Followers

Monday 8 July 2013

Miracle!

Salam Alaik..

selamat petang semua.. tadi ika tengah-tengah scroll FB tiba-tiba ternampak gambar gambar kawan-kawan fb yang ada post family diorang pergi umrah..then scroll lagi ternampak dekat page Puan Fellina, alah usahawan yang sekarang tengah naik dengan barang kosmetik dia..seriously i'm really adore him..angan-angan nak jugak berjaya macam dia..aminn..ok back to story, puan Fellina ni pon baru lepas balik umrah then dia ada cerita some miracle yang jadi masa dia buat umrah..then baru ika teringat yang ika pun pernah hadapi some miracle yang tak pernah terlintas boleh jadi kat kita kat sana..kuasa Allah subhanallah...jadi sekarang tengah free nak share lah some miracle yang jadi masa ika menunaikan umrah masa bulan Februari aritu.. dulu ada ja ika buat entry tentang ika pergi umrah tapi cuma sekali lalu ja dengan gambar-gambar tu..boleh baca kat entry ni..

Umrah 1
Umrah 2
Umrah 3
Umrah 4
Umrah 5

betul lah apa orang cakap kan kat tempat suci tu kalau pergi jangan mulut celupar, kena jaga perbuatan.. eh eh tapi bukan maksudnya ika kena miracle yang teruk teruk..semuanya yang baik baik ja ..alhamdulillah..cuma untuk yang korang korang yang mungkin bakal pergi sana nanti maybe boleh dijadikan iktibar ..tapi tak payah lah nak takut kalau da sampai masa atau nama korang dah diseru unbtuk pergi sana..Ika pun rasa bersyukur sangat sangat dapat sampai kat sana dalam usia yang muda ..walau pun hanya buat umrah tapi dah betul betul rasa sangatt bersyukur dan harap harap nak lagi pergi sana.. yelah tak dapat nafikan mula mula dapat tau akan pergi buat umrah ika ni takut, risau, gembira dalam masa yang sama..yelah kita tau kita banyak dosa semua then nak pergi tempat sana yang kita tak tau mungkin akan dapat balasan kan? Ika percaya kalau anak anak muda macam ika memang akan fikir macam tu..tapi sebenarnya tak pon..korang tak payah nak risau, takut semua..insyALLAH, Allah tahu niat kita dan mohon doa biar dipermudahkan je ..insyAllah akan dipermudahkan..so don't worry.. cuma sebelum nak pergi tu yelah kenalah bersihkan diri..aip aip bukannya bersih diri tu mandi..tapi buat solat taubat semua..
ok panjang pulak mukadimahnya..haa nak story what kind of miracle that happen to me when i was there..sekadar kongsi pengalaman..

