Followers

Saturday 8 August 2015

3D2N Langkawi RM180 - DAY 3

Salam Alaik..

Panjang betul entry sampai nak kna up 3 entri semata2 utk pi Langkawi ni ja kan.. tapi memang lah panjang mana nak upload gambaq lagi aih..ok last entry utk 3D2N di Langkawi cuti sekolah bulan 6 yang lepas. Lepas ja up status dekat facebook link tentang pi Langkawi guna pakej Rm180 ni pakat pm kata berminat nak pi jugak dan mintak contact pakej tu..ok sekali lagi ika bagi sapa2 yang berminat nak pi holiday guna pakej ni bolehlah pi kelebek instagram depa.

Instagram : @DestinasiPercutian
Whatapp no : 014-6050004

Dan untuk yang mana taw dia tak tau nak bajet nak isi aktiviti apa utk 3D2N kat Langkawi, ika sharelah sikit aktiviti apa yang kami buat..Tapi aktiviti yang kami buat ni tak sesuai lah kalau yang ada anak kecik, so boleh ja gantikan dengan pi Underwater World, Makam Mahsuri, Taman Botani or tengok orang buat gamat haha. *yawning hahaha

Boleh refer untuk aktiviti hari 1 & 2 :

3D2N Langkawi RM180 - Day1

3D2N Langkawi Rm180- Day2

___________________________________

DAY 3

Maka hari terakhir kat Langkawi pun muncul lah, rasa sat sangat. Bangun pagi tu memang pakat sakit badan sebab aktiviti sakan sangat semalam, jadi korang kalau plan aktivti2 ceni sila lah bawak ubat atau minyak maka mudahlah nak berurut. Even sakit badan macam tu pun aktivti hari last kami ttp semangat nak buat. Aktiviti apa? apa lagi mestilah borong coklat, tak dah okeh kalau mai Langkawi tak beli coklat, bebas cukai kot lebih murah lah. Sebelum pi shopping kami check out sesiap dan sarapan megi (bajet gila haha). Ikut akak sarah (incharge transport) ikutkan dia bagi kami suka hati ja nak pulangkan kereta if tak da custemer lepas kami although limit time utk kereta patutnya 12pm. Sporting gila kan! Tapi bukan rezeki kami, lepas kami, ada yg nak guna kereta jadi akak sara mintak kami pulangkn kat jeti dalam pukul 1pm.


Before korang gila gila menggila pi shoping tu, sila lah ke jeti dulu utk beli tiket balik, kang korang berhuhuhu tak dak tiket feri baru tau haha sama jugak harga tiket balik ke kuala Perlis RM18. Jangan pulak korang mai ikut jeti Kola Perlih tapi nak balik ikut jeti Kola Kedah kecuali korang mai naik bas dan tak da park keta haha.

Kawasan shopping adalah berdekatan dengan jeti jugak. Silap kitaorang sebab pi borong coklat kat Haji Ismail Group (HIG) then baru ke Idaman Suri. Duit banyak dah habis kat coklat then bila ke Idaman Suri rambang mata tgk pinggan mangkuk haha.


HAJI ISMAIL GROUP (HIG)

sapa yang feveret dia coklat dan segala benda yang manis, ok sila lah ke sini HIG. Sini memang femes lah dengan cekelat dia yang banyak dan murah. Tambah pulak sekarang dah ada satu bangunan yang besar bagi HIG nih. Almost 10 yeras tak jejak kan kaki kat Langkawi, agak terkejut tgk dah siap bangunan khas HIG tu. Sebab masa dah limit, kami just ke kedai lama HIG, dan kat dalam tu boleh lah puas2 pilih coklat feveret korang, mak ayah korang dan jiran sebelah menyebelah.






And as muslim espacially, memang beware jugak dengan certain ceklat yg kdg2 ada ura-ura kata ada kandungan tuttt dalam ceklat, Jadi sebelum nak beli tu kitaorg dah gugel siap dah (thnks dilah!) . Nak kenalpasti ada atau tadak kandungan tutt adalah dengan tgk bhgian ingrediant coklat tu, if ada label 'E' (cth:E657) maka amat2lah dielakkan.

