Followers

Tuesday 16 July 2013

Cikgu Intern

Salam alaik..

Feuhh lama dah tak update blog.t
..teramat sibuk sibuk sibuk dgn hal dunia.btw sempat lg kan nak ucap happy fasting yang dah ke brapa? Ayokkk lupa..dkt nak raya bru bole igt kan..ohh sekarang aktiviti,semua berubah automatically..yess sebab sekarang dah kadi bdk intern.. tak jadi student dah yang selalu dengar lec potpet potpet dan ika tidoq..sekarang ika pula yang potpet potpet dan student tido..hewhew padan muka!

Oke atcheli hari ni dah hari 3 jadi bdk prctical..sangat susah rpanya jadi cikgu ni..susah macam mana? Susah nak bgtaw..kalau korang jadi cg bru fhm feel susah tu tapi ada jgk yang manisnya..ika diberi tgungjwb mngajar student sesi petang..form 1&2..kecik2 lgi tp haaa pandai ngorat ngorit hoyy..dasyiat kann...

And today first day nak masuk kelas sendiri..smlm pon ada masuk klas dah but just as a relief teacher..jadi sebab kelas lambat lg..4.30 ptg jd rph pon dah siap..bolehlah cg berblog..tkbah pulak bilik guru ni berwifi kan..hewhew..aha itew ngajar sejarah dan bahasa melayu..jadi plis student jgn tidoq2 jak ngajau satgi ni ha..

And lastly, it's seriously awesome bila jadi cikgu ni..byk yang best..student nya..cg nya..mostly cikgu smua ramah,ceria,and baik..student..errr paham2lah kan tiap sekolah =_='...so i gtg dah.nak ulangkji nak mengajaq jap lg..ok bye anak murid semua...Lupa pulak i'm officialy teacher at SMK BANDAR BARU SG BULOH..

Till then.salam

Wednesday 10 July 2013

Ahlan Wa'sahlan ya Ramadhan


Salam Alaik..



Happy fasting guys..so hari ni first Ramadhan dan semalam dah mula tarawih..sapa buat full? angkat tangan tinggi2? nahh it's ok 8 ke 20 ke..as long as korang pergi tarawih..bukan selalu kan..dalam bulan Ramadhan je..*dah sapa yang masak bubur ni, bau tiba2 lalu bawah lubang idong aku muehehehe... jadi kejap lagi mesti g bazar kan..kawal mata, kawal nafsu.. let's start diet ..hahaha..mohon maaf atas segala kesalahan..

Selamat Berpuasa! =)

Till then.Salam

Monday 8 July 2013

Miracle!

Salam Alaik..

selamat petang semua.. tadi ika tengah-tengah scroll FB tiba-tiba ternampak gambar gambar kawan-kawan fb yang ada post family diorang pergi umrah..then scroll lagi ternampak dekat page Puan Fellina, alah usahawan yang sekarang tengah naik dengan barang kosmetik dia..seriously i'm really adore him..angan-angan nak jugak berjaya macam dia..aminn..ok back to story, puan Fellina ni pon baru lepas balik umrah then dia ada cerita some miracle yang jadi masa dia buat umrah..then baru ika teringat yang ika pun pernah hadapi some miracle yang tak pernah terlintas boleh jadi kat kita kat sana..kuasa Allah subhanallah...jadi sekarang tengah free nak share lah some miracle yang jadi masa ika menunaikan umrah masa bulan Februari aritu.. dulu ada ja ika buat entry tentang ika pergi umrah tapi cuma sekali lalu ja dengan gambar-gambar tu..boleh baca kat entry ni..

