='




kira dah sejuk nak balikk dahhh

abah lek jaa tak turun snorkellling..jadi pgawal



















3. Banana bot

sampai ja darat Teluk Nipah kami pi pulak terjah main yang best kat tepi pantai tu ..apa lagi mainan famous hat slalu ada kat pntai la..banana bot...hat ni ika tak jakun dah sebab dah penah naik dekat teluk batik dulu jadi muka sangat sangat cool idung kembang lah hahaha.. harga untuk banana bot ni RM10 / seorang untuk seround dan rm15/seorang utk dua round...jadi kami pilih nak seround je sbb sekadar nak merasa...memang agak mahai kalau nak banding naik kat teluk batik dulu tapi sebab ni cuti sekolah tambah pula pulau jadi memang mahai lah..dan ampa jugak blh pilih nak jatuh dalam laut ka atau tak mau jatuh..jadi alang alang basah kami pilih la nak jatuh dalam laut..fuhhh enjoyyysssss...sbb tak dak gambaq kami nek banana boat ni ramai2 ada gmbaq bot semata ja..sbb semua kalut nak nek tak dak sapa mau tgkp


3. Jet Ski

mainan laut lain hat yg paling ika teringin nak nek dan tak pernah try jet ski!!..hat ni kami naik pagi masa hari ke 3 sebelum nak check in balik..harga utk naik jet ski ni rm 70 untuk 20 minit dan rm100 untuk 30minit..memang mahaii gilaaa..lama jugak kami pikiaq nak try ka tak..tp sebab kan tak pernah try, dan dah ada peluang so try jelah..kami ambik hat 20minit dan gilir2 naik...korang tek reti nak bawak?jgn risau sebab sebelum nak bwk diorang akan ajaq function dia dulu ..igt senang2 je ke diorang nak bg korang naik membabi buta ja kang terbalik tgh laut jenuhh...jadi, coach tu ajaq abah then abah bawak kami semua..mmg ika nak try bawak tapi bila da cuba sekali naik ngn abah, dok belakang pon dah rasa macam nak terkeluaq spek...cuak gila rasa macam nak terbalik..last sekali abah sorang jela bawak then gilir2 ambik kitaorg sorang demi sorg...fuh perasaan naik benda ni memang rasa macam rempit di lautan...rare!



nampak dak tu coach kami hat pakai spek itamm siappp hahah

igt nak buat aksi lam movie kaaa...
action lebeyy ja mamat ni

dah puas naik tak ingat apa dah, sila bayaq eh























4. Mable Sofa

permainan ayaq laut lagi hat ada adalah mable sofa...sofa hat blkg tu ika reka ja sbb abe bot tu yang bgtaw haha...yg ni ika pernah try tapi jenih yg lagi hardcore...pon ada jugak tapi pesan pakcik tu yg hardcore orang tua tak boleh naik sbb memerlukan pegangan yang sangat kuat...

yang ni hat hardcore
so kami pilih hat mable..sebab mable kena naik 4 orang dan hanya duduk relax je dan pegang dan jugak tak dihumban dalam laut...nak naik mable ni rm20/seorang..ada jugak sesetengah tawarkan rm25/seorang..jadi kena pandai pilih eh..mable ni akan diikat dengan bot lebih kurang banana bot tapi tarik dia lagi dasyat ...

the ownerr


landing dulu tunggu turn nak nek marble

yehaaa time to goo!!


5. Kayak

sebabkan kami dah naik macam macam dah , dalam kata lain duit dah banyak mengalir kat ombak laut jadi kami tak naik kayak..lgpun ketakutan nak naik sebab kecenderungan nak nangis tengah laut tak reti nak kayuh p darat balik kemungkinan akan berlaku..jadi, dari memalukan diri nanti kami rela tengok je orang naik hahaha...harga untuk kayak rm20 untuk sejam...

