Followers

Tuesday 30 April 2013

Cinta | Setia 2#

Coretan cinta | setia 1#

Sejak dari peristiwa itu, hubungan yang dijangka si Gadis akan membawa kebahagiaan mulai goyah..
si Jejaka hanya mendiamkan diri tanpa berita, si Gadis pula hanya kekal dengan hidupnya yang biasa-biasa dan tidak mahu hati endah walau hatinya penuh dengan kedukaan. Seringkali si Gadis cuba untuk melupakan si Jejaka namun sukar. Si Jejaka yang hadir dalam hidupnya, bersamanya sehingga 3 tahun manakan mungkin senang baginya untuk melupakan. Namun, si Gadis akur mungkin dia tidak sempurna lagi untuk si Jejaka. Mengingati semula pertemuan mereka, si Gadis hanya mampu membisu dan menangis. Dia sangat merindui si Jejaka..benar si Jejaka orang pertama yang berjaya mencuri hatinya setelah 18 tahun dia hidup di atas bumi ini. Ditemukan di dalam sekolah yang sama dan kelas yang sama telah menjadikan mereka sepasang kekasih. Si Gadis mengingati sikapnya yang nakal sering mentertawakan serta 'membuli' si Jejaka telah menjadikan hubungan mereka rapat. Sehingga suatu saat si Jejaka menggunakan keberaniannya untuk menawan dan mencari si Gadis untuk memberikan cintanya. Si Gadis yang mulai tertawan dengan si Jejaka menerima dia atas nama cinta yang diberikan.

Perawalan dalam menjalani hidup atas cinta diberikan telah menjadikan si Gadis lebih ceria dan gembira berbanding dahulu. Manusia mana yang tidak gembira jika hidup sering ditemani oleh manusia penyanyang, manusia yang menjaga sepanjang masa. Benar dugaan itu ada, namun bagi si Gadis hanya dugaan biasa-biasa yang hanya ingin menguji hati masing-masing. Si Gadis lebih gembira bersama si Jejaka tanpa melihat dugaan sebagai penghalang. Sebagai tanda penghargaan atas cinta yang diberikan kepada si Gadis untuk merasainya, si Gadis berjanji untuk setia kepada si Jejaka sebagai pulangannya. Pada tempoh itu, kebahagiaan, kegembiraan dan keindahan menyulam hati si Gadis dalam perjalanan yang dilaluinya bersama si Jejaka.


Malangnya si Gadis tidak menyangka manusia yang memberinya cinta turut memberinya luka. Hanya yang tinggal pada si Gadis hanya air mata yang menemani tidurnya, Benar si Gadis bingung di mana lagi cacat celanya sehingga si Jejaka memilih gadis lain sebagai peggantinya. Si Gadis menyedari perubahan si Jejaka setelah mereka sama-sama memasuki pengajian tinggi dengan kelulusan masing-masing tetapi si Gadis cuma menganggap itu hanya mainan perasaannya dan terus memberikan kepercayaan dan kesetiaan kepada si Jejaka. Kerana rasa cinta, si Gadis sering mengorbankan hatinya demi menjaga hati si Jejaka. Segala permintaan si Jejaka dia akur tanpa menyangkal segalanya demi menjaga hati si Jejaka.

Tapi, getah yang ditarik pasti juga akan kembali,
Begitu juga dengan hati manusia yang meninggalkannya
setelah beberapa lama, entah kenapa si Jejaka kembali..


"kita perbaiki semula hubungan kita? maafkan saya boleh?"

"Tetapi awak dah pilih orang lain berbanding saya"

"Saya dah buat kesilapan,  saya merindui awak"

"Saya tidak boleh beri keputusan sekarang sebab hati saya sangat terluka"

"saya berjanji tidak akan lukakan hati awak lagi, saya janji, hidup bersama saya semula"

Si Jejaka berjanji lagi. Berjanji tidak akan memberi kelukaan kepada si Gadis. Si Gadis enggan lagi pertaruhkan jiwanya, enggan lagi menanggung kesakitan yang diberikan manusia yang berjanji padanya. Banyak persoalan dalam dirinya yang membuatkan si Gadis sukar menerima si Jejaka itu semula.
Adakah dengan memberi setianya semula, dia akan menempah derita?
lalu si Gadis hanya membiarkan sahaja si Jejaka tanpa jawapan. Gadis diam tanpa bicara dan entah mengapa mereka boleh kembali bersama. Kemungkinan si Jejaka bijak melayan dia dengan baik dan menunjukkan kesungguhan untuk memiliki semula hati si Gadis, si Gadis pula hanya memikirkan untuk mempertahankan hubungan dan kerana sayang dia terima lagi si Jejaka. Andaian Gadis, si Jejaka kemungkinan akan belajar dari kesilapan dilakukan. Jadi, mereka bahagia dalam menyulam rasa bahagia dan cinta masing-masing.

Beberapa bulan berlalu, mereka masih menyulam rasa bahagia bersama, Gadis percaya bahawa si Jejaka benar-benar belajar dari silapnya. Mereka masih berhubungan tanpa ada selisih faham. Tiada istilah marah, tiada istilah menyampah-segalanya dipendamkan menjadi pengajaran dalam hidup lampau mereka. Adakalanya Gadis curiga, bimbang si Jejaka akan mengulangi perbuatan yang sama namun dikikis perasaan curiga, bimbang jika berlebihan akan mengundang celaka dan kebahagiaan akan bertukar menjadi derita. Bagi si Gadis cukuplah sekadar dia merasainya dahulu. Suatu hari, si Jejaka hilang lagi. Kemunculan si Jejaka hanya waktu yang tertentu sahaja-alasanya sibuk dengan kerja yang semakin menggila. Si Gadis yang hanya mendengar kata hanya akur dan belajar memahami. Adakala si gadis mula risau, susah hati, adakah perkara yang ditakuti akan muncul kembali? Namun, disedapkan hati dengan mengingati si Jejaka sibuk dengan kerjanya.

Jejaka datang.Jejaka pergi. Sudah kembali kepada peragai lamakah dia? Namun, gadis tetap memberi tumpuan pada hidup peribadinya, membahagikan masa pada pelajarannya. Di dalam kuliahnya, si Gadis tetap lincah dan senyuman berseri. Tidak akan sekali dia mempamerkan masalah yang dihadapi pada manusia di sisi. Si gadis hanya akan menangisi pada malam hari tika tiada manusia yang dapat melihat tangisannya itu. Sedang gadis menangisi, dia menerima satu pesanan ringkas dari si Jejaka.