1. Di kawal guard semasa solat di Raudhah

benda ni yang palingg ika ingat dan akan kekal ingat sampai bila-bila..Allah dah permudahkan ika masa nak ke Raudhah? okeh tau korang mesti tertanya tanya apa raudhah tu?tempat apa?ada apa? ok stop asking and i will explain.. Raudhah ni bermakna taman taman syurga..Raudhah ni ada kat madinah.. dekat masjid nabawi..oh ika flight dari Malaysia terus ke madinah dulu, jadi tak payahla pakai ihram dari Malaysia..ada sesetengah yang terus ke Mekah so kena pakai ihram dari KLIA lagi.. ok paham?so bila kat madinah memang perkara wajib akan ke masjid nabawi ni..sebabkan ika sampai madinah masa tu dah lewat dalam pukul 11 malam so penat semua kan tapi bila ondway nak ke hotel lalu kat masjid nabawi dan secara autonya segar mata dan sangat sangat nak sembahyang isyak kat sana.. serius sekelip mata hilang penat.. so hantar barang semua kat bilik, siap2 terus dgn satu family ke masjid nabawi..sembahyang isyak semua then umi cakap nak masuk raudhah..so ika ni memanglah terpinga-pinga tak tau kenapa nak masuk raudhah sangat..memang lah penah dengar tentang raudhah ..ok nampak sangat tak study habis buku umrah =_='..then umi tanya dekat guard dia cakap pintu raudhah untuk wanita dibuka lepas subuh tapi for guys sentiasa dibuka..ok jeles diorang boleh pergi bila bila masa saja n ika dpt tau abah and adik beradik lelaki ika yang lain balik lewat malam tu sebab p raudhah..sangat beruntung..tsk tsk..then kami yang wanita wanita ni balik bilik dan rehat..Esok tu awal pagi dah bangun semangat pergi masjid nak sembahyang subuh sambil baca Quran..yer kat sana tu jalah yang dibuat, baca Quran, solat.. selesai sembahyang ika dengar bising2 jugaklah kat depan pintu pintu yang menghubungkan kawasan solat wanita dengan kawasan solat lelaki (jalan ke raudhah).. and umi tarik ika dan adik cakap nak ke raudhah..raudhah ni tempat yang dekat dengan maqam Rasulullah SAW dan sahabat2nya..kawasan ni lah tempat mustajab nya untuk berdoa..dan kawasan ni atcheli kecik je..nak tau kawasan tu raudhah ia ditanda dengan karpet hijau..yang lain semua karpet merah yerr...nak masuk tempat tu sangat susah..yelah cuba bayangkan manusia dari seluruh dunia datang pelbagai saiz , semua macam kau nak masuk ke raudhah..tempat terhad jadi macam potensi nak dapat masuk tu tipis sangat..ika mulanya risau jugak dapat masuk ke x tapi nasib ada mutawir perempuan (macam pembantu pelancong)yang tolong guide ika dan orang orang Malaysia lain under travel agency yang sama untuk masuk ke raudhah..pintu raudhah tu akan tutup pukul 8.30am seingat ika, jadi mutawir tu cakap sebelum masuk sembahyang sujud syukur dulu dan ikut arahan dia n x ikut ahli kumpulan lain..oh ahli kumpulan lain tu maksudnya wanita dari negara lain (saiz yang besar berganda2 dari kita, kalau jalan memang takkan terpisah dari kumpulan dia biar kita ditolak) jadi dari cari pasal baik ikut ja mutawir tu..pesan mutawir biar jadi ahli kumpulan yang last masuk dari raudhah jadi myb boleh lama sikit..kalau masuk awal awal nanti cepat ja akan dihalau keluar dgn guard2 yang jaga raudhah tu tambah pula akan dihimpit, dilangkah, ditolak dgn wanita besar2 dari negara lain..jadi sementara tunggu tu baca Quran, banyak kan zikir dan mintak dipermudahkan untuk masuk ke raudhah..setelah berjam menunggu, tiba masa untuk kumpulan kami yang terakhir untuk masuk dan pintu raudhah ditutup sebab kebetulan hari tu jumaat dan kaum lelaki nak bersedia sembahyang jumaat..Bila dah dilepaskan masuk, kami terus berpecah, umi dan adik dah tak nampak,..semua diri masing masing ja..masa ika masuk still ada wanita negara lain yang kat situ jadi tempat sangat limited..guard situ sibuk menghalau untuk keluar..ika sembanhyang sunat hajat, doa doa and keep doa..ada jugak rasa orang melangkah kepala masa tengah sujud tapi tak kisah ika terus terus sujud and terpaksa doa time sujud sebab if bangun akan dihalau..then bangun, sambung sembahyang sunat, doa, bagi salam kat maqam nabi..the miracle happen bila masa tu ika perasan semua dah dihalau keluar, memang dah luas kawasan raudhah..umi and adik pon dah tak da kat situ..tinggal ika dan sorang makcik tu kat situ..sujud, doa tak henti..yang miraclenya walau ika dah doa dlm keadaan duduk..ada 4 orang guard wanita kat situ macam tak nampak ika ngn makcik tu..diorang guard dpn kami sampailah ika sendiri bangun nak keluar sendiri then guard tu cakap srh keluar sbb masa dah habis..i'm the last person left raudhah..subhanallah..ssh sbnrnya nak stay kat raudhah lama2 tapi ika dapat peluang tu..sempat sembahyang hajat sampai berbelas rakaat..sempat baca doa untuk kawan2 yang pesan..alhamdulillah syukur sangat2..agak lama sangat ika dapat dok kat rudhah and umi cakap tu peluang yang Allah bagi n permudahkan..adik ika pon balik tu menangis sebab dia tak berpeluang nak duduk lama kat raudhah sebab kena halau sedangkan baru masuk..and dia pon takut tgk guard tu yang berpakaian hitan, berniqab jadi dia pon keluar..dan alhamdulillah ika, umi dan adik diberi lagi peluang sekali lagi sebelum ke Mekah masuk raudhah kali kedua..kali ni adik dapat stay lama bersama ika sebab ika suruh dia sujud dan doa so guard tu xkan halau keluar and hormat ..and ika pon bersyukur sebab lepas je balik dari raudhah, perasan yang ika didatangi haidh tapi kurang2 ika diberi peluang untuk masuk raudhah sblm didtgi haidh. (sebab masuk raudhah kena ada wudu' utk solat/doa).. oh tak salahkan selit gambar sikit2..tak bestlah membaca je..ohh kat raudhah ni tak banyak sangat gambar sbb guard kat situ tak bg bergambar kalau dia nampak kena rampas =_='..so ni pon curi2..

