Followers

Saturday 31 August 2013

Cikgu 2 bulan

Salam Alaik'

hola selamat malam semua..malam ni entahlah mata xmau pejam awal pulak..ok malam weekend pulak kan patotnya qada' balik tidoq tidoq yang tak dapat nak setelkan masa waktu kerja tapi aishh mata ni spoil betul tak mau tidoq awai..jadi fikir punya fikir perkara yang boleh dibuat apalagi update lah satu entry..entry apapon tak tau arah tujuan lagi takpe nanti dah bebel bebel adalah tu topik dia kan..bhahaha..weekend weekend camni hajat hati memang nak keluar konon konon merelease tension dan dah rancang dengan cik cik housemate nak p pekena sani char kowteaw yang dengaq dengaq macam sedap jugak..yg tu wallahualam la kan sedap kita pon orang baru kat area sini..

*eh kejap kejap nak bentang comforter siap siap nanti habis update boleh je terus golek kan..

ok sambung balik..aha perancangan tu terpaksa kena tangguh sebab lepas maghrib tuptup jiran sebelah telefon jemput pegi rumah dia untuk makan (open house) ..alhamdulillah rezeki sangat..bersiap dan p makan..syukur sangat dapat jiran yang baik macam k.shikin & husband tu..yelah dalam tengah tengah bandar ni susah sebenarnya nak percaya kat orang dan kadang kadang semua buat hal masing masing je..aha lupa pulak sekarang dah masuk rumah baru..tak de la baru sangat hampir 2 bulan jugaklah dah stay sini sebab practikal kat sek.sg buloh ni..last minit kitaorg dapat salah satu apartment kat subang ni..kebanyakan orang akan cakap jauh jarak rumah dan sekolah tapi atcheli sangat dekat..10 minit jeeeww sebab ikut jalan shortcut..balik pada jiran tadi atcheli memang susah nak jumpa jiran kat sini sebab masing masing keja and kitaorang pon balik keje terperap kat dalam rumah..yelah takkan nak main polis tantree pulak kan tetiba kat apartment ni..tapi sebab haritu mintak pertolongn husband k.shikin untuk tgkkn kepala gas rumah kitaorang yang super duper bermasalah jadi start dari tu konon konon silaturahim dah terjalin..yelah kitaorang semua perempuan manalah nak tau bab bab gas semua ni apatah lagi nak pomen pomen ni..jadi lepas kenal tu harini k.shikin ajak datang rumah makan makan..rezeki memang takkan pernah tolak lah..






jadi gambaq gambaq ni semua masa awal pindah masuk dulu..kosong lagi and a bit messy..tapi alhamdulillah ada jugak tempat nak berteduh..sebab dulu hanya ada entry sambil lalu je tentang practical jadi sekarang ni boleh da kot nak update full tap seriously gambaq budak budak semua tak ambil lagi..memang tak sempat nak pose gedik dengan student student lagi..so far practikal semua berjalan elok lah ..keja rutin harian masuk 1.10pm balik 6.45pm ..todia nampak dah kata gigih berkerja..nasib dok single elok lagi tak gadoh nak pikiaq anak laki kat rumah muehehehe...kalau hari biasa memang payah nak keluaq shopping ka atau jalan jalan kecuali ada benda keperluan rumah nak kena beli..yelah balik sampai rumah pon dah malam ..mana nak pikiaq buat RPH untuk nak mengajar budak budak esok tu pulak..RPH jangan cakaplah la ni koyy dok cekap..kalau masa belajaq dulu RPH ni dijadikan assgment ambik masa 2 bulan atau lebih nak siapkan tapi sekarang dalam masa 10 minit pon komfom boleh dah siap..



jadi cikgu ni kadang kadang ada masa dia seronok and ada masa darah nak naek atas kepala pon ada jugak..tapi disebabkan ika ajar budak ting.1&2 kenalah layan peragai yang budak budak lagi..lain student lain peragai tapi sangat terhibur dengan perangai masing masing..bagi ika biar tegas tapi penyanyang tu kena ada juga..sebab kita pon pernah jadi student satu masa dulu jadi paham sangatlah kan =_='..tegas selalu pon student boleh naik tension..ika handle untuk 3 kelas and alhamdulillah dapat guru pebimbing yang sangat baik dan membantu dalam banyak hal..masuk awal kelas lagi ika dah mula buat tegas sebab takut nanti student akan pijak kepala kalau lembut sangat..and nak tau berkesan tak berkesan ketegasan bila semua kebanyakan student mula buat buku latihan baru atas faktor sebelum ni tak pernah siapkan latihan, buku hilang, buku tak da blablabla..haa dah nampak kan macam mana peragai masing masing..sebab ajar SEJARAH jadi tu memang cabaran yang sangat sangat melampau sebab budak budak ni dah set dalam fikiran tak suka sejarah sebab bosan..bukan ja budak budak ,orang tua pon ada yang tak suka..so dalam kelas banyak la buat aktiviti bagi budak budak ni tak naik bosan time belajar...cikgu cikgu kat sini pon sangat baik baik dan baik..selalu bagi tunjuk ajaq bila ika macam blur blur ja..dah mula join mensyuarat..jadi memang sangat paham bila terkenang balik cikgu cikgu dulu dok cakap bosan, ngantuk bila mensyuarat...kadang kadang bila tengok suasana masuk sekolah balik mula teringat kisah kisah masa sekolah dulu..miss that precious time..








bukan kata mai sini asyik tumpu kat kerja..kadang kadang ada juga weekend yang hangout..yelah time ni lah nak pi jalan merata pon kan..tambah dok sg.buloh ni lagi dekat..10minit nak p Shah Alam, Damansara and KL..hah dah tabiat dari awal kaki jalan memang takkan lepaskan peluang lah..tapi ikut kesempatan jugak yelah kadang sekolah ganti memang tak jugak dapat keluar..takat ni banyak jugaklah yang dah pergi menjelajah nya macam one utama, giant damansara, shah alam, uptown, downtown ..baru nak tengok tengok jalan orang katewww..tak pa ada masa lagi 2 bulan untuk stay sini mestilah akan guna dengan sebaiknya..





tak mudah sebenarnya nak jadi cikgu ni sebab student dah macam set kat mind diorang yang cikgu ni tau segalanya dan bila dia tanya cikgu boleh bagi jawapan yang tepat, sahih,benar dan padat..memang ajar student form1&2 ni tak sama macam ajar student yang dah besar besar..sebab time ni diorang punya inkuiri tu sangat tinggi..semua benda nak ditanya ,semua benda nak diteroka..kadang kadang bila saat student angkat tangan nak tanya ika dah rasa macam fuehhh peluh perempuan memercik mercik kat dahi..soalan yang kadang kadang luar jangkaan..memanglah boleh je nak jawab "ok balik kamu google then nanti esok share jawapan,tu sebagai kerja sekolah kamu", tapi sampai bila kita nak jawab macam tu kan..jadi nak jadi cikgu kena tahu serba serbi isu semasa ..biaq nanti nak jawap kat student jawapan yang meyakinkan..oke yang penting YAKIN!..so tak lama lagi dah nak kena observe dengan lecturer..dah kauntim dengan budak budak dah untuk behave masa kena observe..harap harap semua berjalan elok lah..aminn

Till then.Salam


" Teaching is the one profession that creates all other professions"- AA,sept2013

No comments:

Post a Comment