"Saya harap kita boleh  berjauhan buat sementara waktu, tidak perlu lagi panggilan manja."

"Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Saya ingin berubah, berubah menjadi lebih baik..untuk diri saya dan awak"

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan"

"Awak cuma tunggu saya, dan kita beri ruang perbaiki diri masing-masing"

"Saya tidak boleh menghubungi awak?"

"Boleh, tetapi bila perlu dan saya tidak akan membalasnya. Saya harap awak memahami"

air mata si Gadis menitis lagi. Kali ini kian deras. Benar, si Gadis bangga si Jejaka ingin berubah untuk kebaikan bersama. Namun, secara tiba-tiba dia ditinggalkan lagi. Si gadis tidak memahami corak permainan si Jejaka, namun dia terpaksa akur untuk mengikut sahaja permainan itu untuk bersama-sama berjaya bersama si Jejaka yang dicintainya. Sekali lagi, si Gadis menjadi manusia yang mendengar kata dalam hubungan dan belajar memahami hati si Jejaka.

Si Gadis menunggu kalau si Jejaka bakal kembali,
Dia hanya mahu jawapan tentang soal hati,
si Jejaka diam menyepi, meninggalkan hati si Gadis yang tidak tahu sama ada masih dalam hubungan itu lagi atau sebaliknya,
Bukan penting untuk cinta kembali bertaut,
Tapi, kenapa dia ditinggalkan sepi, 
Janji dibuat hanya untuk dimungkiri,
untuk kali kedua dia disakiti lagi.

Hati si Gadis disakiti lagi, namun dia terus kuat untuk tersenyum dengan manusia di sisi,
bimbang manusia di sisi akan menganggapnya lemah kerana cinta, dia terus bangun kuat dan meneruskan hidupnya tanpa si Jejaka di sisi,
persoalan di benak si Gadis hanyalah barangkali si Jejaka lupa hukum Tuhan,
Dia ada kakak perempuan-ibu-makcik-kawan-anak saudara perempuan dan mungkin juga bakal isteri,
Dia tidak akan dapat lari.

Setelah hubungan yang kian sepi, hikmah dan rezeki datang menjengah si Gadis,
si Gadis diberikan nikmat untuk melepaskan kesedihannya di sisi Penciptanya dengan lebih dekat.
Si Gadis mendapat rezeki awal untuk meluahkan kesedihannya, meninggalkan deritanya dan menguatkan dirinya di satu-satunya tempat yang memberi ketenangan kepadanya,- Mekah dan Madinah.


"Tuhan tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu.. and there's a reason we've been choosen to get this challenges" - AA, Mei 2013 

Cinta | Setia 1#

Salam.cinta.sayang.rindu.

malam cuti begini, berlayankan lagu yang diputarkan DJLin untuk segmen suriacinta..melihatkan barang-barang yang dapat dimiliki oleh insan masa lalu buat hati cik ika nak menulis tentang hati pula...setelah sederetan entry blog hanya mengisahkan soal diri yang sentiasa bergembira berjalan kesana ke mari namun kali ini hendak juga meluahkan sebuah kisah seorang gadis yang penuh dugaan dalam memiliki rasa cinta..

Hidup si gadis ini penuh dengan gelak tawa, senyuman yang menjadi penghias wajah di samping hidup dalam keadaan insan sekeliling yang penuh dengan kasih sayang..sehinggalah disebabkan satu insan yang hadir dalam hidupnya merubah segalanya..Kadangkala si gadis ini juga tidak mengerti mengapakah dia dikhianati oleh insan yang pernah hadir dalam hidupnya atas nama cinta. Tidak banyak yang diperlukan gadis ini atas kehadiran si jejaka ini, yang diperlukan adalah cinta yang baik-baik sahaja..si gadis juga cuba untuk belajar erti setia dan belajar menyintai semula kepada si jejaka yang hadir dalam hidupnya. Namun, seperti kisah percintaan yang menemui kegagalan, si gadis juga telah menjadi salah seorang dari pengalaman itu.. tidak akan mengkhianati, menyintai sepenuh hati dan setia pada si gadis seorang - janji yang telah diakui oleh si jejaka itu sendiri dalam menawan hati si gadis..Namun, silap gadis itu yang terlalu mempercayai janji si jejaka yang akhirnya menyanyangi dia lalu mengkhianati dan meninggalkan si gadis tanpa dia mengetahui di mana silapnya si gadis dalam memberi sayangnya kepada si jejaka. Kali pertama mengalami kesakitan itu, si gadis menyimpulkan mungkin dia seorang yang tidak cukup bergaya. Namun syukurlah si gadis diberi kurniaan akal yang baik untuk menggunakan teknologi maklumat untuk memperbaiki penampilan agar lebih menarik di mata si jejaka. Malah, si gadis juga menyimpulkan kemungkinan si jejaka menganggap si gadis seorang perempuan yang nakal disebabkan pemakaian dan pergaulan yang bebas. Namun, si gadis mengakui kehadiran si jejaka telah memberi si gadis perubahan untuk lebih berpakaian sopan dan pergaulan yang lebih berhati-hati. Namun, si gadis masih tidak mengerti sebab dia ditinggalkan si jejaka sedangkan hati si jejaka telah dipenuhi.

Dengan si jejaka, si gadis tidak mengetahui kenapa masih lagi bertahan setelah berulang kali dikhianati. Dikhianati, dipermainkan, ditipu namun masih lagi mampu sabar dan menelan derita. Malah menganggap ini sebagai cabaran untuk mendapatkan cinta dari si jejaka. ahh mungkin itu silap si gadis, menyanyangi si jejaka sepenuh hati sehingga sanggup meyeksakan hati sendiri demi mempertahankan cinta yang diperolehi.
Dilihat bandingan dirinya dengan gadis-gadis lain yang digantikan si jejaka bagi dirinya, kebanyakan dia menang berbanding gadis-gadis itu. Namun mengapa gadis-gadis lain itu menjadi pilihan si jejaka. Sedangkan si gadis tidak pernah meminta barangan mahal sebagai syarat untuk keluar bersama, jika si gadis ingin barangan dia akan mengumpul duit sendiri dengan bekerja tanpa meminta wang dari si jejaka. Si jejaka ingin gadis yang lebih menjaga auratnya dari pandangan lelaki lain tetapi kenapa gadis yang sebaliknya dijadikan pengganti bagi dirinya?Malah si gadis tidak pernah memaksa si jejaka keluar bersama di tempat-tempat mahal, makanan mewah-mewah..cukup sekadar warung tepi jalan biasa atau hanya meminum air kosong di tepi jalan asalkan setia disamping si jejaka ..Si gadis terpikir-adakah disebabkan dia terlalu berdikari?Entah gadis sudah mahu berhenti dari terus menyintai.

