Followers

Saturday 29 June 2013

japanese food

Salam.sayang.cinta.rindu.

arrigatohaikkk readers and silent readers semua..ohh nape tiba tiba kita ni felling2 jepun pulak ni? baru balik dari jepun? ke baru lepas tgk citer jepun...nak tau kenalah baca sampai habis kan..bhahaha so kali ni ika mula nak update entry lagi..tapi entry kali ni bab makan..onomnomnom.. bab yang feveret lah kan..bhaha..untuk kali ni ika saja la nak update entry tentang apa yang berjaya ika survey masa balik kedah ni..kurang kurang tak de la sia sia kan cuti ni...kali ni nak share dengan korang tentang satu restoran makanan jepun yang sekarang semakin famous dan bukan ada kat kedah ja..tapi rasanya kat setiap negeri pun ada...haa kali ni moh kita feel2 ala ala jepun sikit..

korang minat makan sushi?? yeay gimi 5 untuk yang makan sebab selera kita sama..first trial ika makan sushi ni masa beli dekat AEON Rawang..haaa kan selalu ada je yang jual packaging2 tu..try makan then buat mata terbeliak..umpphh sedap jugak rupanya kan..tapi ada yg certain2 lah..ada yang xsedap tu yuksss jugak..lepas pada yang tu ika mula mendekatkan diri kat makanan ni konon2 bajet kau jepun lah boleh makan makanan dia kan..hahaha.. but, kawan2 ika ada juga yang tak makan alasan sebab tak lalu..jadi nak kata makan kerap sangat pon xde lah..cuma bila teringin je... ok mula nak melencong dah..now back to the main story....al-kisahnya ika ada juga tgk kawan2 kat fb banyak upload gambar kekaguman makan shushi, tak kurang juga puji pujian dapat makan makanan jepun ni..siap upload lagi ha gambar sushi tu..jadi untuk seorang blogger yang suka sambil berjalan2 makan ni pon teringin jgk nak mencuba..tapi biasalah anggapan student lekeh macam ika ni.. restoran tu kang kalau masuk tak cukup duit pulak nak membayor..mesti mahai tu...jadi terpaksalah makan shushi packaging ja tsk tsk T_T

so masa weekend adalah time untuk daughter-mom outing, jadinya dah berjalan sana sini, tiba2 mata terpandang restoran yang menjadi idaman nak menerai, cacing dalam perut pon mulai bermain gitar menandakan perut lapar, jadi kesempatan keluar dengan mak ni buat ika bagi idea nak try makan kat restoran tu.. konon2 mak dijadikan sebagai backup untuk membayar segala makanan tu nanti mueheheheh *ok jangan tiru aksi ini... ummi pon setuju jadi dengan lajunya ika masuk.. restoran yang agak ramai orang pada masa tu tapi tetap dapat port yang baik...so, bermulalah feel2 ala jepun tu kat restoran ini..

                                                               'SUSHI KING'






haa ni lah restoran hat kami teringin nak p makan tapi takot mahai...tp rupanya harga dia standart ja pon macam kedai lain...masuk ja dalam tu teruih ambk seat.. ohh lupa nak bagitau, yang ika pi ni cawangan sushi king dekat Amanjaya Mall, sungai petani...tempat dia bersih, tiptop...dia punya pelayan2 pon bagus..nak tau mana yang feel sangat macam rasa kat jepun? ampa dapat rasa bila ampa masuk ja dia punya pekerja akan cakap selamat datang tapi dalam jepun lah..todiaa mau tak rasa macam pi jepun bhahaha...jadi macam kat kedai makan lain pon, pekerja dia bawak menu and tgu kita order... ika ni ada satu peragai sikit teringin nak cuba tapi takot restoran tu mahai jadi tak dak back up yang boleh bayaqkan kalau overoder kan...ok sambung lagi, dah dapat menu jadi ika dgn umi pon oder lah...walaupun umi tak bapa nak gemar makan sushi atau makanan japanese ni tapi sebab ika nak try, umi ikut kan je..thankss umii.. :)

jom kita tengok apa yang ika dengan umi dah oder...


umi punya oder.. MIXED BENTO RM13.90...
ada nasi tapi bukan macam nasi yang everyday kita makan.. macam pulut sikit2..then ada ikan macam ikan salmon goreng, yang lagi satu tak pasti ikan atau ayam tapi sangat sedap dan rangup.. then disediakan jugak lemon..



ni ika punya oderr.. YUKINIKU BENTO RM17.90..
macam umi jugak, ada nasi, sayur kacang buncis + tauhu, dagingmasak kicap yang dicampur dengan kobis yang seriously sangat sangat sedap, dan juga salad..haa makanan sangatlah sihat kan..sayur jee..teheeee

dan untuk dua makanan ni jugak depa sediakan sekali sup yangh rasa macam tak kena untuk anak tekak ika nih..jadi paham paham lah kan,,






my beverages PINK GUAVA YAKULT RM4.90..
ohnomnomnom sedap air dia..super sedap..tak tipu..

