Followers

Sunday 23 June 2013

Soul.Love.Life.

Salam.cinta.sayang.rindu.

hye hye untuk uols yang baca entry kali ni..tau memang tak dak yg baca tapi hye kan jelah..
jadi, malam ni datang penyakit ter'rajin' nak update entry sampai 2 kali kan..kenapa?entah..mungkin sebab tak rasa ada benda lain yang perlu dibuat, mungkin juga sebab ingin membuat senaman jejari demok ini atau keseorangan..erk?
btw, sekarang tengah cuti sebulan sementara nak masuk praktikal tengah bulan july ni.. nervous?yes i admit it..nak mengajar mausia yang punya pelbagai ragam, berbeza latar belakang dan tak terkecuali mainan perasaan masing masing..ok talk it later..entry kali ni cuma ingin throwback tentang masa silam..tentang hati?ouch sudahlah mungkin hanya 3 entry hari tu sahaja dan sekarang susah nak menjangka kedudukan hati sendiri..jadi, sekarang mungkin lebih suka nak menaip tentang insan sekeliling yang sentiasa ada disisi, walau kadang tidak punya fahaman yang sama tapi tetap ada di sisi untuk menjalani hidup bersama..sangat berbeza dengan insan insan lain yang pernah hadir dalam hidup dalam erti kata sahabat yang mana hanya menyinggah sebagai perkenalan, mencipta memori bahagia bersama dan tiba masanya meninggalkan tanpa sedikit pun merasakan istimewanya perhubungan yang dibina.,.

pertemuan dengan mereka ini; ouh ika sendiri pun tak teringat bagaimana boleh terciptanya hubungan rapat ini..secara tiba tiba tersedar bahawa ika rapat dengan mereka..persamaan yang ada dalam diri masing masing mungkin yang jadi sebab kami kian rapat dari hari ke hari dan membawa kepada bilangan tahun..
ya, hanya yang ika ingat kami kenal sebab ditemukan dalam satu universiti, kos pengajian dan kelas yang sama dan kini terus membawa kepada tempat bakal praktikal yang sama.
persamaan? boleh dikatakan hampir banyak yang sama..asal dari negeri yang sama ; Kedah, dan menjadikan kami lebih selesa bercakap dalam loghat yang sangat difahami, dilahirkan dalam bulan yang sama ; September, hanya seorang dilahirkan dalam bulan Februari tapi tidak terlihat menjadi halangan untuk bersama, pernah merasakan pedih dan sakitnya cinta disebabkan kecurangan, yahh mungkin itu kebetulan dalam mencari bahagia masing2, dan seingat ika mungkin juga 'sekepala' dalam mencari arah jalan untuk melepaskan diri dari perasaan yang tidak senang dengan berjalan menghiburkan hati.. ya mungkin!

perselisihan faham?adat dalam menjadikan hubungan lebih manis.. pernah berlaku dalam apa jua keadaan.. berbeza pendapat, berbeza dari segalanya, kurang memahami, yaa pernah terjadi tapi disebabkan nilai sahabat itu lagi dipandang istimewa perkara sebegitu hanya dianggap sebagai dugaan.. dalam bersahabat dengan mereka prinsip meninggalkan itu tidak akan wujud .. bermasam muka walau kadang tidak bertegur sapa namun hanya membawa kepada beberapa hari sebagai tanda rajuk hati dan tidak memakan masa sehingga berbulan bulan kerana tidak betah untuk kami tidak bersama..yup ika belajar lebih banyak tentang bersahabat dengan mereka ini..bila orang kata sahabat merupakan orang yang bersama semasa kita susah dan senang.. bersama tanpa kira detik masa ..

dan tempoh 3 tahun itu semakin pantas berlalu pabila ika mula lihat gambar kenangan kami berempat dari status junior kepada status senior..dan terima kasih untuk segalanya, terima kasih atas kenangan indah ini :')

Semester 1




Semester 2



Semester 3



Semester 4





Semester 5




Semester 6






semester 7 & semester 8?? will be continue... so far untuk 6 semester ni pun dah terlalu banyak perkara indah jadi..tau mereka mungkin akan mengomplen jika terlihat gambar2 mereka ini yang tidak berapa senang untuk dipandang kerana itu sering terjadi tapi kamuorg kena paham gambar i pun ada jugak burukss tapi tetap nampak indah dan cantik bila mana terlihat kemesraan kita..satu ja diperlukan dan diharapkan biarlah hubungan ini akan tetap kekal, indah dan manis walau adakalanya akan dicalit hempedu sekali sekala..sungguh terasa istimewa hubungan ini...sayang jika ianya terungkai sepertimana hubungan lain yang pernah dirasai sebelum ini...

so, i'm glad to have you,you and you as my friend and not just a friend but my love, my sister and my best people in my world.. 
nisa,kia,k.ann..stayed with me, stayed with us till the end of our life..



" FRIENDSHIP isn't about who you've known the longest,
It's about who came, stayed by your side, and never you when needed someone the most"

till then. Salam

No comments:

Post a Comment