Umrah 1
Umrah 2
Umrah 3
Umrah 4
Umrah 5

betul lah apa orang cakap kan kat tempat suci tu kalau pergi jangan mulut celupar, kena jaga perbuatan.. eh eh tapi bukan maksudnya ika kena miracle yang teruk teruk..semuanya yang baik baik ja ..alhamdulillah..cuma untuk yang korang korang yang mungkin bakal pergi sana nanti maybe boleh dijadikan iktibar ..tapi tak payah lah nak takut kalau da sampai masa atau nama korang dah diseru unbtuk pergi sana..Ika pun rasa bersyukur sangat sangat dapat sampai kat sana dalam usia yang muda ..walau pun hanya buat umrah tapi dah betul betul rasa sangatt bersyukur dan harap harap nak lagi pergi sana.. yelah tak dapat nafikan mula mula dapat tau akan pergi buat umrah ika ni takut, risau, gembira dalam masa yang sama..yelah kita tau kita banyak dosa semua then nak pergi tempat sana yang kita tak tau mungkin akan dapat balasan kan? Ika percaya kalau anak anak muda macam ika memang akan fikir macam tu..tapi sebenarnya tak pon..korang tak payah nak risau, takut semua..insyALLAH, Allah tahu niat kita dan mohon doa biar dipermudahkan je ..insyAllah akan dipermudahkan..so don't worry.. cuma sebelum nak pergi tu yelah kenalah bersihkan diri..aip aip bukannya bersih diri tu mandi..tapi buat solat taubat semua..
ok panjang pulak mukadimahnya..haa nak story what kind of miracle that happen to me when i was there..sekadar kongsi pengalaman..

1. Di kawal guard semasa solat di Raudhah

benda ni yang palingg ika ingat dan akan kekal ingat sampai bila-bila..Allah dah permudahkan ika masa nak ke Raudhah? okeh tau korang mesti tertanya tanya apa raudhah tu?tempat apa?ada apa? ok stop asking and i will explain.. Raudhah ni bermakna taman taman syurga..Raudhah ni ada kat madinah.. dekat masjid nabawi..oh ika flight dari Malaysia terus ke madinah dulu, jadi tak payahla pakai ihram dari Malaysia..ada sesetengah yang terus ke Mekah so kena pakai ihram dari KLIA lagi.. ok paham?so bila kat madinah memang perkara wajib akan ke masjid nabawi ni..sebabkan ika sampai madinah masa tu dah lewat dalam pukul 11 malam so penat semua kan tapi bila ondway nak ke hotel lalu kat masjid nabawi dan secara autonya segar mata dan sangat sangat nak sembahyang isyak kat sana.. serius sekelip mata hilang penat.. so hantar barang semua kat bilik, siap2 terus dgn satu family ke masjid nabawi..sembahyang isyak semua then umi cakap nak masuk raudhah..so ika ni memanglah terpinga-pinga tak tau kenapa nak masuk raudhah sangat..memang lah penah dengar tentang raudhah ..ok nampak sangat tak study habis buku umrah =_='..then umi tanya dekat guard dia cakap pintu raudhah untuk wanita dibuka lepas subuh tapi for guys sentiasa dibuka..ok jeles diorang boleh pergi bila bila masa saja n ika dpt tau abah and adik beradik lelaki ika yang lain balik lewat malam tu sebab p raudhah..sangat beruntung..tsk tsk..then kami yang wanita wanita ni balik bilik dan rehat..Esok tu awal pagi dah bangun semangat pergi masjid nak sembahyang subuh sambil baca Quran..yer kat sana tu jalah yang dibuat, baca Quran, solat.. selesai sembahyang ika dengar bising2 jugaklah kat depan pintu pintu yang menghubungkan kawasan solat wanita dengan kawasan solat lelaki (jalan ke raudhah).. and umi tarik ika dan adik cakap nak ke raudhah..raudhah ni tempat yang dekat dengan maqam Rasulullah SAW dan sahabat2nya..kawasan ni lah tempat mustajab nya untuk berdoa..dan kawasan ni atcheli kecik je..nak tau kawasan tu raudhah ia ditanda dengan karpet hijau..yang lain semua karpet merah yerr...nak