umi's baverages.. BLACKCURRENT YAKULT RM 4.90..
ika tak sermpat nak raa sebab asyik sangat minum baverages ika..tapi umi cakap sangat sedap jadi maknanya sedaplah !

so, mana sushi2 yang lain?haaa untuk order sushi yang seketoi seketoi tu korang boleh je ambil dari landasan sushi yang dok gerak2 tepi korang tu...harga?ikut jenis warna pinggan.. starting price dari rm2.00 - rm8 kalau tak silap lah...if tak da dekat tempat landasan tu korsng boleh jer tekan bell kat tepi meja untuk oder.. dua makann kat atas tu sebenarnya sangat2 memberi kekenyangan tapi sebab nak jugak try sushi kan..oder la lagi..muehehehe tapi ika oder sikit jelah...




dua dua ni ika tak ingat nama apa tapi pinggan BLUE jadi RM2.00/plate..
jugak sangat sedap...

cara makan kat sini depa sediakan chopstick kat tepi meja tu..nasib baek ika reti juga guna chopstick ni yela tu pon housemate yang ajarkan sebab nak makan maggi =_=' ... tapi jangan risau, untuk korang2 yang tak mahir guna chopstick nih diorang ada juga sediakan sudu..tak pon korang belasah je pakai tangan.. apa nak heran kan muehehhee...servis untuk makanan memang cepat..dalam 3-5 minit macam tu lah...jadi sambil sambil makan tu sempat jugaklah capture benda2 sekeliling nih...oh upa pulak, setiap makanan yang ditulis dalam menu tu turut disertakan dengan jumlah kalori makanan tu..haa jadi untuk orang yang tenagh diet pon boleh je makan situ sebab ada makanan untuk yang berdiet jugak...







tu je yang sempat nak capture by my phone yang kadang2 jelas kadang2 kabur.. jadi secara kesimpulannya, eh eh dah macam nak buat karangan kan..ok cikgu bm kena paham erk bhahaha.. ohh bagi ika best dan berbaloi jugak makan kat sushi king ni..harga dia berpatutan, servis tiptop, makanan sedap..jadi haa nak apa lagi kan..mybe sekali sekala tu bolehlah..kalau selalu boleh kopak jugaklah kan..jadi, tak salah kan nak mencuba makanan japanese pulak..so, ada sikitlah gambar ala ala hepynya bila orang belanja makan sushi king nih kan...thnks a lot umi...






haa nampak muka yang selalu ja teruja bila makan kan..oh kat sini pon ada disediakan green tea rm0.50/sachet dan rm1.00/jug... mana la tau kan korang nak minum untuk kesihatan..total up ika makan ni RM52.90 including dengan service charge RM4.56 dan juga govt tax RM2.74... haa berbaloi lah kan makan sampai kenyang cenggitu dengan harga camtu..if tak nak rasa mahal sangat rm50++ tu bolehlah ajak kawan2 makan kat situ jafi bolehlah share2 kan? oh ada juga nasi goreng semua tu..so check the menu ok!


so, tunggu apa lagi jom sekali sekala try makanan japanese pulak..mana tau kena dengan selera kan? lagipun makanan yang dalam menu tu healty food..apa tempat makan yang menarik lagi erk?

Till then.Salam


" To live well is to eat well"

Sunday 23 June 2013

Soul.Love.Life.

Salam.cinta.sayang.rindu.

hye hye untuk uols yang baca entry kali ni..tau memang tak dak yg baca tapi hye kan jelah..
jadi, malam ni datang penyakit ter'rajin' nak update entry sampai 2 kali kan..kenapa?entah..mungkin sebab tak rasa ada benda lain yang perlu dibuat, mungkin juga sebab ingin membuat senaman jejari demok ini atau keseorangan..erk?
btw, sekarang tengah cuti sebulan sementara nak masuk praktikal tengah bulan july ni.. nervous?yes i admit it..nak mengajar mausia yang punya pelbagai ragam, berbeza latar belakang dan tak terkecuali mainan perasaan masing masing..ok talk it later..entry kali ni cuma ingin throwback tentang masa silam..tentang hati?ouch sudahlah mungkin hanya 3 entry hari tu sahaja dan sekarang susah nak menjangka kedudukan hati sendiri..jadi, sekarang mungkin lebih suka nak menaip tentang insan sekeliling yang sentiasa ada disisi, walau kadang tidak punya fahaman yang sama tapi tetap ada di sisi untuk menjalani hidup bersama..sangat berbeza dengan insan insan lain yang pernah hadir dalam hidup dalam erti kata sahabat yang mana hanya menyinggah sebagai perkenalan, mencipta memori bahagia bersama dan tiba masanya meninggalkan tanpa sedikit pun merasakan istimewanya perhubungan yang dibina.,.