"Hubungan kita perlu diberi ruang"

"Tapi kenapa?"

"Ini adalah untuk kebaikan bersama"

"Apa kebaikan yang kita dapat dari buat semua ini"

"Perlu ka kita saling berhubung, berbual, bermesej dan berjumpa?"

"Kenapa tidak?Jarak kita jauh, cara ini yang akan merapatkan kita"

"Tapi saya rasa awak perlu bagi saya ruang dan masa?"

"Tapi selama ini hanya sehari sekali awak mesej saya, bukan 24 jam seperti awal dahulu."

"betul, tapi bagi saya ruang untuk semua ini"

"Tapi sampai bila ?"

"Nanti jika perlu saya akan hubungi awak"

"Jadi, saya tidak boleh hubungi awak?"

"Boleh"

"Tapi aawak takkan balas bukan?"

"Begitulah"

"Tapi kalau awak cari saya?perlukah saya balas?"

"Pernah awak tak balas bila saya mencari awak?"

"Tak pernah"

"Jadi, teruskan apa yang awak buat"

"Baiklah, saya buat hanya untuk kebaikan awak"


Si gadis hanya megiakan permintaan yang dipinta oleh si jejaka. Seperti kebiasaan, si gadis menjadi manusia yang hanya mendengar kata dalam hubungan. Bukan kerana tidak memikirkan hatinya, si gadis menuruti hanya disebabkan ingin mempertahankan hubungannya dengan si jejaka yang menjadi kesayangan dalam hidupnya. Si gadis juga berfikir, ada benar juga dirinya perlu memberikan ruang kepada si jejaka untuk menyendiri dan tidak perlu sentiasa berhubungan biar berputik rasa rindu. Si gadis tetap juga dengan aktiviti biasanya menghantar pesanan ringkas kepada si jejaka.. ucapan selamat pagi, jaga diri, dan selamat malam tanpa mengharapkan si jejaka akan balas.

Sehingga beberapa minggu si jejaka muncul semula, si gadis tidak mengungkit kisah lama dan hanya meneruskan perhubungan seperti biasa. Hati si gadis berbunga-bunga sekembalinya si jejaka terhadapnya.
Sehinggakan suatu masa si jejaka mengeluh kehilangan kata laluan bagi diari kesayangannya - facebook..si jejaka dengan putus asa ingin menmbuka akaun yang baru. Si gadis yang mempunyai kemahiran dalam teknologi terdetik hati untuk mencari semula kata laluan si jejaka. Berbunga hati si gadis kerana berjaya mendapatkan kata laluan si jejaka, ingin diberitahu kepada si jejaka, namun terdetik hatinya untuk membuka peti inbox si jejaka.Bukan disebabkan tidak amanah kepada si jejaka namun, adakalanya ingin juga hati kecil si gadis mengetahui aktiviti si jejaka yang kebiasaan tidak akan menegur si gadis sekiranya online. Lemah lutut si gadis tatkala membuka peti masuk akaun si jejaka.Panggilan manja yang sering digunakan si jejaka untuk si gadis telah digunakan dengan salah seorang gadis di dalam peti masuk itu. Air mata si gadis mengalir laju lantas menghantar pesanan ringkas kepada si jejaka.

"Siapa si gadis yang mendapat panggilan sama seperti saya?"

"Itu rakan saya"

"Rakan dengan panggilan manja begitu. Mesej itu dalam tempoh ruang antara kita yang saling tidak berhubungan dahulu kan?"

"Ya."

"Mengapa awak melakukan ini terhadap saya?"

"Saya bosan dengan awak, jadi saya mencari sesorang yang boleh menghilangkan bosan saya, dia lebih mengambil berat tentang saya"

"Tapi, saya jaga awak setiap hari, saya mendengar setiap masalah awak dan setia menunggu awak walau awak tak balas."

"Itu tidak memadai"

"Jadi awak memilih saya atau dia? Bukankah dahulu saya sudah katakan jika awak hendak gadis lain lepaskan saya dan tidak perlu menipu saya begini"

"Saya sayangkan awak dan juga dia"

Gadis jatuh duduk tanpa bicara,
Dia mendengar kata, dia akur untuk melakukan pinta si jejaka demi menjaga hati si jejaka, 
Tapi mengapa ini balasan yang diberikan,
Hanya air mata peneman si gadis saat itu, bukan kata-kata si jejaka sokongan dari si jejaka yang berjanji akan diberikan tatkala air matanya mengalir,
Namun, si jejaka itu yang telah menjatuhkan air matanya.
Pada malam itu, si gadis hanya tidur bersama air mata bersama khayalan yang telah berderai bagai kaca.



The most hurt feeling is when someone that promise to you will never ever betray you is the ones and the first person doing that to you-AA, Mei 2013

Sunday 28 April 2013

Taman Negara Pahang osem?

Salam.sayang,rindu.cinta.

salam tgh malam smua..wahh hari ni tak jenguk langsung blog..sekarang baru sempat nak jenguk..
hari ni kan ahad..weekend..tak der assgmnt dah..jadi lepak kat bilik..layan movie..
hari ni saja dah dalam 5 movie ika layan..dari bangun tido sampai sekarang ni ha..eh eh tapi brenti jgklah mandi, solat, makan...
agak2 kalau laptop kesayangan ni boleh cakap dah abis sumpah seranah dah sebab tak reti2 nak tutup..
yelah nak hiburkan hati sendiri layan jelah movie yang belum tgk2 lagi tu...sementara tak da benda nak buat...tak de benda nak war?erkkkk? heehe atcheli ada ja tp well malas dah kuasai dulu jadi ikut jelah kemalasan tu kan..

*****************

oh ya sudah la tu mukadimah...sekarang nak tulis apa yg patut ditulis..
sebenarnya nak tido dah tadi tapi ada lagi satu story yang ika tak tulis lagi dalam ni..
travel jugak.. teheeeee

erm baru perasan lepas balik dari umrah ika ni asyik berjalan je..yupss hampir tiap minggu mesti ada je programnya..
sebenarnya travel kali ni dgn niat nak kumpul sijil dan mycat..
ohoii semester 6 baru nak aktif kan..tapi bak kata cik sahabat belum terlambat lagi..
al kisah nya cik sahabat felex ni lah yg bagi cadangan utk join program under UKLK (unit kediaman luar kampus a.k.a geng2 yang tinggal kat rumah sewa)...
first dia cakap ni jenis aktiviti lasak..erghh ika memang tak berapa minat nak join program lasak..kalau program bershopping nak lah..erkkk
then diaorang pujuk punya pujuk, yelah cik felexia dan nadia...lastly ika pon join memandangkan weekend tu tak ada apa2 rancangan.. nak tau kami pergi mana?