masuk tempat tu sangat susah..yelah cuba bayangkan manusia dari seluruh dunia datang pelbagai saiz , semua macam kau nak masuk ke raudhah..tempat terhad jadi macam potensi nak dapat masuk tu tipis sangat..ika mulanya risau jugak dapat masuk ke x tapi nasib ada mutawir perempuan (macam pembantu pelancong)yang tolong guide ika dan orang orang Malaysia lain under travel agency yang sama untuk masuk ke raudhah..pintu raudhah tu akan tutup pukul 8.30am seingat ika, jadi mutawir tu cakap sebelum masuk sembahyang sujud syukur dulu dan ikut arahan dia n x ikut ahli kumpulan lain..oh ahli kumpulan lain tu maksudnya wanita dari negara lain (saiz yang besar berganda2 dari kita, kalau jalan memang takkan terpisah dari kumpulan dia biar kita ditolak) jadi dari cari pasal baik ikut ja mutawir tu..pesan mutawir biar jadi ahli kumpulan yang last masuk dari raudhah jadi myb boleh lama sikit..kalau masuk awal awal nanti cepat ja akan dihalau keluar dgn guard2 yang jaga raudhah tu tambah pula akan dihimpit, dilangkah, ditolak dgn wanita besar2 dari negara lain..jadi sementara tunggu tu baca Quran, banyak kan zikir dan mintak dipermudahkan untuk masuk ke raudhah..setelah berjam menunggu, tiba masa untuk kumpulan kami yang terakhir untuk masuk dan pintu raudhah ditutup sebab kebetulan hari tu jumaat dan kaum lelaki nak bersedia sembahyang jumaat..Bila dah dilepaskan masuk, kami terus berpecah, umi dan adik dah tak nampak,..semua diri masing masing ja..masa ika masuk still ada wanita negara lain yang kat situ jadi tempat sangat limited..guard situ sibuk menghalau untuk keluar..ika sembanhyang sunat hajat, doa doa and keep doa..ada jugak rasa orang melangkah kepala masa tengah sujud tapi tak kisah ika terus terus sujud and terpaksa doa time sujud sebab if bangun akan dihalau..then bangun, sambung sembahyang sunat, doa, bagi salam kat maqam nabi..the miracle happen bila masa tu ika perasan semua dah dihalau keluar, memang dah luas kawasan raudhah..umi and adik pon dah tak da kat situ..tinggal ika dan sorang makcik tu kat situ..sujud, doa tak henti..yang miraclenya walau ika dah doa dlm keadaan duduk..ada 4 orang guard wanita kat situ macam tak nampak ika ngn makcik tu..diorang guard dpn kami sampailah ika sendiri bangun nak keluar sendiri then guard tu cakap srh keluar sbb masa dah habis..i'm the last person left raudhah..subhanallah..ssh sbnrnya nak stay kat raudhah lama2 tapi ika dapat peluang tu..sempat sembahyang hajat sampai berbelas rakaat..sempat baca doa untuk kawan2 yang pesan..alhamdulillah syukur sangat2..agak lama sangat ika dapat dok kat rudhah and umi cakap tu peluang yang Allah bagi n permudahkan..adik ika pon balik tu menangis sebab dia tak berpeluang nak duduk lama kat raudhah sebab kena halau sedangkan baru masuk..and dia pon takut tgk guard tu yang berpakaian hitan, berniqab jadi dia pon keluar..dan alhamdulillah ika, umi dan adik diberi lagi peluang sekali lagi sebelum ke Mekah masuk raudhah kali kedua..kali ni adik dapat stay lama bersama ika sebab ika suruh dia sujud dan doa so guard tu xkan halau keluar and hormat ..and ika pon bersyukur sebab lepas je balik dari raudhah, perasan yang ika didatangi haidh tapi kurang2 ika diberi peluang untuk masuk raudhah sblm didtgi haidh. (sebab masuk raudhah kena ada wudu' utk solat/doa).. oh tak salahkan selit gambar sikit2..tak bestlah membaca je..ohh kat raudhah ni tak banyak sangat gambar sbb guard kat situ tak bg bergambar kalau dia nampak kena rampas =_='..so ni pon curi2..