pertemuan dengan mereka ini; ouh ika sendiri pun tak teringat bagaimana boleh terciptanya hubungan rapat ini..secara tiba tiba tersedar bahawa ika rapat dengan mereka..persamaan yang ada dalam diri masing masing mungkin yang jadi sebab kami kian rapat dari hari ke hari dan membawa kepada bilangan tahun..
ya, hanya yang ika ingat kami kenal sebab ditemukan dalam satu universiti, kos pengajian dan kelas yang sama dan kini terus membawa kepada tempat bakal praktikal yang sama.
persamaan? boleh dikatakan hampir banyak yang sama..asal dari negeri yang sama ; Kedah, dan menjadikan kami lebih selesa bercakap dalam loghat yang sangat difahami, dilahirkan dalam bulan yang sama ; September, hanya seorang dilahirkan dalam bulan Februari tapi tidak terlihat menjadi halangan untuk bersama, pernah merasakan pedih dan sakitnya cinta disebabkan kecurangan, yahh mungkin itu kebetulan dalam mencari bahagia masing2, dan seingat ika mungkin juga 'sekepala' dalam mencari arah jalan untuk melepaskan diri dari perasaan yang tidak senang dengan berjalan menghiburkan hati.. ya mungkin!

perselisihan faham?adat dalam menjadikan hubungan lebih manis.. pernah berlaku dalam apa jua keadaan.. berbeza pendapat, berbeza dari segalanya, kurang memahami, yaa pernah terjadi tapi disebabkan nilai sahabat itu lagi dipandang istimewa perkara sebegitu hanya dianggap sebagai dugaan.. dalam bersahabat dengan mereka prinsip meninggalkan itu tidak akan wujud .. bermasam muka walau kadang tidak bertegur sapa namun hanya membawa kepada beberapa hari sebagai tanda rajuk hati dan tidak memakan masa sehingga berbulan bulan kerana tidak betah untuk kami tidak bersama..yup ika belajar lebih banyak tentang bersahabat dengan mereka ini..bila orang kata sahabat merupakan orang yang bersama semasa kita susah dan senang.. bersama tanpa kira detik masa ..

dan tempoh 3 tahun itu semakin pantas berlalu pabila ika mula lihat gambar kenangan kami berempat dari status junior kepada status senior..dan terima kasih untuk segalanya, terima kasih atas kenangan indah ini :')

Semester 1




Semester 2



Semester 3



Semester 4





Semester 5




Semester 6






semester 7 & semester 8?? will be continue... so far untuk 6 semester ni pun dah terlalu banyak perkara indah jadi..tau mereka mungkin akan mengomplen jika terlihat gambar2 mereka ini yang tidak berapa senang untuk dipandang kerana itu sering terjadi tapi kamuorg kena paham gambar i pun ada jugak burukss tapi tetap nampak indah dan cantik bila mana terlihat kemesraan kita..satu ja diperlukan dan diharapkan biarlah hubungan ini akan tetap kekal, indah dan manis walau adakalanya akan dicalit hempedu sekali sekala..sungguh terasa istimewa hubungan ini...sayang jika ianya terungkai sepertimana hubungan lain yang pernah dirasai sebelum ini...

so, i'm glad to have you,you and you as my friend and not just a friend but my love, my sister and my best people in my world.. 
nisa,kia,k.ann..stayed with me, stayed with us till the end of our life..



" FRIENDSHIP isn't about who you've known the longest,
It's about who came, stayed by your side, and never you when needed someone the most"

till then. Salam

Nisfu Sya'ban

Salam.sayang.rindu.cinta.

hai peeps..sebelum nak mula celoteh, ika nak ucapkan salam nisfu sy'ban..horait2 sapa yang tak ingat malam ni malam nisfu sya'ban?angkat tangan tinggi2..tapi dengan yakinnya ika rasa mesti semua akan ingat kan sebab yelah media masa, teknologi yang non stop berada dalam genggaman..pasebuk nu haa post kat wall majoriti tentang malam nisfu sya'ban..oh bermakna tinggal 15 hari lagi dah nak puasa..
oh entry kali ni bukanlah nak post tentang pergi travel, mahupun entry makan makan, di samping juga entry resepi..opss tidak...entry ini sempena malam nisfu sy'aban lah..tgk tajuklah kan..



