Followers

Thursday 19 September 2013

i'm 23 now!

Salam Alaik'..

ok macam biasa hari Jumaat yang mabruk lagi penuh berkat ni dapatlah ruang nak tulis entry seketoi dua sebab dapat masuk sekolah lambat ...minggu ni penuh dengan jaga student exam..feeling bagi seorang guru jaga exam sangat sangat mengantuk...nak tidoq tau jalah takat ika kalih tempat lain sikit ja pon dah baling baling kertas..ni apatah lagi nak tidoq tak sedar dunia kan..bermaharajalela la bebudak tu..yeah it's normal..macam aku jugak dulu..muehehe..entry kali ni nak letak sikit kenangan dalam blog kot nanti anak cucu cicit piut miut dapat baca macam mana nenek dia bila umur dah mencecah 23..heyy yeahhh i'm 23 years old dah..fuhh sangatlah cepat masa bergerak..dok rasa macam baru ja darjah 6 dan dok ukoq tinggi kat dinding rumah bhahaha...taun ni paling common wish dapat selain dari murah rezeki ,panjang umoq semua ialah :

" ika, cepat kawen"
"ika, boleh cari dah calon"
"ika, kawen cepat, aku nak follow"
"ika, meh nak bagi calon"
"ika, xyah kawen lah' (erkkk =_=')

konklusinya ialah KAHWIN..yeah biasalah start umur dah nak sampai 25 ni berdarah telingalah dengar orang cakap camtu...andaikata cari suami tu semudah beli belacan kat kedai , mesti dah ika ambil satu dan jadikan suami..tapi sangat sangatlah susah..ohh sudah topik kawin2 ni nanti melebih lebih sampai berperenggan perenggan pulak..sekarang hanya entry untuk hari lahir gua 18/september/2013...untuk kejadian hari tu sj..sebab banyak kejadian yang buat ika sedar yang ika sangat sangat dikelilingi insan insan yang tersayang walaupun banyak orang yang dah tinggalkan hidup ika ..awwhh tak yah sedih sedih..drama je semua tu!


ika terima ucapan dari sebelum hari kejadian lagi..macam biasa, abah lah yang paling romentik ucap besday..time tu setel jaga budak exam, call abah saja je nak sembang tak terlintas pon hrpkan abah wish..tapi abah tak pernah lupa tarikh penting untuk satu family, semua adik beradik dia ingat.. *taip sampai meleleh ayaq mata tsk tsk...sembang on call then abah cakap abah nak wish awal2 sebab nak jadi orang first and memang abahlah orang first wish sebab baru 17hb..abah siap nyanyi lagu besday wishes lagi..demi Allah rasa sebak sangat masa tu..dah meleleh da pon air mata tapi tetap cover cool sebab dok dalam bilik guru..tak dapat nak gambar perasaan tu T_T ..mula rasa rindu nak balik rumah ..macam biasa abah ingatkan macam2 yang buat ika rasa nak menangis meraung2 dalam bilik guru.... thnks abah ..abah lah insan yang paling terbaik dalam diri ika..tak dapat bayangkan jika hidup tanpa abah..


then, malam tu memang ika sangat berdebar debar sebabnya budak budak housemate dah mula merepek repek nak baling tepung, air belacan semua..sebab diorang dendam dengan apa yg ika buat masa besday diorang dulu ..kebetulan 2 orang budak housemate ika pon besday bulan sept ni..jadi dah jadi tradisi akan kena mandi tepung..disebabkan besday ika yang terakhir maka akan terima double double lah tepung tu..but tetiba malam tu tiba tiba masing masing tido awal dan cakap tak nak main main tepung sebab takut kena kemas rumah bila rumah dah jadi macam kilang tepung..dan fuehhh i'm feel safe...dalam hati ika thnks korang tak buat kat aku ...

mula dari 12am malam 18 sept dah mula terima wishes dari semua kawan kawan..wishes dari fb yang tak berenti, wish dari yang tak pernah tegur kat fb sampailah kawan rapat sangat sangat post gambar semua..standardlah kan wish dari orang tak kenal kat fb sebab ada reminder kat situ..kalau tak memang takdenya nak dapat wish ..bff , cik iza yang awal lepas pukul 12am dengan post gambar yang flawless sangat dekat insta,we chat, tweeter dan fb..hah sebab semua tu diinstall masuk fon jadi semuanya dia wish..then kawan kawan lain pon turut serta nynyi dalam audio wechat...dan wish wish tu terus bertambah sampai lah hari kejadian...terharu sangat sampai tidoq pgg hp malam tu..sobsob