ok ni pintu masuk yg terakhir sebelum ke Raudhah..sblm nak sampai sini byk pntu nak kena lalu

nampak?manusia ramai..ini baru 7%..berperatus2 lagi yg mnunggu tau



2. Peluang sementara melihat Kaabah

ok dalam hati korang mesti cakap alah dah pergi mekah mestilah berpeluang tgk kaabah..biasalah tu..well memanglah apa yg korang anggp tu..tapi ika ni nak tgk kaabah tu macam lambat dari orang lain..orang lain sampai je Mekah dah boleh pergi tgk kaabah..tapi ika lambat..lambat tau..sedih sob sob..yelah dtg jauh2 mestilah nak tgk kaabah kan..tapi korang tau perasaan bila korang kena tahan tahan bukan sbb tak larat nak jalan ke apa tpi sbb ikat ditakdirkan ddtgi haidh masa sampai pertama kali, hari first kat Mekah..sedih gila..orang lain sampai malam tu terus dapat buat umrah (tawaf, saie, bercukur) tapi ika just stay kat hotel and kena jaga tak boleh gugur rambut, tak boleh pakai wangian..mungkinlah dugaan atau dosa2 lampau kan mungkin..just sabar jelah..ika ni pulak bila tak boleh sembahyang tu cukup2 7 hari tak penah abis awal atau lambat jadi sangat lama nak tggu..tapi umi dgn abah suruh terus-terus doa biar dicepatkan habis haidh so boleh buat umrah..so malam tu mmg doa sangat2 yang hrp2 cptlah boleh sembahyang, nak sangat tgk kaabah, nak sangat selesaikan umrah tu supaya boleh buat umrah kdua pulak nanti..so, esok pagi tu, umi dan adik balik hotel and ika pon nak bersiap lah nak turun sarapan..dan perasan yang stop haidh..rasa syukurrr sangat2..serious macam nak menangis..then umi cakap nak buat umrah kena tgu 24jam dulu biar comform drh dah kering..jadi just mandi wajib dulu lah kan...zohor tu ikut umi ngn adik utk solat kat Kaabah..masuk je pintu utama ika tercari2 kaabah dan jalan ke arah kaabah..masa tu memang ramai orang tgh tawaf jadi tgk dari jauh..menitis air mata dpt tgk..perasaan tu tak tau nak cakap camna..macam syahdu sangat..akhirnya Allah bagi juga peluang bagi tengok kaabah dpn mata sendiri..dah setel sembahyang zohor, ika , umi and adik balik hotel untuk lunch..sampai je bilik hotel dan masa nak masuk asar tu prasan haidh dtg balik..sedih sangat masa tu tapi umi cakap tak pe mungkin Allah dengar pemintaan ika nak sangat tgk kaabah..walau sekejap..jadi ika still dalam pntang larang umrah sbb tak setel lagi buat umrah..then hari ke 5 , prasan haidh dah berhenti,..tggu sampai 24 jam mmg betul2 yakin yang dah dibolehkan sembahyang..syukurr sangat sebab kebiasaannya 7 hari..sesengguhnya Allah permudahkan segalanya jadi malam tu abah bawak ika buat tawaf walau kaki abah sebenarnya dah penat sbb ptg tu abah dah buat umrah yang kedua..tapi sebab ika first time buat umrah, abah yang bawak tawaf sebab nak jaga dari dilanggar dari kesesakan orang..lepas tu saie dan gunting rambut sikit bukti berjaya buat umrah..alhamdulillah ika berjaya buat umrah 2 kali banding dengan diorang yang 3 kali,..tapi tu pon dah cukup bersyukur sangat2 dapat selesaikan...dan ika juga berpeluang nak berdoa, sembahyang dekat belakang maqam nabi Ibrahim dan hijr Ismail berulang kali..

kawasan untuk bersaie


alhamdulillah dapat juga peluang nak solat di depan kaabah

3. Rezeki serta merta

yang ni paling ika teruja..kat Mekah memang tak dinafikan doa yang diminta sangat sangat mustajab..nak tau mustajab macam mana?contoh nya mestilah ika doakan untuk rezeki yang luas kan..dan nak tau memang sentiasa dibukakkan pintu rezeki tu..alhamdulillah..ada suatu hari tu, ika berjaya sembahyang depan kaabah, dan berjaya masuk Hijr Ismail..nak masuk Hijr Ismail susah sebab kawasan dia sangat kecil dan orang yang nak masuk ramai sebab doa mustajab kat situ..bawah pancur emas..jadi ikaselit selit berjaya masuk, solat, doa kat situ beberapa kali..dapat cium dinding kaabah yang wangi sangat2..tapi nak keluar dari kawasan tu rare la sikit kan..yela kena tolak dengan orang..if dah kat dlm nak keluar..haa nanti orang just tolak and korang rasa macam ombak and tiba2 korang dah sampai kat pintu keluar tu..haha..oke ika dah doa semua, salah satu doa dimurahkan rezeki di mana saja, sentiasa dibuka pintu rezeki, diberkati..then cari tempat nak baca Quran..baru je duduk and bukak al-Quran dan tiba-tiba ada bungkusan kurma cokelat macam jatuh atas Quran tgh ika baca..rupanya ada orang bagi..dahla masa tu seriously sangat lapar..then ada juga yang pasing pasing tupperware yang ada kurma..balik tu pulak abang ika belanja kebab kat tepi jalan yang super sedap dengan juice kat situ..alhamdulillah rezeki tu memang ada di mana2 ja..sampai lah sekarang...

pancur emas tempat mustajab nak berdoa


Hijr Ismail...ramai manusia yang menangis, berdoa, soalt sunat..