6. Riding motocycle


ni aktiviti kami petang hari kedua...lepas je bersihkan diri, solat semua, tidoq seround..bangun2 nak meronda sendiri naik motor ..ohh jgn risau motor ada je depa sewa dekat sana...basikal/van semua ada...untuk motor ni sebabkan weekend harga pon jadi mahai... sewa 24jam rm50 dan deposit rm20 , deposit akan dipulangkan masa dah bagi balik motor depa...kalau hari biasa rm30/24 jam shj..minyak motor ikut nasiblah selalunya tggl sikit je then kena isi sendiri..diorang just bagi helmet 2 ketoii..lepas tu bebaslah nak ronda kat mana pon wat macam diri sdri punya muahaha... jenis motor yang disediakan macam skuter, modenas kris, ex5 haa cmtu jelah...so kami pon pergi meronda ke pekan pangkor yang sejauh dalam 10 km jugak lah kalau tak silap...jalan dia sangat berbukit bukau jadi kena hati2 sebab banyak selekoh...korang jugak akan lalu pantai2 lain selain Teluk Nipah yang ada spnjg nak pi pekan pangkor..


















so itulah segala aktiviti aktiviti yang kami sangat sangat enjoy spent time together...lenguh badan jangan cakap tapi berbaloi lah dengan aktiviti yang semua gilaaa best tu kan...ada jugak tempat tempat menarik yang boleh korang pergi lawat macam kota belanda dan sebagainya...ika tak sempat nak melawat tempat2 tu jadi tak dapat nak review...harap nanti kalau ada peluang pi lagi boleh lah melawat kawasan menarik menarik tu pulak...dah letih main nak makan kat mana pulak yg best?makan apa yang menyelerakan?itu next entry pulak..lenguh dah hoyy update pnjag cenggini...

thnks for reading.

till then. Salam


" Enjoy the little things in life, 
for one day you'll look back and realize they were the big things ever"- AAZ, 2013

14 comments:

  1. Nak tanya. Utk island hopping dan snorkelling tu amik dr company or agent apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sy tak igt la nama apa agen dia..tp tmpt yg sy ambk btul2 dpn simpang nak msuk chalet2 kat sana..but dont worry sbnrnya ada lg yg murah dr agent yg saya ambk tu..just try to deal ngn diorg la =)

      Delete
  2. nk tnya.. utk package island hoping + snorkelling = RM 90 tu utk satu boat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...utk satu boat tp msa tu ada share ngn org lain jgk sbb boat dia besar =)

      Delete
  3. assalamualaikum. nak tanya yang package island hoping + snorkelling = RM 90 untuk semua ahli keluarga saudari atau harga seorang kena rm90?? tentang penginapan perlu kita pergi sendiri ke?? maaf menganggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ..harga island hoping & snorkelling tu utk 7 org famliy saya tp boat tu share ngn org lain jgk sbb bsar..utk pginapan pulak yes dari jeti akn ada van kat situ..kita kna byr dan dy akn bwk ke tmpt pginapan..harap mmbntu =)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalam..smpai kat Jeti sana kita naik bot kan ke pulau tu..smua aktiviti kt blog ni Smua Kat sana kan..n nak tnya..tmpat pnginapan Kat sana range harga dia ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..yup kat jeti kna ambk feri utk ke pulau and smua aktvti yg sy story smua kat sna..for pginapan range hrga dia masa cuti sekolah tggi sikitlah...hari biasa myb standard harga pulau

      Delete
  6. Assalam..smpai kat Jeti sana kita naik bot kan ke pulau tu..smua aktiviti kt blog ni Smua Kat sana kan..n nak tnya..tmpat pnginapan Kat sana range harga dia ok x?

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Memang kena prepare duit lebih ni kalau nak try semua aktiviti hehe

    ReplyDelete
  8. ISLAND HOPING TU AKAN STOP KITA DKAT SISIR PANTAI/PULAU KE?? YELA BAWAK BEG APA SUME KAN FONE BGAI.. NK G SNORKELING MMG KNE G SNDIRI TGH PULAU KE CMNE?

    ReplyDelete
  9. ISLAND HOPING TU AKAN STOP KITA DKAT SISIR PANTAI/PULAU KE?? YELA BAWAK BEG APA SUME KAN FONE BGAI.. NK G SNORKELING MMG KNE G SNDIRI TGH PULAU KE CMNE?

    ReplyDelete