Followers

Friday 27 March 2015

Trip Bandung : Tempat Menarik 2





Salam Alaik..

Nak dekat 3 bulan juga tak update blog nak sambung crita dekat Bandung..yela ika kan seorang yang gigih bekerja sampai tak sempat nk update kan emm jadi maafkan ika yang sibuk*mata juling ke atas... ohh tambah pulak baru ni dah dipanggil untuk intibiu jadi cikgu tetap..ALhamdulillah sangat2 moga ada rezeki dapatla cepat2 posting nanti bleyla cpt2 kawen eh..haha so atas sebab alasan berikut buat ika berubah menjadi seorang yang gemar membaca isu semasa, sorang yang gigih bangun pagi semata hendak membeli surat khabar dan seorang yang gemar membaca tidak kira apa pn bahan bacaan semua sebab nak intibiu..kalau tidak huh langsung tak ambik 'port' hal dunia sekeliling melainkan hal diri sendiri hikss..

baideway kali ni nak sambung entry travel ke Bandung taun lepas..mybe ni entry terakhir untuk kisah kat Bandung memandangkan dah 2 entry dibuat..yang tak baca lagi atau tak tahu apa benda yang dicelotehkan boleh klik link bawah ni so tak dalah jadi insan yang tak tahu hujung pangkal..ye dok??

Trip Bandung : Tips & Persiapan
Trip Bandung : Tempat Menarik part 1



1. RESTORAN NASI PADANG

macam yang korang tau bila sebut ja Bandung ni, wanita2 atau gegadis comel macam ika ni akan eksited tak hingat. Sebab? wehh Bandung kot, pusat beli belah murah kot..makna kata shop till u drop gitchew..sebelum pi sana dan study siap2 dah mana tempat yang shopping murah, best dan ada pelbagai..hari kedua kitaorang sampai Bandung, lepas je lawat2 tempat yang ika dah update kitaorang plan nak shopping terus tp memandangkan lapau yakmat, so hold dulu lah dan Pak Erwin bawa kitaorang satu tempat makan yang best,best,best sangat..datang Bandung korang kena try makanan ni..restoran Nasi Padang. sb apa best?










mula2 masuk ja kedai kitaorang expect dia akan ambik oder la so tgh pikiaq nak makan apa, tetiba waiter2 dia hantar ayaq tea, then koboan (ayaq basuh tangan) then nasi..dan lastly paling amazing dia hantar semua lauk2 macam gambaq rajah kat atas tu , dia sorang kot bawak pinggan2 yang banyak tu fuhh amazing..dan baru lah kami tau yang makan lauk yang dia sediakan tu, kalau tak nak tak payah sentuh sebab harga dikira ikut lauk yang kita makan ja..haa faham x konsep dia? kitaorang yang memang masa tu sangat sangat lapar stat bismillah ja, after 10-15 minit licin..ala korang bayangkan je macam ikan piranna tu haa cenggitu lah haha

dan ni lah hasilnya lepas langsai, bertingkat2..dan cuma satu lauk jer yang kitaorang tak makan tu pon sebab lidah lembu kalau tak silap.. Total kami makan haritu dekat Restoran Sederhana Padang 336,000Rp..kalau nak senang kira bahagi dengan 3 so dapatlah nilai duit Malaysia..




susunan lauk2 depa hat betingkek tu

ni semua untuk delivery..style kan



2. OUTLET

Lepas ja dah kenyang, rupanya dah lewat petang, jadi kami decide nak shopping dekat outlet2 dulu dan esok tu baru lah ke Pasar Baru tempat yang orang cakap murah tahap meroyan... Dekat Bandung ni memang banyak outlet yang ika perasan sepanjang jalan dia, lebih kurang tempat shopping yang agak mahal sikit tapi berkualiti..kalau korang yang jenis pentingkan kualiti haa elok pegi dekat outlet2 ni..kedai2 outlet ni dekat2 jer, dia macam lot kedai..tapi kami yang memang jenis tak pentingkan kualiti sangat ni sekadar cuci mata jala sebab hati dah terpaut dekat Pasar Baru esoknya tu..






jangan risau kat mana tempat2 nak cari oulet2 nih..korang cakap ja kat supir korang taulah dia nak bawak nanti..yang kitaorang singgah pon macam outlet kasut2 dan baju lah yang banyak..