TAMAN NEGARA PAHANG


err ika pegi masuk hutan..bukan takat korang tak caya..tepon umi ika pon tekejut yang ika nak join program ni...T_T
kami stay sana untuk 3hari 2 malam..pergi naik bas upsi.. 2 biji bas..ok dah nama pun taman negara, jadi kalau korang nak pergi bawa alatan yg nak masuk hutan ( kasut sport, torchlight, sluar track) jgn pulak pergi bawak heel,bagasi bagai..bukan nak ke hotel ok..ok ini bukan gambar beg utk seorang tp 3 orang oke.. 



perjalanan dari tanjung malim ke pahang ambil masa dalam 3jam lah..exit kat tol Termeloh..dan terus masuk ke dalam..jalan nak p sana..uhhh bagi yg mudah mabuk jalan pusing2 tu bawaklah asam banyak2..muehehehe
ika naik bas lagi lah kan..nak termuntah rasa...


dlm peta ni mmglah dia tunjuk jalan straight padahal errrr jalan macam ulaq...so get ready lah kan..
then dalam petang pukul 4 kot kalau tak silap..rombongan cik kiah pon sampailah..ohh yaa dalam rombongn kali ni tak bdk perempuan tak ramai bdk sejarah..means yg satu kos dgn ika..dalam 4 org je tmasuk ika..but budak laki ramailah..nasib yg pergi geng2 boys yang ika ngn kawan2 agak rapat so tak delah macam muka tak baper nak kenal ngn orang kan...biasalah tak pernah2 aktif..cmnilah jadinya..

so utk kat sana kami diberikan bilik..fuehhh nasib tak tidur dalam khemah..bkn aper agak renyah jgklah kalau kna tdo khemah kan...
aha bilik yg dsediakan tu ala ala rumah p.ramlee dalam bujang lapok tu..jenis panjang..then bilik bilik..1 bilik 4person..nice..selesa jgk..katil double decker..sbb ika ngn kawan yg rapat 3 orang je..maka kami masuk satu bilik just 3 orang..ok nampak berpuak2 disitu..tapi yelah mana ada orang lain yg sanggup nak berpisah ngn geng dia kan untuk tinggal dgn kami..muka2 baru yg tak kenal...btw 3 orang pon best sebab tak payah nak kekok apa2 kan




sampai2 tu mandi..kemas barang apa yg patot, makan, then malam tu baru mula aktiviti..
utk aktiviti malam tu just tayangan video ttg taman negara...ohhh time tu ada byk lagi kumpulan dari tempat lain dtg..so agak ramai lah jugak...lps habis tayangan tu ada buat NIGHT SAFARI...aktiviti ini masuk trek utk tgk tumbuh-tumbuhan yg leh ditgk waktu malam..ohh jangan risau trek dia dah canggih...bukan jalan tanah tapi dah buat macam jambatan kayu..so senang lah perjalanan tu.,.


tak banyuak bnda leh tgkap sbb almaklum lah malam kan gelap..tak nampak..tmbah utk org yang tak berapa minat alam semulajadi ni kan..kira menguap jelah masuk hutan cuma kadang2 lah muka teruja sebab tgk bnda2 yang tak pernah tgk..poor me..tsk tsk... yeayy gambar reramai tu just sikit je..yg lain ada je tapi pergi tandas dan ambil nyawa before masuk hutan..yeayyhh spot me...hehehe
ok masa night safari tu macm2 jenis tumbuhan dan binatang ika tgk..yg pelik2 oke..then jalan punya jalan sampai lah tjumpa jalan keluar..dalam pikiran ni asyik fikir katil je..
aha lupa pulak..utk ke hutan tu kami kena naik bot panjang utk seberang sungai...kat seberang tu lah ada chalet..so kalau korang nak dtg bulan madu ke, bercuti so bolehlah check in chalet tu..muehehe...
then utk malam tu lepas supper..relax2 feeling2 tgk bintang jap then masuk tidur...

**************************

utk hari yg kedua ni adalah aktiviti yg mncabar..seriously kami tak diimformkan pon ada hiking ..yg tau just macam jungle tracking camtu..ohmaii tak suka hiking2 ni sebenarnya tapi kena lah pergi jugak kan..so awal pg tu da sarapan semua..siap cun2 pakai kasut sport baru ( ok tak de kasut sport sebab tak aktif so beli baru) mula lah aktviti..utk aktviti hari kedua hiking dan jungle tracking..peuhhh dgr pon macam semput kan..
so tgk jelah gambar2 yang menunjukkan letihnya muka berhiking..yelah orang tak penah bersport hah sekali kena camni mau tak semput..padan muka utk diri sendiri...


ok muka ni korang tgk sangat ceria kan..ye lah muka sebelum pergi..setitik peluh tak keluar lagi..then warming up bagai semua..ohh kami tracking by kumpulan..jadi utk kumpulan ika ofcos geng budah sejarah..tak mau berpecah langsung..first kitaorg hiking ke bukit teresek..tak ingat bapa km..tapi erghhh mengeletar lutut2 sebab tracking dia anak tangga..rasa macam nak lembik lutut semua ada tau...nasib lah ada jgk yg bagi coklat lah, bagi itu ini sbb nak bg kuat stamina mendaki..thnks mr.hariz..dia dah buat beg dia macam food store..byk gile makanan..utk tiap kumpulan dia akan bg seorang abang pengiring lah utk bawak kami semua dan tunjuk jenis2 flora fauna kat dalam hutan tu..


haa sekarang dah nampak dah sikit2 muka penat tu mcm mana..dah teroka hutan tu..adalah nampak juga pokok yg warna biru, pokok herba, tongkat ali, pokok ubat org bersalin macm2 lah..lepas naik bukit teresek tu..turun pulak untuk naik canopy walk..tau tak mende tu? ala titi hayun/ gantung...erghhh lagi satu benda mencabar..dahla tinggi..muka masing2 da pucat..sebab gayat...tapi tu memang pengalaman terbaiklah..
bila naik canopy tu mmg tak pandang bawah dah yg ada kat mulut cuma mengucap banyak2..gila takot...