kelip mata hari-hari dah nak sampai ramadhan kan..sekejap je masa tu berlalu..
tapi tahun ni agak menyedihkan sebab terpaksa berpuasa di tempat baru, tempat orang sebab praktikal..jadi tak macam bulan bulan puasa tahun yang lepas yang boleh ja nak berpuasa di rumah bersama family..entah2 first ramadhan pun tak sempat nak berbuka dengan family.. *sigh
tak pa mybe tu dugaan untuk bulan ramadhan tahun ni..jadi tahun ni berpuasa, beriftar, bertarawikh dengan 3 rakan baik ika kat sg.buloh je nanti.. InsyAllah..

sebut tentang nisfu sya'ban ni banyak amalan dan kebaikan yang boleh kita buat dan dapat..oh mybe jugak boleh kita sama2 doa bagi masalah yang berlaku kat negara kita sekarang berkurangn..apalagi kalau bukan jerebu..harap hujan boleh lah turun untuk kurangkan masalah ni.. kalau tak nanti jadi lagi teruk sampai dah isytihar darurat segala..innalillah...

Jadi, malam nisfu sya'ban ni digalakkan untuk umat Islam macam kita kita ni untuk solat sunat Tahajjud dan solat sunat Taubat sebab pada malam ni lah malam yang terbaik untuk meminta keampunandan rahmat dar Allah SWT.

Antara kelebihan beribadat dalam bulan sy'aban ni ialah :



1).  Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2).  Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)


3).  Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."

moga kita sama2 dapat amalkan serta mendapat syafaat dariNya.ameen.




till then.Salam

Saturday 8 June 2013

Resepi speghetti


Salam.cinta.sayang.rindu

Hai peeps.. ohh lma tak hupdet..btw ada sapa2 yg tiba2 teringin nk makan western?konon2 bajet dok italy..nk makan speghetty..tapi nk makan kat kedai semua mahal..mn nnti kna caj service tax dan tax gov lagi kn... Dapat makan sepinggan ja *ok da nampak dah yg kuat makan muehehw... Ok ika nak bagi jalan senang utk korg2 yg ngidam nak mkn speghetti secara tiba-tiba dan drastik, tapi takmau habiskn duet ngn dpt mkn spinggn je kat kedai ...skali skala xpelah..kalau selalu mmg habislah duit kn..kali ni i want to share recipe to mke speghetti..ala xdela bolognese ke apa..just speghetti biasa tp sedappp..wallahh...even bli brg dia mahal tp korg boleh masak n makan byk kli..kan?

Ok lets move to the main topic.. here the ingredient nak masak speghetti..mudah ada kt kedai..ala xpyh p supermrket ..kdai runcit pon ada..

1 bawang besar (dihiris nipis..iktlah kalau tebal pon korg je yg taw)
3/4 ulas bawang putih (pon dihiris nipis)
1/2 bungkus speghetti ( ikutla bpa org nak makan ..pndai2la bajet)
6 sudu sos prego ( jenama lain pon boleh tp ika biasa guna yg ni..if nak kuah lbih boleh ltk byk lg)
Daging burger ( dicincang halus )
hotdog (dipotong sesuka hati..ikt kreatviti )
garam
Serbuk cukup rasa
Minyak masak



Ok barang semua siap..lets start!

first, haruslah korg rebus spegheeti tu .. masukkn air dlm periuk yg agk2 boleh tgglm speghetti tu..then ltk minyak sikit agr nnt speghetti tu tak melekat..biar dgn api yg xberapa nk garang dan tak brapa nak ayu...biar sampai kembang... Dah agak2 lembut speghetti tu..ley angkt then toskan..setel..letak je kt tepi..


Sekarang, jom buat sos dia pulakss...first masuk minyak utk menumis..so agk2 lah kn..jgn la minyak ltk mcm nk goreng ikan..then tumis bawang putih dan bawang merah tadi sampai naik bau...Next, masukkn sos prego tu.. kacau..kacau then kacau sos tu...smbil tu masukkn ayaq sikit..



Dah? Then masukn daging yg dicincang tadi dan hotdog..ikutlah kalau korg tak de daging hncur ni boleh je nk ltk ayam ke..cendawan ke..ikt ikhlas..hewhew...tgu sampai betol2 masak.. ala biar sampai jd blup2..






Then masukkn gram scukup rasa dan serbuk cukup rasa...kacau lagi..then..siap!

Senang kan? Tak sampai sejam pon nak masak...mudah dan sedap..bulehlah pakat2 try kat dapur masing2 utk masak kt husband/bf/wife/gf/anak2...se lets enjoy it yummy...ok boleh dah nak prsan2 mcm stay kt italy..muehehe..

Selamat Mencuba !

Till then.Salam




" Cooking is like LOVE. It should be entered into it" - AA,Jun 2013