ok ni pintu masuk yg terakhir sebelum ke Raudhah..sblm nak sampai sini byk pntu nak kena lalu

nampak?manusia ramai..ini baru 7%..berperatus2 lagi yg mnunggu tau



2. Peluang sementara melihat Kaabah

ok dalam hati korang mesti cakap alah dah pergi mekah mestilah berpeluang tgk kaabah..biasalah tu..well memanglah apa yg korang anggp tu..tapi ika ni nak tgk kaabah tu macam lambat dari orang lain..orang lain sampai je Mekah dah boleh pergi tgk kaabah..tapi ika lambat..lambat tau..sedih sob sob..yelah dtg jauh2 mestilah nak tgk kaabah kan..tapi korang tau perasaan bila korang kena tahan tahan bukan sbb tak larat nak jalan ke apa tpi sbb ikat ditakdirkan ddtgi haidh masa sampai pertama kali, hari first kat Mekah..sedih gila..orang lain sampai malam tu terus dapat buat umrah (tawaf, saie, bercukur) tapi ika just stay kat hotel and kena jaga tak boleh gugur rambut, tak boleh pakai wangian..mungkinlah dugaan atau dosa2 lampau kan mungkin..just sabar jelah..ika ni pulak bila tak boleh sembahyang tu cukup2 7 hari tak penah abis awal atau lambat jadi sangat lama nak tggu..tapi umi dgn abah suruh terus-terus doa biar dicepatkan habis haidh so boleh buat umrah..so malam tu mmg doa sangat2 yang hrp2 cptlah boleh sembahyang, nak sangat tgk kaabah, nak sangat selesaikan umrah tu supaya boleh buat umrah kdua pulak nanti..so, esok pagi tu, umi dan adik balik hotel and ika pon nak bersiap lah nak turun sarapan..dan perasan yang stop haidh..rasa syukurrr sangat2..serious macam nak menangis..then umi cakap nak buat umrah kena tgu 24jam dulu biar comform drh dah kering..jadi just mandi wajib dulu lah kan...zohor tu ikut umi ngn adik utk solat kat Kaabah..masuk je pintu utama ika tercari2 kaabah dan jalan ke arah kaabah..masa tu memang ramai orang tgh tawaf jadi tgk dari jauh..menitis air mata dpt tgk..perasaan tu tak tau nak cakap camna..macam syahdu sangat..akhirnya Allah bagi juga peluang bagi tengok kaabah dpn mata sendiri..dah setel sembahyang zohor, ika , umi and adik balik hotel untuk lunch..sampai je bilik hotel dan masa nak masuk asar tu prasan haidh dtg balik..sedih sangat masa tu tapi umi cakap tak pe mungkin Allah dengar pemintaan ika nak sangat tgk kaabah..walau sekejap..jadi ika still dalam pntang larang umrah sbb tak setel lagi buat umrah..then hari ke 5 , prasan haidh dah berhenti,..tggu sampai 24 jam mmg betul2 yakin yang dah dibolehkan sembahyang..syukurr sangat sebab kebiasaannya 7 hari..sesengguhnya Allah permudahkan segalanya jadi malam tu abah bawak ika buat tawaf walau kaki abah sebenarnya dah penat sbb ptg tu abah dah buat umrah yang kedua..tapi sebab ika first time buat umrah, abah yang bawak tawaf sebab nak jaga dari dilanggar dari kesesakan orang..lepas tu saie dan gunting rambut sikit bukti berjaya buat umrah..alhamdulillah ika berjaya buat umrah 2 kali banding dengan diorang yang 3 kali,..tapi tu pon dah cukup bersyukur sangat2 dapat selesaikan...dan ika juga berpeluang nak berdoa, sembahyang dekat belakang maqam nabi Ibrahim dan hijr Ismail berulang kali..