4. Petunjuk soal jodoh

ok last yang ika ingat miracle jadi kat ika..ok kali ni soal jodoh lah..terus teranglah masa sebelum ika flight ke Madinah dan Mekah ika tgh ada krisis dalam relationship ni tapi macam ada peluang nak teruskan lagi..kiranya masa tengah buat umrah relationship tu tengah tengah lah..so nak jadi cerita kat Madinah dan Makkah ni ika ambil gak peluang doa tentang jodoh ni disamping doa doa lain *umur da 20+ ni memang kena pk dah kan bluwerkk ... dari kat tempat mustajab kat Madinah dan Makkah sampailah ke jabal rahmah yang tempat dikatakan adam hawa tu..nekad panjat sampai puncak sebab nak doa..doa ika macam biasalah mestilah nak jodoh yg baik and bla bla bla kan...then mintak Allah beri petunjuk , kalau si dia tu jodoh ika dekatkan atau jauhkan kalau sebaliknya..auch macam derama pulakss...jadi ada satu malam ika tidur dalam bilik hotel and ada mimpi something yang berkaitan si dia...memang nampak muka someone (wajah perempuan yg ika sangat kenal) tu dtg kat ika dan cakap suruh ika tinggalkan dia sebab si dia milik that girl ..tapi biasalah bila dah bangun tidur anggap mimpi mainan tidur...then balik Malaysia ika still contct si dia lagi dan malam keesokkan kebetulan terjumpa dia dan masa tu memang terbukti segalanya yang dia memang buat something yang menjadi sebab ika patut make a move dari hubungan tu..Allah bagi petunjuk tak sampai seminggu ika sampai kat Malaysia..even sedih sangat tapi kena keep strong dan percaya janji Allah untuk bagi kebahagiaan kelak...

Jadi takat ni lah yang ika ingat tentang peristiwa-peristiwa yang bagi ika ajaib yang Allah bagi peluang untuk rasai semua ni...Alhamdulillah lepas 5bulan berlalu, sebahagian doa-doa yang diminta dimakbulkan...seriously rindu nak ke sana lagi..harap dapat pi sana lagi ..kalau boleh dapat buat Haji pulak..kalau tak dapat buat umrah pon dah sangat sangat bersyukur..kumpul duit dari sekarang nak pi sana lagi..ok just kongsikan pengalaman kat sana..Jom, kumpul duit pi sana lagi, sangat seronok, berharga dan takkan pernah lupa sampai bila bila betapa tenangnya duduk kat sana..

Till then. Salam

Sunday 7 July 2013

Pengajaran!

Salam Alaik



I'm just interested with this caption. Seriously. This caption are suitable for those guys outside that always play with a girl's heart. Yes, I know this thing happen usually because of their own reason such as had being cheated with their ex gf. But guys, you know that you're not entitled to release a revenge and anger to the other innocent women. Seriously, I do really hate a man do that to women. Ya, mungkin kamu lupa kamu punya ibu, saudara perempuan, makcik, dan juga bakal anak perempuan. Jadi, mungkin tidak terlintas di fikiran kamu mereka ini akan menerima kekecewaan seperti yang telah kamu lakukan terhadap perempuan2 yang telah kamu permainkan. So, please guys, keep respect girl's heart. Ini bukanlah bandingan, mahu pun gertakan.. tapi ini pengajaran

Tuesday 2 July 2013

reduce stress

Salam Alaik..

korang pernah rasa stress tak?tension?dengan masalah2 yang tak pernah nak selesai2..datang pulak lepas tu satu masalah belum pon sempat korang nak settle kan..haaa kenapa ni plak ika cakap pasal masalah semua..
ika ada masalah ker? tak dapat nak nafi la kan memamng tengah bermasalah tapi tak dela besar mana pon..well biasalah manusia tu memang tak lari dari ada masalah dan sebab masalah tu lah akan buat kita tension kan?