Dan kat HIG ni selain coklat ada lagi brg lain mcm kain pelekat, tshirt, baju dan pinggan mangkuk. Utk kain pelekat akan dihadkan pembelian so memang tak ley lah nak beli banyak2, kalau nak beli banyak kenalah pakat dengan kawan2 kau beli sorang sikit.






Dalam banyak2 cekelat, thats cekelat dah jadi feveret, memang tak pernah jumpa kat kedah ni tapi memang sedap hoyy. Kalau korang pi Langkawi, cari cekelat ni dan try, jangan lupa belikan kat ika satu uhukk *joke.. oh harga untuk coklat tu RM25, kat KL Rm40 somthg ika rasa. Sedap even mahal. Berbaloi lah. haha. After 1 hour, pukul 12pm kami setel beli cekelat dan kalut2 ke Idaman Suri pulak sebab pukul 1pm dah janji nak hantar kereta ke jeti.

IDAMAN SURI

Dinasihatkan sesapa yang nak beli pinggan mangkuk, set teko, set cawan silalah ke sini sebab lebih murah sirius. Masuk2 ja sini memang tetiba aura mak2 tu muncul padahal nak cari set teko tu pon sebab umi pesan. geng2 mak mak ni kalau datang ni for sure lah menggigil sebab tak tau nak pilih yang mana sebb semua cantik kot.
\







Disebabkan masa yang dah suntuk, sejam ja nokss nak shoping sini mana dan nak kelebek satu2 kan. So janganlah jadi cam kami, sila lah prepare masa yang lama kat Idaman Suri jadi kau takkan menyesal sebab tak dapat nak belek satu2 *nafsu wanita sangat haha.. 

Kt sini jangan risau takut barang yang korang beli pecah dalam feri ke apa sebab dia akan packaging semat2, selotep elok2 agar tak lah pecah benda tu nanti. Dinasihatkan kat sini janganlah berangkut banyak sangat sebab takut nanti akan ditahan di Kastam kat jeti dan kena bayar lebih pulak. Tapi kalau yg HIG punya tak pe nak angkut byk pn, and i dont know why tsk tsk.

Sebabnya kat Idaman Suri ni ika jadi rambang mata, terbeli banyak dan tak terpk langsung nak angkut kat jeti nanti , hal Kastam kat jeti dan tak terpk nak sumbat dalam viva yang tgu kat seberang . Nampak tak kalau dah nama nya perempuan tsk tsk,

Banyak tak banyak yg kami beli ley tgk sengsaranya bila nak bawa dari jeti ke feri, hurm


Dalam pukul 1 pm kami serah kunci kat akak sarah dan mula fikir camna nak angkut barang ni.  Tiket balik kami pukul 3pm kalau tak silap dan kami perut pun dah lapar, dengan barang banyak , takkan pulak nak bawak ke hulu hilir kan. Jangan risau kat jeti ada tempat simpan barang, insyaAllah selamat, Lepas deal dengan aunty tu untuk mintak kurang harga sebab alasan duit dah habis shopping, aunty tu bagi harga Rm5 kalau tak silap ker Rm10 ntah lebih kurang cemtu lah. Nak berjalan mulut kena manis dan pandai ayat beb haha.

Lepas makan kat foodcourt jeti, kami pon meronda area jety untuk cari troly malangnya troly hanya ada masa kat dalam jety ondwy ke Feri. Maka terpaksa lah kami terima tawaran seorang pakcik ni untuk gunakan troly besaq dia letak barang sampai ke dalam feri dengan harga RM40. Nak tak nak terpaksalah tak kan nak hangkut pulakkan dah lah jauhh. RM10 setiap 4 orang kami  lah untuk angkut barang kami tu.