and early morning , umi pulak call wish dan nyanyi bufday song dekat ika..yeah i'm speechless.. sangat bangga yang i had parents like them..i'm burst into tears bila umi cakap yang umi tak pandai nak buat video semua macam ika buat dekat cik bff, iza..yang ni je yang umi mampu..then ika terbaca post umi dalam fb lagi lah buat ika menangis meleleh ayaq idung ysk tsk..umi selalu merealisasikan apa saja impian yang ika nak and guess what umi cakap as my besday present umi belikan mesin jahit..haaa first time lah dapat besday present macam tu..sebab ika selalu cakap teringin nak jahit baju sendiri memandangkan ika dah penah pergi belajar menjahit dan suka sangat beli kain banyak banyak untuk buat baju kurung..well mostly as a teacher to-be memanglah nak guna untuk pergi mengajar kan..so bila banyak banyak kain hantar, upah menjait pon dah koyy menaik jadi kalau pandai jahit sendiri dah boleh jimat kos kat situ..and post umi kat fb buat ika rasa nak menangis hentak kaki and at that time rasa nak hugss umi kuat2 T_T


tak cukup umi abah, kawan kawan buat terharu, ika juga ada terima wishes dari anak murid .. sebabkan minggu ni minggu exam jadi memang tak nampak langsung lah muka diorang tapi one of my student letakkan a piece if paper.. paper A4 yang dia guna untuk jawab esei BM yang tulis wishes untuk besday ika..ouchhh sangat terharu..balik dari jaga exam, terperasan ada kertas bawah buku RPH dan bila tengok rupanya wishes dari anak murid tu..sangat sweet betul rupanya anak murid ika ni..tak cukup dengan tu balik dari sekolah dapat notification we chat yang ada beberapa student nyanyi bufday songs dengan semangat nya..ahhh ni yang rasa berlipat ganda sayang bebudak nih..tak dapat lah nak bayang time akhir praktikum nanti..*sigh...


sometime rasa smell fishy jugak budak budak rumah ni tak baling tepung kat ika sebab diorang memang dendam gila bila ika lumoq tepung dekat muak diorang..so balik sekolah malam tu semua buat hal masing masing sampailah dak housemate sorang ni, cik nisah cakap tuala ika jatuh kat bawah...sebabkan rasa malas sangat malam tu ika just buat tak kisah sebab ada lagi spare tuala..then tengah online, cik nadia cakap fon dia tertinggal dalam kereta..sebab takut bf dia call so dia ajak ika teman pi ambil..ika cdgkan jugak yang srh dia call guna fon yang lagi satu..dalam hati pelik juga "fon lagi satu ada asal tak guna je"...tapi sebab muka dia sangat kesian je tengok time tu ika pon setuju nak turun sama2..kebetulan boleh ambil tuala yang jatuh...siap siap then turun bawah cari tuala tapi tak jumpa..dan time tu memang tersangat sangat smell fishy tapi just teruskan berjalan pergi keta..then lepas ambik fon, ika beletiaq kat cik nad sebab tinggal fon dalam kereta dan masa melintasi pagar terasa segenggam tepung masuk mulut..then bertubi tubi balingan tepung...rupanya idea diorang prank ika malam tu...cik kia dan cik nisah follow blkg kitaorg ala ala penyiasat persendirian..kebetulan malam tu pakai tshirt hitam memang sangat sangat jelas tepung kat baju..mula lepas tu aktiviti kejar kejar mula lah berlangsung bawah apartment..diorang memang lari macam atlet lah sebab takut ika peluk..nak naik lif, lif tak bukak tapi time ika lalu depan lift ada pulak tiba tiba pintu lif terbukak dan keluarlah mat bangla yang terkejut tengok muka ika yang dah putih...siap ajak geng gelak ramai2..lepas janji takkan peluk diorang masing masing kelam kabut lari kuncikan diri dalam bilik sampai ika mandi...hahh dah agak memang diorang takkan lepaskan ika tanpa cucoqkan ika malam tu punya....memang teruk kena malam tu..





ok that the story 0n 18 sept 2013..such a best moment even ada juga feel sad..ohh btw tima kasih tima kasih tima kasih untuk semua yang wish dan ceriakan hidup ika on 18 sept 2013 ni..such a precious time bila semua ucap kat fb, wechat, insta, tweet, call, sms and yang wish depan depan..rasa sangat sangat bertuah bila dapat insan insan macam korang yang selalu support ika..dan amin amin amin dengan segala doa doa yang tak putus putus ika dapat...terima kasih paling atas untuk umi abah yang jaga dari kaki besaq ibu jari sampailah kaki besaq sampai limit size kasut..terima kasih :')

dah masuk 23 tahun ni ika cuma berharap dapat capai semua yang ika impikan selama ni,dapat lalui dan jumpa orang orang yang akan tambahkan lagi kebahgiaan hidup dan sedia bahagia dah sekarang..jauhkan dari segala kejahatan dan keburukan..dan untuk kelukaan yang ika hadapi ika redha dan harap boleh buat ika makin kuat nak lalui hidup yang akan datang..perghh ucapan panjang macam menang award je kan..btw thnksss semua semua semua..love you all xoxo! -Happy Birthday to me-

Till then.Salam


"Heal the past, Life the present and Dream the future"- AA,2013

2 comments:

  1. happy birthday awak! semoga panjang umur & murah rezeki.. fiqa lg sebulan genap lah 22 hehe Insyaallah!

    ReplyDelete
  2. thnks fiqa =) ...lagi sebulan wahh xlama dah tu wish awai2..happy birthday to you..may Allah bless you =)

    ReplyDelete