3. PASAR BARU







haa kasi bakaq line sikit apa yg ada dekat Pasar Baru ni..Pasar baru ni kalau tak salah ada 7/8 tingkat dan tiap tingkat tu haaa banyak lot kedai yang jual barang2..pelbagai ; kain pasang, beg, kasut, kedai makan, macam2 lagi lah cita dia..Pasar Baru ni bukak awal pagi dalam pukul 8 camtu rasanya sampai pukul 5 petang..jadi eloklah pagi2 pi, petang baru keluar baru puas kan haha..lepas ja Pak Erwin park kereta, dah bjanji dalam pukul 4 akan jumpa balik then Pak Erwin kenalkan dengan budak muda ni (tak ingat nama apa), tugas dia tlg angkat barang dan tunjukkan kedai mana yg best dan murah..yelah kalau nak jalan seharian kat bangunan tu, tiap kedai lagi, mmg tak sempat lah..haa rasa macam boss dangat pi shopping ada orang tlg angkat barang (ofkos kena upah, tak da yg free bro) dan makin ligat lah korang shopping sebab tak payah nak pikul berat2..first dia akan tnya apa yang kita nak carik..so bg kami pompuan ni nak tgk kain pasang..dengan pantas dia bwk ke satu lot kedai yg buat korang berpinar mata nak pilih kain pasang / kain lace..


that it, kedai kain yg bagi ika paling besar la dalam tu..cakap jer nak kain jenis apa cotton?saree?lace?kain kosong?bercorak?chiffon? semua ada siap pekerja dia tlg matching kan lagi..haa yg lelaki2 ni jgn lah pening2 kepala fikir nak tgu wanita ampa pilih kain sebabnya kat situ ada sedia sofa, air botol (tea o ais) dan kuih...for free ok..jadi lepak la lama mana yang korang nak sambil bincang hal dunia dengan lelaki yg lain, guyss pleasr lah let wanita2 tu puaskan hati dia dan emosi dia haha..then kitaorg cakap nak beli sovinier macam shirt semua tu, terus dia bawak tingkat 1 yg semua jual tshirt2 for sovinier..memang murahla cita dia..ika pn apa lagi sambaqla bberapa baju utk kawan2 yang ada kat Malaysia ecececeh..bhaha

take noted : sini pencopek/penyeluk saku dan sewaktu dgnnya banyak, jadi pesan awal2 lagi guys tu yg suruh hati2 dgn beg kitaorang esp pompuan..kalau blh bawak beg galas dan galas bhgian depan.









ni la guys yang diupah utk angkat barang


abah memang pesan dah awal2 jangan berpecah masa shopping tu sebab tempat tu too crowded jadi untuk yang ada bawak anak kecik please take noted yg pegang depa kuat2, sekali telepas jenuh wehh ampa nak carik balik..dan kemudahan juga ada sedia kat situ macam surau dan toilet..tingkat atas sekali yg mana ampa pn buleh tgk Tangkuban Perahu dari jauh..dan habaq siap2 style tandas kat sana semua pintu jenis separuh yg mana org luaq boleh ja nak jengoi kepala tgk ampa tp tak dala depa buat kan..and jangan tanya ika memang ika lepas nampak tandas style tu sanggup tak masuk haha..tempat makan pon ada sedia juga kat situ..so sambil ampa makan bley la aim beg2 ampa bekenan sebab dia satu floor , kiranya lepas ja makan teruih ley pi sambaq beg haha nampak dak taktik depa? tapi beg /handbag kat sana memang super murah dan ika borong sampai 3 beg hokeh tu pn ada niat nak borong lagi tp fikir bayaran timbang beg nanti so tahan jala napsuu..