muka tahan takot..dan last sekali sampai juga kat jalan last dia...punya panjang seyhh...
ok mungkin dapat atasi kegayatan tu sebab yg ada kat bwh tu pokok2 dan bukan sungai..muehehe..so tak la nak nmpk sangat kan...
keluar je dari hutan tu ,.. balik bilik , makan , solat, mandi..rehat utk beberapa jam..
sebab petang tu ada aktiviti lagi..utk aktiviti petang tu mmg super duper seronok sebabnya main ayaq sungai..sayangnya tak ada gambar yg dapat dishow sebab hp semua kena masuk dalam plastik sebab takot kena air..
nak jadi kisah petang time kitaorg masing2 dah ready naik boat dgn life jacket semua..ujan turun.ikutkan apa yg dicakap kitaorg akan dibawa melawat ke rumah orang asli jadi bajet pergi sana dalam keadaan kering lah..rupanya sebelum boat jalan lagi kitaorg dah disimbah ayaq sungai..lencun jangan cakaplah..
tmbah lencun lagi bila boat dah mula berjalan...yg tau hanya redha jelah..air tempias masuk dalam boat, yelah arus sungai deras..hujan lagi, dan bila boat dr kumpulan lain potong boat kitaorg masing2 main lawan simbah ayaq..dan at last kami sampai ke rumah org asli..


ok masa first time jejak kaki sini memang lah tak terkejut mana sebab biasalah kat baling, tempat ika pon ada orang asli...tapi sini unik..pengiring kitaorg ada explain serba sikit ttg orang asli sini..diorang orang asli negritu tap adala juga da maju sikit2...dan satu info yang ika baru tau , wanita org asli yg nak kawen kena ada ciri2 dia..salah satunya kena pandai buat rumah dan lelaki kena pandai memburu.. giler??kalau ika memang tak dapatlah nak kawen..yelah tak pandai buat rumah tsk tsk...
kat sini juga ada diajar cara nak menyumpit..dan aktiviti last sekali mestilah mandi sungai bersama life jacket..sbb arus kuat sangat..jadi bila dah pakai life jacket bolehlah nak belagak konon pandai berenang kan muehehehe

utk aktviti malam just aktviti yang happening je..ada buat BBQ then karaoke...
pastu balik bilik kuak lentanglah penat...

*************

last day! after breakfast rupanya ada lagi aktiviti...bersenamrobik dan juga aktviti  explorance...
utk aktiviti explorace mmg happening jugak even peluh peluh semua...and guess what..kumpulan kami dapat no 1..ahaaa *idung kembang sikit...

jom layan gambar...




lps bahagi smua hamper2 tu..then kemas2 barang get ready back to Tanjung Malim..
even ika tak suka aktviti lasak tapi bila p tmpat ni full of memory..rasa macam nak p lagi,,tapi nak naek boat dan main ayaq tu..erghh best2..so korang trylah pegi ni or kalau berpeluang pergi just go..best tau kadang2 travel masuk hutan nih...
ok yang tu jer rasa takat ni...
ada hutan mana lagi korang penah pergi...sambil pergi sambil merelease tension kan..yg pnting taman negara pahang sangat osemm

till then . salam


'Travel is about the gorgeous feeling of teetering in the unknown and it will make you feel happy without care about your problem'- AA,2013

Saturday 27 April 2013

"Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My"

Salam.cinta.rindu.sayang.


ok tadi tgh blogwalking2..nampak ada satu cerita yg menarik minat nak baca sampai habis..
wahh nak perkenal2 blog nih..
dari tak buat apa2 sajalah join mana tau nanti ada rezeki dapat ke...lgpun nanti leh la tgk blog2 org lain kan..

nak join jugak?boleh..sini..baca apa yg patot korang buat..

  • Follow blog fuh.my ni (widget follower ada kat bawah sekali)
  • Masukkan blog fuh dalam bloglist blog korang. Ingat, bloglist ye! bukan sekadar link blog. Dan bloglist hendaklah berada di mainblog anda, bukan di blog lain atau di Page lain!
  • Tekan g+1 dekak sidebar belah kanan ni (dlm blog Fuh.my)
  • Buat 1 entri bertajuk "Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My"
  • Masukkan banner di atas dan linkkan ke entry ini
  • Dah siap semua, tinggalkan link ENTRI anda dalam kotak komen 
Dr Fuh mencari 50 peserta sahaja. Kalau penyertaan kurang atau sama dengan 50 orang, semua peserta layak berada dalam bloglist fuh.my. Tapi sekiranya penyertaan lebih daripada 50 orang, Dr Fuh akan memilih dengan menggunakan random.org. Selain itu, TOP REFERRER juga akan membawa pulang cash/top up RM30 eksklusif dari fuh.my dan secara automatik akan dimasukkan kedalam bloglist! dengan syarat referrer hendaklah lebih 50. So korang rajin-rajinkan lah promote!!!

haa simple je kan...so tgu apa lg..join lah ..rugi tau kalau tak join...
tarikh tutup nak dekat dah.. 12.00pm.. 30 April 2013..

Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my?
  • Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  • Google Page Rank 3
  • Backlink berkualiti dari fuh.my
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
  • Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)
Selain daripada tu, Dr Fuh akan senaraikan nama peserta dalam 1 entri dan bolehlah semua peserta blogwalking tambah kenalan :)
Selamat bersegmen!!!jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain!!

Till then. Salam

mesti tonton- IRON MAN 3

salam.rindu.cinta.sayang

next entry sangat laju kan..ahaaa sebab tak de asgmnt update jela kejenya..
kali ni nak sharing tentang weekend ika yg happening..semua yang tak dirancang..
yelah kalau rancang belom tentu jadi noo..

weekend kali ni dipenuhi dgn aktiviti duniawi mueheehe..
first makan beger abgburn..dah kan dinaikkn entry tatsat...atcheli lepas makan kat abgburn tak terus balik pon..
coursemate call ajak tengok wayang kat aeon rawang..rasa macam ermm lama jgk tak tgk wayang so ika yg dari ampang terus je pecut laju ke rawang sbb nak tgk cita yg latest..