ika pon sejak balik bercuti ni memang adalah didatangi beberapa masalah yang kadang kadang rasa macam ishhh rimas dah dengan semua ni..yang masalah tu banyak libatkan tentang hati dan perasaan..tapi kan bagi ika kalau masalah yang melibatkan hati ni ikut juga jenis manusia ..ada yang tak pandai nak kawal maka jadilah kes macam bunuh diri tu tak pun cederakan diri sendiri..erghh seriously sangatlah bodoh dan crzy buat macam tu..nauzubillah.. nasib ika ni boleh dikatehorikan sebagai manusia yang boleh berfikir dan boleh kawal lagi time ada masalah..guys, kita still ada Allah rite jadi mengadulah pada yang sepatutnya dari kau mati sia sia masuk neraka tu..

masalah hati yang ika hadapi?ok bukan masalah macam korang fikir yang putus cinta tu cuma adalah sikit kan yang bermain dengan perasaan ni..well selagi remaja masalah ni lah yang selalu ada pon..itu tak pa lama lama mungkin akan hilang..kali ni just nak share cara ika bila tension/memberontak tak ketahuan/menangis macam anak hilang/tension/ nak angin je dengan semua orang..al kisah umi ika ni bukak taska..yelah dari baby sampailah ke umur 6 tahun/tadika..jadi senang je cara nak lepaskan segala tension ni selain pergi shopping *sekarang tengah kopak jadi tak bolehlah nak shopping muehehehe... jadi nak reduce stress pergilah hugss and kiss baby2 yang ada kat taska..

yes i'm the fanatic girl to baby..sangattt..well baby ni kan wangi bau dia sebab takda dosa apa lagi ; apa yg ika pernah baca lah kan..jadi i really like to hugs and kiss them..mybe naluri wanita kot kan memang cenggini haa..bukan tu ja even kalau nak lawat kawan kawan yang baru bersalin pon semangat je kalau nak cari barang baby nih sebab sangatlah comel..pastu mula lah berangan itu ini untuk my children nanti ..berangan tu memang takkan pernah lupus dalam setiap entry kan..bhahaha..




ok ni salah sorang baby yang ika geram rasa macam nak gomoi2 ja..putih, mata besar lagi..acctualy ni anak pada bekas cikgu KH ika masa seconndary school, ika selalu juga mengasuh dia *sila percaya aku pandai juga jaga baby hehehe...selalu mengasuh kat rumah je..so hari yang ika pergi gomol dia ni ika tengah stress gilee jadi terus hugs and kiss...yeahh rasa macam terlepas segala bebanan kat kepala ni..tengoklah bertapa lebarnya aku senyum tu kan..nak tunjuk how happy i am bila dengan all babies nih..


baby ni pula ika dulu mengasuh dia masa buat part time and terkejut bila ika datang balik dia dah boleh jalan walau mengengkang ngengkang bhahaha..macam teddy bear budak nih..surely menjadi mangsa gomolan ika juga..eh tapi memang ika pernah terbaca lah kan pakar cakap nak hugss baby ni boleh reduce stress..haa so tryla korang bila stress g cari baby2 jiran ke...anak2 buah ke kan p peluk..bhaha.. ika sebab tak de anak buah lagi thts why mencari anak orang kat taska...


ok baby ni sangat kelakar bila dia ingat i'm her mother..ikut kata pengasuh dia, selalunya if ada orang luar yang dia tak kenal even my umi sendiri yang datang mesti dia akan nangis dan lari masuk bilik sebab takut..but bila ika datang, dia memang nangis jugak tapi nangis sebab nak ika dokong dia and nak main dengan ika..sweet bukan?dahla hensem..so pengasuh kat situ semua pelik lah..ouch bangga sekejap baby nak kat ika -..-



jadi, ni pon cara kan nak reduce stress..seriously i'm soooooooo happy bila dah jumpa babies2 ni..and really miss them..jadi at least jiwa tenang lah sikit dari asyik memikir masalah je kan..so korang pon bolehlah try..just terbayang je macam manalah ada some women outside yang sanggup buang baby semua ni..diorang comel kot..sampai membunuh semua..at least kalau taknak just bring them kat pusat kebajikan..really cruel..
just sharing!


Till then. Salam


" Stay strong beautiful, because things will get better"

4 hour just for a header!