lepas pada makan ni masing2 pon gerak lah konon nak sambung shopping balik tp tup2 adik ika, si Imad tu hilang pi mn ntah..mau xgelabah semua orang..tempat yg crowded, nak kol pn dia tak pakai sim sana, so last sekali budak lelaki tu suruh kitaorg stay dekat parking dlu then dia dengan geng dia cari..nasib lah depa tu cekap kan, so bpa minit lepas tu jumpa budak Mad ni, apalagi kena bebel lah dengan semua orang, lepas tu dia pn serik nak bpisah dah hahaha..dan nak tau sebab tak puas shopping kat sini, esok tu kitaorang datang lg for second round..memang tak puas kalau p sekali ja.

4. CIBADUYUT

lepas jer keluar dari Pasar Baru, Pak Erwi bawak pulak kitaorg dekat Cibaduyut iaitu tempat jual kasut kulit yg murah..dia lebih kurang macam jalan TAR lah kalau kat sini sebab kedai2 sepanjang jalan...selain kasut kulit, baju2 dan jajan pn banyak jual kat sini tp yg murah kasut lah..kasut converse ntah jenama apa lg tu sangat murah kat sini..dalam RM 30 lbh rasanya..



kat sini utk plncong akn dpt sticker so kalau korang bli harga
pelancong la cita dia..


















ni memang satu store yg besar jual kasut ja, kasut kulit la esp..harga mmg murah dan barang bkualiti..dan sebelah store ni yg ada deretan kedai yg jual jajan, baju, dan macam2 lagi lah..jajan dia mmg best..paling ika suka kerepek pisang yg kalau kat Malaysia ni kecik2 ja, kat sana fuhh sekali makan boleh kenyang ..yang best nya korang boleh jadi food tester kat sana..test2 pon boleh buat kenyang jugak hoy hewhew








5. KARTIKA SERI

Kat Bandung ni bukan ja femes baju2 dan kain2, makanan pun boleh tahan jugak jadi tempat wajib pi kalau korang jenis cake lover.. kat Kartika Seri ni jual macam2 jenis kek, coklat dan aiskrim..mmg not bad la dia pnya cake semua..



















pi sini kalau tak terliuq memang tipu haha kitaorang pn tak tahan terus beli aiskrim dia yang sedap tuu ... dan boleh lah korang beli kek laps dia yang femes kat sini utk bawak balik kat sedara mara, jiran tetangga korang hikhik

6. BRAGA STREET

Sebab kan masa kitaorang ondway balik hotel kami ternampak lorong-lorong seni, ala2 art street Penang so kami mintak Pak Erwin drop kami kat situ sebab nak posing cun2 la kiranya..lorong seni atau Braga Street ni adalah tempat orang jual lukisan2 depa..siyes memang lawa lukisan depa dan abah pon dan beli satu..bagi kmi yg generasi tak fhm seni ni, kekdahnya cuma ambik gambaq jala dengan lukisan2 tu hehe..utk pncinta art boleh lah jadikan tempat ni satu kwsn mesti pergi kalau sampai kat Bandung!















selain lukisan, peminat barang2 antik pon boley mai sini sbb ada satu port yg utk barang antik jaaa..