IRON MAN 3





thnkss utk member2 coursemate yg ajak p perabih duet tgk movie ni..
ohh maaf xde gambaq ampa sebab tak dan ambik..bygkan dari ampang yg masa tu dlm 8.30pm..kena smpai kat aeon rawan sebelum 9.45pm..sebab movie ticket pukul 9.45pm..
dgn jalan jem lagi..so ika decide nak drive ikut hgway..soo cptlah sikit kan..
yg diorang ni asyik call je takot tak sempat nak smpai..ohh diorang (hariz, napi, mat sang, fazlee) semua dah smpai awal lagi kat sana..so ika jela kena rush pergi sana..ok bukan ika sorg..ada sekali cik sahabat baik felix dan nadia..

guess what?ika leh sampai sana dalam pukul 9.15..ahhaha bygkan laju mana ika drive nak sampai sana...
da sampai semua..perghh mmg ramai orang..ika dan kawan que beli popcorn, air semua then 9.45 selamat menonton lah kan...

tak suprise lah kalau cerita sini kan tp yang ika boleh cakap cerita tu mmg bes..
ok nak buat pgkuan..ika sbnrnya tak minat sgt cita2 cmni..masa time iron man yg awal2 pon ika tak pernah tgk dan tak terasa pon nak tgk..
tp bila tgk yang kali ni..fuehhh mmg berbaloi bayar tiket RM11 utk tgk cita ni..so utk korang yg tak tgk lagi movie ni..
bolehlah pergi tgk sama ada nak p ngn org tsayang, family, kengkawan atau sesorang...
eh p sorang pon ok apa..hahaha

movie ni jgn judge yg serius 24jam dan aksi ja sepanjang movie tu...ada jgk humor dalam mvie nih...
sampaikan ika tak mampu nak kawal tone gelak dalam wayang tu..muehehehe...

ok utk yg tak pergi tgk lagi...sekali skala ok juga p release tension kan..
selamat menonton!

till then. Salam




AbgBurn fenomena..

Salam.sayang.cinta.rindu.

hai semua salam weekend..ika macam biasa weekend ni cuma golek2 atas katil belek dan update blog..
keluar hangout?
dah buat dah semalam sebab tu hari ni seharian stay kat rumah je..penat semalam pon tak setel lagi..
ok utk enrty kali ni just nak sharing tentang satu yang memang osemmm yang ika dah buat semalam..
yelah nak juga share2 mana tau korang ley buat pulak lepas ni kan2
lgpun ada jgk kawn ika yang suh update tentang ni kat blog lepas ika dah pos satu gambar kat wall fb..
sajalah nak buat orang terliuq..

benda ni sbnrnya ika dah mengidam lama sangat tapi tak penah dapat nak makan lg sebab tak tau tempat, jauh la macam..tapi last week kawan ika ada review blog Fatin Liyana dan tgk yang benda ni dah jadi fenomena yang panas sekarang...
fenomena 'Meatball AbgBurn'..


mengikut yg direview meatball diammg super yummy, sos dia resepi sendiri..
dan bila ika tgk gambar meatball memang telan ayaq liuq banyak2..jadi decide ngn kawan kali ni mesti try jgk..da la dulu time fenomena burger abg burn tak dapat2 nak makan..tp sekarang ni kena jgk pergi try..
jadi kenalah servey dulu kan...servey punya servey ada je dekat area Ampang...foodcourt taman dagang ampang..yeayy satu berita gembira sebab dekat ja dgn rumah nenek ika kat ampang dan lagi satu tau jalan nak pergi situ...




**********************
Jadi, semalam lepas balik dari teman kawan cari bahan kat library UM, ika nak kena singgah rumah nenek ika kat ampang utk ambik something kat sana..tapi bila pergi tak da sapa pon kat sana sbb makcik yg stay situ tak balik keje lagi...so utk tak membazirkan masa, tambah pulak tgh lapar sangat on that time..decide nak pekena meatball abgburn nih...haa utk korang yang teringin nak makan jugak, boleh pergilah kat Taman Dagang foodcourt, Ampang...foodcourt ni bersebelahan dengan supermarket UO...haa meh tgk peta yg dsumbangkan cik google..

ini untuk peta yang area ampang

yg ni kat area kajang-bangi...ohh sebab kawan ika yg tanya tu dia dok kat UPM so bolehlah pergi yang kat sini...

atcheli dia banyak ja tempat..kat Nilai, JB, Kota Damansara, Sunway, Seremban, dan Shah Alam..so korang boleh je pergi area2 mana yg korang nak..
tak pe korang kan pakai smartphong semua kan boleh je search location..agak tak jumpa juga pergi balai tanya erk..mueheheh...ika pon first time pergi tersalah jalan jugak tapi bila dah guna maps dalam hp jumpa jugak...

************************

bila dah sampai tempat tu, apalagi oder lah makann yang mmg idam lama dah nak makan...
sebab ika pergi dengan 3 orang sahabat baik ni..so kami pilih nak oder makanan yang berlainan..so nanti leh main rasa2 makanan orang lain kan teheeeee...




meatball abg burn.. ni makanan yg dioder felex, kawan ika tu..memang terliuq abis tgk makann dia ni..sos meatball yg rasa lada hitam..rasa mmg lain dari yg lain..resepi rahsia abgburn..sos yg bila masuk mulut ahhh melting terus...ada sekali ngn meatball tu lebih kurang macam cheezy wedges..sama juga sos dia sangat sedap...amacam berbunyi2 tak cacing dalam perut korang bial tgk gambaq ni??bhahaha
harga?ohh sgt releven dgn kesedapan dia tu...rm9.90..yup murah lah wehh nak banding dgn sdpnya meatball tu..

 10 meatball tu mmg berbaloi dan kenyang lah...tambah ngn wedges pulak ..perghh..

*******************
utk makanan ika pulak pilih nak makan burgerr..



ok yg ni nama dia Burn Supremo Special..
sebab ika ni style makan beger mana2 pon jenih makan selapih2..jadi dapatlah teroka dalam tu ada apa kan..first mestilah roti..errr roti dia sangat sedap, rangup..bakaq elok jaaa..then ada cndawan goreng, onion ring, and the best part tang tengah2 dia ika pilih turki chicken..bukan daging ayam turki tapi jenih depa buatlah daging ayam ala turkey kot...sedap..rasa macam mmg 100% isi ayam..dam disalut2 dgn sos2 semua..
harga.. RM12.50...


Nampak tak kerakusan makan beger abg burn ni..kenyang sampai ke malam...
ohh waktu depa bukak bisness ni stat pukul 5pm sampai 12.30am...kalau ampa p awai2 pagi memang tak kena time lah...dan kepantasan depa dalam serve makanan mmg cepat..tak kalot nak tgu lama..around 5-10 minit dah buleh nak melantak dah...