kawasan untuk bersaie


alhamdulillah dapat juga peluang nak solat di depan kaabah

3. Rezeki serta merta

yang ni paling ika teruja..kat Mekah memang tak dinafikan doa yang diminta sangat sangat mustajab..nak tau mustajab macam mana?contoh nya mestilah ika doakan untuk rezeki yang luas kan..dan nak tau memang sentiasa dibukakkan pintu rezeki tu..alhamdulillah..ada suatu hari tu, ika berjaya sembahyang depan kaabah, dan berjaya masuk Hijr Ismail..nak masuk Hijr Ismail susah sebab kawasan dia sangat kecil dan orang yang nak masuk ramai sebab doa mustajab kat situ..bawah pancur emas..jadi ikaselit selit berjaya masuk, solat, doa kat situ beberapa kali..dapat cium dinding kaabah yang wangi sangat2..tapi nak keluar dari kawasan tu rare la sikit kan..yela kena tolak dengan orang..if dah kat dlm nak keluar..haa nanti orang just tolak and korang rasa macam ombak and tiba2 korang dah sampai kat pintu keluar tu..haha..oke ika dah doa semua, salah satu doa dimurahkan rezeki di mana saja, sentiasa dibuka pintu rezeki, diberkati..then cari tempat nak baca Quran..baru je duduk and bukak al-Quran dan tiba-tiba ada bungkusan kurma cokelat macam jatuh atas Quran tgh ika baca..rupanya ada orang bagi..dahla masa tu seriously sangat lapar..then ada juga yang pasing pasing tupperware yang ada kurma..balik tu pulak abang ika belanja kebab kat tepi jalan yang super sedap dengan juice kat situ..alhamdulillah rezeki tu memang ada di mana2 ja..sampai lah sekarang...

pancur emas tempat mustajab nak berdoa


Hijr Ismail...ramai manusia yang menangis, berdoa, soalt sunat..



4. Petunjuk soal jodoh

ok last yang ika ingat miracle jadi kat ika..ok kali ni soal jodoh lah..terus teranglah masa sebelum ika flight ke Madinah dan Mekah ika tgh ada krisis dalam relationship ni tapi macam ada peluang nak teruskan lagi..kiranya masa tengah buat umrah relationship tu tengah tengah lah..so nak jadi cerita kat Madinah dan Makkah ni ika ambil gak peluang doa tentang jodoh ni disamping doa doa lain *umur da 20+ ni memang kena pk dah kan bluwerkk ... dari kat tempat mustajab kat Madinah dan Makkah sampailah ke jabal rahmah yang tempat dikatakan adam hawa tu..nekad panjat sampai puncak sebab nak doa..doa ika macam biasalah mestilah nak jodoh yg baik and bla bla bla kan...then mintak Allah beri petunjuk , kalau si dia tu jodoh ika dekatkan atau jauhkan kalau sebaliknya..auch macam derama pulakss...jadi ada satu malam ika tidur dalam bilik hotel and ada mimpi something yang berkaitan si dia...memang nampak muka someone (wajah perempuan yg ika sangat kenal) tu dtg kat ika dan cakap suruh ika tinggalkan dia sebab si dia milik that girl ..tapi biasalah bila dah bangun tidur anggap mimpi mainan tidur...then balik Malaysia ika still contct si dia lagi dan malam keesokkan kebetulan terjumpa dia dan masa tu memang terbukti segalanya yang dia memang buat something yang menjadi sebab ika patut make a move dari hubungan tu..Allah bagi petunjuk tak sampai seminggu ika sampai kat Malaysia..even sedih sangat tapi kena keep strong dan percaya janji Allah untuk bagi kebahagiaan kelak...

Jadi takat ni lah yang ika ingat tentang peristiwa-peristiwa yang bagi ika ajaib yang Allah bagi peluang untuk rasai semua ni...Alhamdulillah lepas 5bulan berlalu, sebahagian doa-doa yang diminta dimakbulkan...seriously rindu nak ke sana lagi..harap dapat pi sana lagi ..kalau boleh dapat buat Haji pulak..kalau tak dapat buat umrah pon dah sangat sangat bersyukur..kumpul duit dari sekarang nak pi sana lagi..ok just kongsikan pengalaman kat sana..Jom, kumpul duit pi sana lagi, sangat seronok, berharga dan takkan pernah lupa sampai bila bila betapa tenangnya duduk kat sana..

Till then. Salam

No comments:

Post a Comment