Masalah tetap tak selesai bila nak ke kawasan cek barang oleh Kastam, memang risau sebab barang beli banyak gila. Mungkin Tuhan tu nak permudah urusan kami, kebetulan time kami nak cek barang, electric tetiba tak da so brg2 tak dapat nak cek melalui mesin diorang tu cuma ditahan untuk periksa tiket time mai Langkawi untuk pihak Kastam tgk bapa hari kami stay sana. Malangnya tiket mai kami dah buang. Even tnjuk gambaq tiket dari fon pun dia tak terima *strict seriously.. Nasib baik alternatif lain dia mntak gambaq kami di Langkawi masa hari kami sampai, tak jadi hal lah sebab banyak ja gambar selfie, so lepas tu baru kami dapat ke feri dengan aman dan jayanya haha.

KUALA PERLIS

Lepas 45minit, kami selamat sampai kat jeti. Ambik troli RM1 then tolak masuk viva. Memang sarat lah cita dia haha. Kitaorang sampai dalam 4lebih camtu, sempat solat asar kat masjid area situ and alang2 dah kat Kola Perlis haruslah try Laksa Kola Perlih kan. Korang bley lah try gerai2 yang ada berderet kat tepi pantai Kola Perlih. Sedap!




So tamatlah sudah holiday kami ke Langkawi utk kali ni, maybe next time boleh lagi holiday sama2 dan member lain pon dapat join jugak, tapi sbelum tu kenalah tabung duit balik haha. Ni nak kata cuti bajet pon tak sangat mybe dari segi pakej tu dapatlah mem'bajet'kan kami punya holiday ni.

Kat sini ika totalkan jumlah bajet utk holiday kami ni utk 3D2N di Langkawi ni utk per person.

Day 1

Pakej 3D2N (penginapan, transport dan Island Hoping )  - RM 180
Parking - RM 10
Feri - RM18
3D Museum - RM 20
Cable Car - RM 20
Lunch - RM7
Dinner (KFC) -Rm10
Minyak kereta - RM7

Total : RM272

Day 2

for Island Hoping
- Breakfast (burger+mineral) - Rm2.50
- Life Jacket - RM5
- Sovinier Plate -RM10
- Seluar pantai - RM25
Lunch - RM10
Minyak Kereta -RM5
Parasailing - RM70
Banana Boat - RM5
Dinner (Restoran Nelayan) - RM26.70

Total : RM 159.20

Day 3

Shopping - RM200+
Lunch - RM8.00'
Tiket - RM18
Troli - RM10

Total : RM236

TOTAL 3D2N : RM667.20

Jadi, ni jumlah lebih kurang yang kami dah spend masa kat Langkawi. Standard lah kalau berhabis beratus2 utk holiday kat dalam pulau dan time cuti sekolah yang penting korang kena pandai bajet. Tapi for me, its ok utk spend money nak hiburkan diri sendiri kadang-kadang lepas penat lelah bekerja. So dapatlah kita rasa duit titik peluh kita dan rasa kepuasan nya. Tu bg pandangan ika lah. So, kalau yang ada bercita-cita nak pi holiday, rancang dari awal dan simpan duit yang penting! Lepas nih ke mana pulak kiter??

Well happy travelling and thanks for reading =)


Till then, Salam



'Try new things, meet new people, and look beyond what's in front of you.
Those are the keys to understanding this amazing world we live in' - AAZ, 2015

3 comments:

  1. Baru pergi berapa bulan yang lepas.. Rindu dah ni.. Mak ena la yang shopping sakan. Pergi 3 beg, balik 6 beg bagasi. Kah!!! Apapun sana kalau melancong memang jimat dan best

    ReplyDelete
  2. Yup btoi tu...tp lg bgus klau pi bkn time cti skola hihihi

    ReplyDelete
  3. Best Roulette - Casino (USA) - JTM Hub
    Roulette is 천안 출장안마 a casino game 논산 출장샵 that features all the 제주 출장샵 usual casino rules and strategies, 춘천 출장마사지 plus the 충청북도 출장샵 newest ones that offer free spins.

    ReplyDelete