****************************

dan burger hat last ni kawan ika, cik nad yang pilih...


hat ni nama dia SUPREMO BEEF... harga rm9.50...
sama jugak macam hat ika tadi cuma dia takdak cheese..daging beger dia padat sungguh...sedap ja merasa hat orang len kan..hehe..


ada lagi jenih2 beger yg lain.pinjam sat menu abgburn mai tunjuk sini...





haaa utk spa2 yang rasa macam dah nak tokak2 laptop sendri lepas tgk gambar2 dalam entry ni leh la p servey2 kat fb page abg burn utk nak tau lebih2 banyak dan tgk gambaq2 yg lagi sedap...boleh klik link kat bawah ni...


dah lepas ngidam makan beger abgburn ni...so ada lagi tak tempat makan yg best penah korang pergi yg bajet standart ngn rasa sedap dia?kalau ada mehla share sini..mana tau ika leh p jgk nnti...last skali muka kenyang dan puas hati haruslah ditempek sebesar alam..

till then. Salam


'People who are love to eat are always the best people' - Julia Child 

Thursday 25 April 2013

Teluk Batik #destinasi bajet

Salam.cinta.rindu.sayang.

hye hye hye selamat petang..memandangkan time tulis ni waktu petang..
hoyeeehh kelas habis awal utk harini..basuh baju, mandi, terik napaih sat ,,,mula nak menulis blog lagi..
banyak cerita yang dah lepas berbulan-bulan dah tapi tak sempat nak update sebab line..assgmnt..so sekarang tepat masa dah..line pon dah laju..assgmnt pon dah setel jadi boleh update lah..

ok utk permulaan harini nak ucap syukur Alhamdulillah sangat2 kat Allah sebab dah buka pintu rezeki untuk harini...dalam tgh kesempitan duit ni..datang rezeki bisness yang tak tersangka ..alhamdulillah sekali lagi..
tu lah kena bangun awal baru pintu rezeki masuk kan..dan mungkin ni juga hikmah dengan dugaan yang ika dapat 2,3 hari lepas..ok nevermind..let's talk again..

hurm kali ni nak becerita lagi pasal pergi travel..ohh benda ni sangat osemm..bila cakap tentang travel sebab one of my dream lepas abis belajar, ada duit lebih sikit nak pergi travel..ehem ehem itu pun kalau masa tu tak dapat jodoh lagi nak kawenlah mueheheheh..tp i wish jgklah ...stop stop nanti mula berangan..sekarang nak cerita tentang benda yang dah jadi berbulan dan nak hidupkan cerita balik...

********************************

first of all, meh nak tunjuk destinasi bajet yang ika dah pergi kali ni bersama cik sahabat baik semua..
kemanakah??

taraa...sini sini la ika pergi...ok kalau korang tadi dgn excitednya nak tgk kot2 ika pergi travel obersea jangan hampa lah kan...tak sampai lg lah nak pergi obersea kecuali masa umrah dulu...dalam Malaysia pon tak abis melawat lagi..haa jadi sini lah destinasi kami ley p...destinasi ala-ala bajet tambah dgn bantuan pinjaman pelajar bhahaha...
ok macam mana lah boleh terpk nak pergi sini kan?

camni atcheli dah rancang dari semester 5 lagi ..masa tyme habis final konon2 nak pergi..tapi last minit tak jadi sebab hal masing-masing ..tu lah merancang sangat kan..
then masa masuk awal semester 6 ni, tanpa rancang yang pulun sangat..ika balik dari umrah mula terpikir balik nak pergi sini..tambah pulak time ni awl semester..duet poket penuh lagi jadi bincang punya bincang decide nak pergi weekend 9 Mac 2013 jumaat...
kami pergi untuk 3 hari 2 malam..ohoo kami tidur mana?
tu lah nak cakap rezeki pon ada juga, kebetulan makcik cik sahabat, nisah dapat satu bilik utk hotel swiss-in dekat area2 teluk batik nih..jadi dia bagi kat nisah untuk pergi sini..mungkin utk penginapan tu dah membajetkan lagi percutian kami ni..thnks untuk mak ndak yang meng'sponser' kami punya tempat tidoq..

***********************

untuk pergi ke teluk batik dari tanjung malim dalam 4jam..lenguh pinggang2 dok dalam kereta..nasib ada 2 driver jadi tak lah penat sangat..sebab naik viva jadi minyak kereta saling 'tongtong'..
untuk ke sana ika isi rm60 untuk pergi dan balik..so pergi 4 orang maknanya sorang just rm15..makanan utk dalam perjalanan kami masak dari rumah..utk tol kami tak ikut tol..ikut jalan lama jer...so boleh jimat dah kat situ..teheeeee.. =)


haa bekal ni sampai ke tgh hari pon cukup utk 4orang...kan dah jimat..nak pendekkan cerita kami sampai sana dalam tengah hari sebab btolak lambat...ohh kat sana kalau nak beli barang pon boleh sebab ada Tesco, Jusco, Giant..jadi kalau tertinggal apa2 boleh ja beli kat sana...kami pergi beli bekalan makanan ringan sikit2..so total up semua sorang rm5 shj..
sepatutnya check in hotel pukul 3ptg..jarak dari teluk batik ke hotel swiss ini ni lebih kurang 20km..jadi bila dah sampai awal kami merendek dulu di jusco dan singgah pantai teluk batik...






sebabkan gambar masa hari ptama ni pon dah byk jadi tpaksalah digabungkan macam ni..kalau tak jenuh phewww...ok dah selesai merendek dekat pantai time tgh hari rambang tu..ehemm memang kami ja ada kat situ..tgh hari org mana pi..panaih liplip...
jadi kami pon teruskan ke hotel swiss in Damai Laut utk check in...
jalan ke swiss ini tu mmg masuk agak kehutan jugaklah tapi pemandangan super duper cantik sebab atas bukit..perghh sangat cantik..kat situ ada sediakan apartment, hotel dan villa..jadi kami stay hotel..
setel check in semua, tgk bilik, rehat2 kejap nak dekat pukul 6 petang lbih baru keluar untuk mencari pantai..kebetulan kami dapat bilik yang menghala pantai..erghhh tenang sangat..rasa hilang masalah..time tu pulak tuan pnya blog ni masalah baru lepas memutuskan phubungn ehem ehem kan..memang timing sangat kena..ok cukup2 flashback sedih2..
petang tu kami turun ke pantai konon2 nak tgk sunset..
nak tgk pemandangan dia osemm ke tak time sunset meh tgk gambar ni...







 see..sangat cantik kan...subhanallah...kami dudk situ sampai dah nampak sunset..puas hati..naik bilik then solat..untuk malam tu kami just stay kat hotal dan makan malam..
nak tgk bajet tak bajet..kami bawa bekalan makann dari rumah..bukan apa sebabkan jalan dr hotel ke luar tu mcm agak scary malam2 jadi decide makan bekalan je lah..apa lagi kalau makanan bajet kan...


okeh dah kenyang makan, buleh tgk sunset, hepi2, tengok movie sama2 jadi tidoq awal malam tu untuk get ready esok pagi nak mangkit awai tgk sunrise...
so untuk total hari first ni total yang kami habiskan baru rm 20 / orang...