Salam Alaik..

hai semua, entry keseterusnya..tiada yang penting pon..saja rasa nak menaip,
oh kalau perasan ika baru je tukar header blog baru..
tak cantik?ye ika akui tapi tak kisah pon sebab usaha sendiri buat dan rasa bangga dengan hasil..
agak lama jugak nak buat header ni..biasalah orang zero bab photoshop segala benda ni..
tengok tutorial orang lain untuk buat header..so, as long as i tried ..
ohh ini asalnya nak buat header transparent, tapi entah jadi lain pulak..
untuk blogger2 baru nak belajar buat header, bolehlah tengok kat tutorial yang dah dibuat LYSSA ni..
guna photoshop..tak reti?jangan risau step by step you will get it..it's all about LEARN!

tak terkira dah kali berapa ika buat header ni..dari zaman header yang agak keanak2 kan sampailah sekarang yang masih berkanak2 lagi muehehehe...
ni first ika memang ikut tutorial lyssa tu, tapi step lepas tu ika edit guna photoscape pulak..
ok bagi insan yang buang masa tak tahu nak buat apa sebab cuti sekarang ni boleh lah try satu persatu function2 yang boleh diguna dalam photoscape untuk edit bagi nampak lagi meriah..


makna disebalik header..nothing special..cuma nak jelaskan yang ika ni nak jadikan blog ni sebagai tempat describe gambar, cerita sedikit tentang kehidupan yang dilalui dan juga beberapa pengakuan yang mungkin melibatkan hati opsss..dan terdatanglah idea untuk kata2 khas untuk menggambarkan my blog
PICTURE | LIFE | CONFESSION.. CAMERA tu describe yang ika ni sememangnya suka amat bergambar dan ada cerita disebalik gambar and i wish nak dslr suatu hari nanti,...eh bakal suami pon kalau nak bagi hadiah hantaran tak kisah *lempang diri sendiri berangan jee..BUKU sebagai tanda diari / confession tapi ni diari elektronik sangattt...sebab kalau diari buku asyik hilang jeee then lastly simbol LOVE yang describe kisah hati dan masalah hati serba sikit...well that it!

for those a new blogger, nak buat header baru bolehlah tengok2 tutorial senior2 blogger yang da lama terjun dalam bidang ni ..ia sangatlah membantu bagi cantik lagi blog titeww..eww..ni hasil yang berjaya dibuat setelah 4jam buat..rare bukan?biasalah orang sejarah kalau main photo edit ni connect slow sikit..bhaahahha... biar orang pandang buruk janji kita sendiri da try usaha untuk buat..ilmu itu kita yang dapat bukan orang yang mengkritik tu..



Till then.Salam

Monday 1 July 2013

Diam

Bisu itu diam.
Atau pendam.
Jika itu yang mampu.
diri ini ku kuatkan.
tabah.
kala bising lalu tiada lagi kata-kata.
tak mungkin waktu berulang.
simpan semua.
kelak jadi wacana.
jadi kenangan.
dia datang tanpa petanda.
memberi rasa rindu lalu pergi.
pergi bukan salahnya, perginya untuk tidak mahu menyakiti.
ya, aku paham.
aku yang mulakan tapak untuk menjauh.aku terpaksa.
semua agar kau mudah.
sungguh aku seksa,
tatkala hati ini meronta-ronta.
biar diam sahaja.
tatkala semua detik datang meminta.
waktu itu, kala itu, saat itu, ketika itu,
benar aku rindu.
tatkala semua suara seakan memanggil.
menunggu setiap saat diulang.
aku masih sayang.
tetapi diam. aku tetap diam.

#bukangadiskau


JULY!

Salam Alaik..


nothing much wanna say in this entry.. just wanna said WELCOME JULY... bulan yang akan membawa banyak perubahan pada ika.. juga bulan yang membawa kerahmatan kepada umat Islam..bulan julai akan mengubah dari status sebagai pelajar kepada seorang guru.. walau bukanlah guru tetap namun hanya sebagai guru praktikal, ika akan cuba jadi seorang guru yang mampu diingati dan dikenang pelajar2nya.. bulan ini juga jatuhnya bulan RAMADHAN.. bulan yang paling mulia antara semua bulan.. harap terus diberi ketabahan, kesabaran dan kebahagiaan dalam hidup.. ouch baju raya tak tempah lagi habislah muehahaha..

oh JUN, kamu tak sesekali akan dilupakan.. walau sebenarnya i'm through the hard time in your month but i'm glad, God still give me breathing to keep strong faced it..tak apa seperti biasa ujian itu diberi hanyalah untuk menguatkan diri sendiri dan kerana disayangiNya..harap dapat berjumpa lagi tahun hadapan. insyALLAH...goodbye JUN, i will keep all the memories i've through with me ..u make me strong again!



Till then.Salam