Followers

Sunday 23 June 2013

Nisfu Sya'ban

Salam.sayang.rindu.cinta.

hai peeps..sebelum nak mula celoteh, ika nak ucapkan salam nisfu sy'ban..horait2 sapa yang tak ingat malam ni malam nisfu sya'ban?angkat tangan tinggi2..tapi dengan yakinnya ika rasa mesti semua akan ingat kan sebab yelah media masa, teknologi yang non stop berada dalam genggaman..pasebuk nu haa post kat wall majoriti tentang malam nisfu sya'ban..oh bermakna tinggal 15 hari lagi dah nak puasa..
oh entry kali ni bukanlah nak post tentang pergi travel, mahupun entry makan makan, di samping juga entry resepi..opss tidak...entry ini sempena malam nisfu sy'aban lah..tgk tajuklah kan..



kelip mata hari-hari dah nak sampai ramadhan kan..sekejap je masa tu berlalu..
tapi tahun ni agak menyedihkan sebab terpaksa berpuasa di tempat baru, tempat orang sebab praktikal..jadi tak macam bulan bulan puasa tahun yang lepas yang boleh ja nak berpuasa di rumah bersama family..entah2 first ramadhan pun tak sempat nak berbuka dengan family.. *sigh
tak pa mybe tu dugaan untuk bulan ramadhan tahun ni..jadi tahun ni berpuasa, beriftar, bertarawikh dengan 3 rakan baik ika kat sg.buloh je nanti.. InsyAllah..

sebut tentang nisfu sya'ban ni banyak amalan dan kebaikan yang boleh kita buat dan dapat..oh mybe jugak boleh kita sama2 doa bagi masalah yang berlaku kat negara kita sekarang berkurangn..apalagi kalau bukan jerebu..harap hujan boleh lah turun untuk kurangkan masalah ni.. kalau tak nanti jadi lagi teruk sampai dah isytihar darurat segala..innalillah...

Jadi, malam nisfu sya'ban ni digalakkan untuk umat Islam macam kita kita ni untuk solat sunat Tahajjud dan solat sunat Taubat sebab pada malam ni lah malam yang terbaik untuk meminta keampunandan rahmat dar Allah SWT.

Antara kelebihan beribadat dalam bulan sy'aban ni ialah :



1).  Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2).  Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)


3).  Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."

moga kita sama2 dapat amalkan serta mendapat syafaat dariNya.ameen.




till then.Salam

No comments:

Post a Comment