*************************

utk hari kedua lepas sembahyang subuh ..siap2 nak pergi tgk sunrise..ohh kami pergi tempat yg sama kami pergi utk tgk sunset..tunggu punya tunggu hari dah cerah..then baru masing2 perasan yang matahari tak naik tempat yang dia turun..hahahaha betapa blurnya kami semua ish2...jadi terlepas nak tgk sunrise so hiburkan hati dgn main2 kat pantai ..*cover malu sbnrnya sebab tsilap tmpat nak tgk sunrise muehehehee..


ehemm rindu nya time ni..masing2 gembira tanpa pikir masalah2 yang ada kat luar sana...ok fine kurangnya aku bersyukur dapat kawan yang sama sekepala macam ni..tgk how happy we're...lepas dah berpeluh2 main kat pantai konon2 pantai tu kitaorang yang punya jadi apalagi pergi terjun swimming pool situ...


haa gamabr kat swimming pool mn leh ltk banyak2..cukuplah korang tgk swimming pool dia kan..sensor2 hahah kang tak pasal kontrversi tapi jgn pk bukan2..kami still lagi pakai tudung ok nak p mandi sini...lepas kuak lentang semua naik bilik dan sarapan..ok atcheli kami dapat ja free utk sarapan kat hotel tu tapi bneda tu kami dapat tau masa kami dah nak check out..Tsk Tsk sangat sedisss...so sarapan kami kat sana hanya lah bekalan dari rumah...


haaa ni lah sarapan..milo bungkus..roti dan jem..biskut cicah..kenyanglah untuk dalam masa 30 minit muehehehe
dah mandi siap semua kami pon bertolak keluar utk ke pantai teluk batik untuk p mandi..ok mandi lagi =_='... tapi semangat pnya pasal semua tak penat..sampai je sana memang full orang..yelah hari minggu..nak masuk sana bayar rm1..disebabkan perut yang alas biskut ja pagi tadi..terus p cari makanan sebab dari semalam tak makan nasi waaaaaa ='(
tapi sampai kdai makan situ pn tak makan nasi lagi..just nampak laksa/mihun sup yang sedap..bedal lak yang tu...

total untuk makan tgh hari tu rm6/person..


perut dah kenyang jadi apalagi kami cari pantailah..ohh lupa nak cakap sedap untuk bihun sup dia..laksa kureng sikitlah..tp kenyang burpppp...hehe
teluk batik ni famous dengan banana boat dia..jadi kami terus pergi cari sebab nak naik..tp tak byk gambar sebab yelah semua naik dan tak da yg tolong tgkapkan..and lagi satu boat superman..yg tu super duper osemm..cik kia tak berani nak naik so ika, nad dan nisah ja yg naik dan cik kia tgkap kan gambar...then kami round2 pulaqu dgn boat...p sana tak try semua ni memang rugi..serius bes mencampakkan diri dalam laut..tgh2 laut ok..tapi ada ja safety jacket kalau tak mmg tak hiduplah..sebab tak pandai berenang masing2...
banana boat-rm10/person
superman boat-rm10/person
keliling pulau by boat- rm5/person

so total up kat sini rm20/person..


utk tiga-tiga aktvti ni sangat mencabar..takut memang takut tapi sebab rasa rugi kalau tak try jadi semua beranikan diri nak cuba and result dia sangat best..rasa macam nak naik lagi...sure dah muka memang burn habis tapi tak kisahlah sebab pgalaman bercuti sama2 tu yang paling best...lepas buat semua aktvti tu mandi pantai kejap then prepare nak balik hotel...lepas siap semua, salin baju..oh tandas untuk salin baju dia ok..tahap bersih tu kira selesalah nak salin sebab ada shower..just prepare bawak sabun semualah kan..
balik dari situ kami singgah Tesco untuk beli makanan dinner..cari nasi la apa lagi..then jalan2 ternampak BIG APPLE...ok kami pantang nampak ini kedai jadi belilah ...

dinner- rm10/person
big apple- rm6/person
total rm 16/person

so untuk total hari kedua ni rm 43

*******************************

sampai hotel dalam malam sebab kami melawat kawasan2 area hotel tapi semua menghampakan sebab bukan macam yang kami jangka..kami mencari pantai tapi rupanya tak da pon..kami pergi pantai remis yang kami ingat kan merupakan pantai rupa2nya hanyalah nama sebuah kampung..mueheeheh..dan lagi satu kami pergi Damar Laut konon2 ingat tmpt yg boleh bergambar tapi rupanya hanya jeti kecil untuk nelayan bhahaha...balik hotel, solat, then lepak tgk tv dan kriohhhkriohhhh..nyenyak lah lepas mandi pantai kan..

********************************

utk last day bangun2 ja terus pergi mandi pool sampai puas, then sarapan makann asas kami tu , kemas2 bilik untuk check out sebelum pukul 12pm..
rasa macam taknak balik tapi kena ingat juga hal2 yang dah ditinggalkan..so lepas check out kami ke pantai teluk batik sekali lagi untuk cari sovinier utk yg tersayang, lunch then baru drive balik...

lunch rm5/person
sovinier-  rm20/person
total- rm25


byebye to teluk batik..vacation untuk awal semester 6 ni..pengalaman yang sangat bes..masing-masing beli sovinier then drve balik..dan disebabkan arah nak balik lalu teluk intan jadi kami singgah untuk panjat menara condong sebab first dtg sana aritu tak sempat nak manjat menara condong tu...
so here we come for second time..


so..meh nak total kan semua bapa banyak kami p travel kali ni...

first day - rm20/person
second day- rm43/person
third day - rm25/person..

haah total rm88/person...see tak sampai rm100 pon..memang bajet sangat..ok memang korang akan petikai bab penginapan..so kalau korang nak pergi sana  carilah umah sedara ke kakak abang dekat area2 situ..hah bolehlah jimat erk...heheh

fuhhh agak panjang entry kali ni..penuh celoteh penuh gambar..so untuk korang2 yang nak ke teluk batik mana tau ley jadi guide untuk perancangan awal korang ke?haaa kan..so korang penah pergi travel mana2 tak?share lah mana tau lepas ni kami shabat baik nak pergi pulak..rancang nak ke PD pulak..sapa penah pergi..share jum... =)

till then. salam


'Best friend are the people you can anything and nothing with and still have the best time ever' - AA, 2013