7. PERKAMPUNGAN

yang ni kami jalan2 sekitar hotel ja..sebabkan dari awal kami sampai kat Bandung, kami perasan kebanyakan sepanjang jalan akan ada lorong2 kecik, so sebab curious apa yg ada dalam lorong2 tu, pagi2 kami jalan2 sekitar kawasan hotel tu dan rupanya lorong2 kecik tu dalam dia ada perkampungan orang tempatan situ..ley nampak kawasan perumahan depa yg agak susah yg ley buat kita insaf sat bila tgk depa..tak semestinya kita pi lawat tempat yg memang wajib pi ja kan..rumah depa pon kita bley pi lawat apa haha






ni lah jenis rumah depa 

masa ondaway melawat tu lah baru terserempak dgn penduduk2 kat situ, budak2 yang nak pi sekolah dan group makcik2 yang mengasuh anak orang dan berjalan2 sambil gegosip hikhik








8. RESTORAN AYAM PENYET

Lagi satu tempat wajib makan bila sampai Bandung..yeah kat Malaysia pn bersepah ja ayam penyet ni kan tp feel makan kat negara asal ayam penyet ni lain macam kit lah..so why don't u try kan alang2 dah kat sana..memang depa pnya ayam penyet kawww weh..




so, ni la yang ika dan ingat sepanjang yg kitaorg satu family travel kat Bandung..sangat best, best dan best..memang berbaloi la dgn duit yang dah dilaburkan nak pi sana kan..harap2 segala info ni dapatlah bantu korang jugak if one day dapat jejak kaki dekat Bandung jugak..sekarang simpan duit lagi untuk travel ke tempat seterusnya,..

tenkiu abah yang dah bawak kami satu family pi bejalan Bandung taun lepas..so plan taun ni mcm dgq2 Vietnam jer eh?? haha, kna  gigihla simpan duit ceni pastu kat sana tak dala meleleh ayaq liur sebab tak dapat shopping kan..

so, gudluck and happy holiday kalau sapa yang nak terbang pi Bandung nanti! Till then, Salam.



" TRAVEL. As much as you can.As far as you can. As long as you can.
Life is not meant to be lived in one place" - AAZ, 2015

3 comments:

  1. ieka, mada yg sesuai untuk melawat bandung agak2 buln berapa ya ?

    ReplyDelete
  2. sallam..
    Tuan/Puan..

    Kami dari BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT
    menawarkan sewa kereta murah dan service ok!
    untuk melancong di bandung dan di jakarta..
    kami juga memiliki driver yang berpengalaman di bidang pelancongan,
    dan kami juga menjamin ke selesaan kereta nya..
    harga kereta yang kami tawarkan :

    -toyota avanza
    -suzuki APV
    -daihatsu luxio
    -suzuki ertiga
    -kijang inova
    -KIA Pregio
    -isuzu ELF (15 seat)
    -isuzu ELF (19 seat)

    Harga dijamin berpatutan dan jimat tentu dengan service yg tetap memuaskan hati..
    harga kereta tersebut sudah termasuk :

    -minyak/petrol
    -parking
    -tol
    -driver meal

    per hari nye kereta boleh guna dari pukul 08AM hingga 10PM

    kami juga menyediakan pakej hotel + transport seperti :

    3D2N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    4D3N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

    5D4N :
    *untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)
    **jangan ter agak-agak bila Tuan/Puan menginginkan pakej yang sesuai bajet..

    Group yang telah kami layani adalah dari :
    - Kelab Proton Malaysia
    - UITM Malaysia
    - TV3 Malaysia
    - rombongan group shopping dari Brunei Darusallam
    - etc

    Service inshaAllah memuaskan, sila tengok pelbagai testimoni2 dari bermacam client kami dalam halaman facebook kami

    hotel yang kami sediakan terjamin keselesaan nye, confirm free breakfast buffet, wifi and other hotel facility..

    "YOUR COMFORT AND YOUR SATISFACTION IS OUR TRADITION"

    Sila lawari TIPS BERCUTI JIMAT KAT BANDUNG

    untuk mengenai pakej selengkap nya,Tuan/Puan boleh hubungi kami kat :

    whatsapp : +62 83821789103
    call : +62 8812057848
    email : bandungamanahtour@yahoo.com
    FB page : BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT

    ReplyDelete